Bab 19-Muka Kesian

668 38 13
                                    

" Ini Amir ke?" tanya Cempaka.

"Ya. akak dari street kitchen kan?" tanya remaja lelaki usia sekitar 17 tahun. Tanpa berpayung tertunduk-tunduk dia bercakap dengan Cempaka yang baru sampai.

"Haah. Mak mana?" Cempaka keluar daripada kereta dan membuka payung. Berteduh sama dengan Amir.

"Mak pesan tak payah masuk. Lecak sangat kat dalam tu. .." Amir meraupi wajahnya yang kebasahan.

"Banjir ke?"

"Belum lagi.. kami standby je kak. Sungai sebelah tu belum penuh lagi..." Amir menjelaskan. Kawasan di situ memang kerap banjir jika hujan tanpa henti. Lokasinya yang tidak sampai 100 meter daripada sungai, memang akan paling terjejas jika banjir berlaku.

Cempaka angguk-angguk.

"Ini makanan malam ni...kirim salam mak.." Cempaka menyerahkan baki pek tiga bungkus yang tinggal.

"Ok kak.. terima kasih..." Amir menyambut plastik yang dihulurkan.

"Kalau air naik selalu pergi mana?" Cempaka meninjau-ninjau sekeliling.

"Oh... tu atas sana. Dekat sekolah cina tu. itu yang paling tinggi.." Amir menunjuk ke arah barat.

"Oh...ok2. Hati-hati. Akak gerak dulu."

Cempaka menutup payung dan masuk perlahan ke dalam kereta semula.

"Sini area banjir?" Orked mengundurkan keretanya.

"Haah. Saya pun baru perasan sungai sebelah tu.." Cempaka mengelap wajahnya yang terkena air hujan.

Orkid mengerling sekilas lalu bongkok sedikit ke belakang mencapai tuala. Tubuhnya sedikit rapat dengan Cempaka. Cempaka mengelak sedikit.

"Nah.. lap rambut awak basah tu..." arah Orked. Cempaka memandang Orked sekilas. Kemudian patuh mengelap rambutnya yang basah.

"Awak dah makan....?" tanya Cempaka perlahan. Memandang Orked dari sisi matanya. Khuatir kalau Orked masih terasa dengannya.

"Hmm... belum.." Orked menggeleng perlahan. Matanya masih fokus pada pemanduan.

"Nak saya temankan makan..?" Cempaka ragu-ragu dengan ajakannya.

Ada segaris senyum pada wajah Orked yang cuba di selindung.

"Hmm.. awak nak ajak makan kat mana?" Orked pula memulangkan soalan. Ditolehnya Cempaka. Kebetulan lampu isyarat merah. 

Terasa tenang dia merenung gadis yang dirinduinya seminggu ini. Tetapi bila mengenangkan jawapan jujur Cempaka minggu yang lalu, robek juga perasaannya.

***

"Saya minta maaf. Saya belum bersedia..." 

***

"Awak..lampu hijau" Cempaka menyentuh lengan Orked. Kaget juga Orked. Mengelamun rupanya.

"Nanti depan ni sebelah kiri ada gerai makan panjang, awak belok kiri"

"Yes maam" Orked membalas ceria. 

Dia memberi isyarat ke kiri. Kereta masuk perlahan. Mereka menoleh kiri dan kanan mencari parkir kosong.

"Tu awak..depan kedai merah tu..." Cempaka menunjuk.

Orked memakir berhati hati. Tali pinggang keledar dilepaskan.

"Awak..." Cempaka memanggilnya. Orked menoleh hairan.

"Ya? Tak nak makan kedai ni ke..?" Orked bersandar mengiring menghadap Cempaka. Hairan melihat Cempaka yang kelihatan tidak selesa.

Cempaka melepaskan nafas perlahan. Cuba mengawal debaran jantungnya yang melaju. Dia menyelak rambutnya ke tepi telinga. Aduhai, gugupnya terasa.

"Awak sihat Orked..?" Cempaka memberanikan diri bertentang mata dengan Orked. Fikirnya dia takkan lagi berjumpa Orked. Tetapi bila Orked muncul, hatinya seakan melompat teruja.

Orked senyum gementar dan menunduk. Terasa bahagia Cempaka bertanya begitu.

Orked angguk perlahan. Malu rasanya mahu menatap mata Cempaka.

"Sihat... saya Ok.." Orked memberanikan diri memandang Cempaka. Dia cuba mengawal senyumnya yang cuba berleluasa.

"Em..saya ingatkan Orked marahkan saya..." Cempaka meluahkan rasa yang terbuku. Dia menundukkan wajah.

Orked melepaskan nafas perlahan. Tenang beberapa saat, mencari jawapan balas yang sesuai.

"Taklah...emm..adalah..... sikit....." Orked tergelak kecil. Cempaka juga sama. Maunya tak marah, dah penuh yakin meluahkan, tiba-tiba kena tolak begitu.

"Emm.. tapi ..kalau saya nak kawan dengan awak...awak ok kan...?" Orked bertanya lambat-lambat. Bimbang ditolak lagi.

"Please...saya takde kawan lain dah" Orked buat muka kesian. 

Cempaka tergelak kecil dan mengangguk perlahan. Hatinya juga turut bahagia.





Bukan Jalan ke SyurgaWhere stories live. Discover now