**Adakah kau fikir aku melupakanmu?
Lupakan semua tentangmu
atau merindukanmu
Dan kedatanganku dalam mimpi-mimpimu
Mungkin aku melupakan tahun-tahun dalam kehidupanku
Mungkin aku melupakan hatiku di sana
Aku melepaskan segala jasadku dan roh
Hanya cintamu dan hanya rindumu.
---**Alih bahasa tulisan Mohamed Haydar Awada (putar melodinya pada video di atas)
---
Orked senyum memerhatikan Cempaka. Telah lama rasanya mereka duduk di bawah pohon rendang itu. Tanahnya dilitupi rumput menghijau, saujana mata memandang. Angin masih bertiup sepoi-sepoi bahasa. Dingin meresapi tulang temulangnya. Orked memeluk lututnya sambil tetap merenung Cempaka lagi.
"Rasa tenang kan.." Cempaka memecah kesunyian. Dia mengatup matanya, membiarkan daun-daun kering jatuh ke wajahnya. Cempaka mengubah posisi duduknya berteleku merenung Orked pula. Melemparkan senyuman paling mendamaikan bagi sesiapa yang melihat. Diam. Tenang.
.
.
.
.
"Awak fikir apa..." Cempaka bertanya lembut. Matanya tidak lepas memandang Orked, mengukir senyuman yang tidak lekang.
Orked diam lagi. Nafasnya ditarik dalam-dalam.
.
.
.
"Saya letih sangat-sangat...."Suara Orked serak. Dia mengesat air matanya yang mengalir perlahan. Dilepaskan nafasnya yang terasa berat perlahan-lahan. Dia memandang sekeliling. Walau indah kehijauan di perbukitan itu, tetap dia tidak mahu lama-lama di situ.
Dengan lembut Cempaka memegang wajah Orked dengan kedua-dua telapak tangannya.
.
.
.
.
"Awak dah janji...."
"...awak nak balik..."
"...awak bangun ya..."
"...saya tunggu awak sayang..."
Ada kucupan hangat yang hinggap di pipi.
---
