Part 25-Dentuman

325 24 9
                                        

Keadaan Hospital Shifa masih lagi hiruk pikuk dengan raung kesakitan mangsa pengeboman Israel pada awal Subuh tadi. Asrama Mercy yang cuma 5 minit ke Hospital Shifa turut terasa dentumannya. Kali ini bom digugurkan di Jabalia yang cuma 15 minit daripada Hospital Shifa. Sebenarnya di kawasan Gaza terdapat banyak hospital yang mengelilingi. Mereka telah bersedia dengan segala kemungkinan yang akan datang berbekalkan peralatan yang 'sedia ada' di hospital. Petugas perubatan telah sangat arif dengan kekurangan ini dan perlu pantas berfikir kaedah kreatif yang dapat menyelamatkan mangsa dengan paling efektif dan pantas. 

Apabila terjadi serangan yang sebegini, sukarelawan yang berada di Mercy secara automatik akan menuju ke Hospital Shifa bagi menghulurkan bantuan. Lantai hospital dibahagian kecemasan sudah lecah berlumuran darah. 

"Hey Malayzia!!! Come here" Seorang doktor lelaki yang telah berusia memanggil keras Orked yang sedang menyorong seorang budak lelaki sekitar 12 tahun yang sudah belumuran darah. Jelas bunyi telo arabnya walaupun berbahasa Inggeris. Ayah budak lelaki turut bersama di sebelah. Juga cedera kepalanya.

"You treat the dad. Faster." Doktor tua itu memberi arahan. Budak lelaki dibaringkan di katil sorong beralaskan tilam getah nipis. 

Orked membawa ayah budak lelaki rapat ke didinding berhampiran dengan anaknya dan terus memberikan rawatan. Dia memeriksa kepala lelaki tersebut mencari punca keluarnya darah. Bila tiba waktu Orked mahu menampal luka, jelas kelihatan tangannya yang masih menggigil. Trauma bunyi dentuman bom dan suara tangisan mangsa bukan sekarang untuk didramatikkan. Suara budak lelaki yang meraung kesakitan disebelahnya juga bikin dia jadi tidak tenteram. 

"Doctor. Relax." Ayah itu berkata tenang. Dia tahu kalau Orked bukan penduduk tempatan. Orked cuba mengawal tangannya yang masih menggigil. Tetapi sapaan ringkas ayah itu sedikit sebanyak melegakan Orked. 

"Malayzia. here. press this " Doktor tua tadi kembali memberi arahan. Mujur Orked telah selesai merawat ayah tadi. Kepala ayah tadi sudah selesai berbalut.

Darah keluar banyak daripada luka di bahagian perut budak lelaki itu. Agak dalam. Orked cermat menekan bagi mengurangkan banyaknya darah yang keluar. Pada masa yang sama tidak mahu membenamkan lagi serpihan besi yang masih ada pada luka. Gigil tangannya telah berkurang walaupun masih ada. Doktor tua tadi pula pantas mengambil beberapa peralatan sambil mengarahkan pula seorang jururawat untuk bergegas mengambil peralatan yang lain. Budak lelaki ini perlu dibedah segera bagi mengeluarkan serpihan.

Scapel dihulurkan kepada Orked oleh doktor tua tadi. Orked mengangkat wajahnya memandang doktor itu. Sebenarnya sepanjang waktu itu otaknya seakan tidak berfungsi dengan baik. Dia jadi buntu apa yang harus dilakukan. Baginya waktu itu dia cuma mendengar arahan daripada doktor tua itu.

"Cut it. remove the metal" arahan lagi diterima. Orked beristighfar panjang. Hatinya berdoa agar dia boleh berfungsi di situ. 

Pada masa yang sama satu letupan kuat lagi terdengar di luar. Kali ini bunyi itu terasa lebih dekat. Doktor tua sudah ke tempat lain menerima mangsa-mangsa yang lain. Yang ada di situ cuma Orked dan ayah budak lelaki tadi.  Orked menarik nafas dalam-dalam. Misi menyelamatkan budak lelaki itu perlu diselesaikan. Budak lelaki tadi sudah mamai menerima bius. Orked pantas menggunakan scapel, kemudian mengeluarkan serpihan-serpihan besi. Bila yakin sudah tidak ada lagi serpihan, dia segera menutup luka tersebut dan menjahitnya. 

"Malayzia. Are u done? Here." Datang lagi doktor tua tadi sambil menggendong budak perempuan sekitar umur 5 tahun. Habis putih seluruh badannya akibat daripada habuk konkrit yang runtuh. Kali ini dibahagian lutut pula. Tiada darah yang keluar tapi lutut kanan budak perempuan itu jelas nampak tersasar daripada tempurungnya. 

Doktor tua berkata sesuatu kepada budak perempuan itu yang masih dalam keadaan trauma. Cuma diam daripada tadi. Ibunya erat memeluknya. Doktor tua meraba kawasan lutut, gaya seperti seorang Chiropractic sedang mengimbas tulang-temulang.  Dia berhati-hati, menggunakan gerak hati. Dan dengan sekali tarik 'crackk', lutut berjaya dipulihkan. Jelas terdengar tangis budak perempuan tadi membalas pelukan erat ibunya.

Sekali lagi Orked terpukau. Itu bukannya skil biasa-biasa. 

"Hey Malayzia. small wound 5 min. 5 min only." Doktor tua memandang tepat Orked. Orked mengangguk beberapa kali seakan menerima ilmu daripada seorang doktor pakar perasaannya. Melihatkan doktor tua tersebut, jadi lebih semangat Orked jadinya. Dia kini faham, dalam keadaan peperangan, mangsa perlu dirawat dengan cepat dan selamat. Tiada waktu menyorong ke bilik bedah. Semua perlu diselesaikan di situ, pada waktu itu, dengan alat yang ada di situ. Kerana pesakit tidak akan pernah berhenti datang. 

-----

Orked duduk bersandar melepaskan lelahnya. Keadaan di bahagian kecemasan sudah terkawal. Dia menyeluk poket seluarnya mengambil sebiji kurma. Azan berkumandang dan kurma dimakan perlahan. Ditolehnya ke kanan, beberapa doktor dan jururawat juga sepertinya duduk bersandar. Berharap tiada lagi pesakit yang diusung masuk. Semua orang sudah keletihan. Bertungkus lumus sejak subuh lagi. Namun tetap ada dikalangan petugas juga yang datang mengagihkan air dan kurma. Tetap tidak melupakan rakan-rakan. Orked melepaskan kod putihnya yang ada kesan darah dimana-mana. Matanya melilau mencari Jojo yang cuma sebentar terserempak dengannya sejam yang lalu. Dia bangun perlahan mahu berjalan melihat sekeliling mencari Jojo. Baru separuh jalan ada suara yang memanggilnya.

"Hei Malayzia. Eat this kurma" Suara doktor tua tadi. Orked berjalan perlahan ke arahnya dan senyum sambil mengambil 3 biji kurma. 

"Thank you." Orked cuma bermesra.

"What's your name?" Doktor tua bertanya. Dia meneguk air perlahan. Orangnya nampak tegas dan tentulah sangat berpengalaman. 

"Orked." 

"Orchid? like...flower?" dahinya kerut bertanya.

"Ya." Jawab Orked ringkas. Doktor tua angguk-angguk perlahan.

"Orked..You did a great job today. Thank you." Doktor tua segera meninggalkan Orked, membuntuti seorang jururawat yang memerlukan bantuannya. Sebenarnya Orked mahu melanjutkan perbualan. Mahu ucapkan terima kasih.

"Hai Orked. You Ok ke?" Jojo menepuk bahunya. 

"Hmm.. ok. U daripada mana?" Orked sendiri tidak pasti perasaannya saat ini. Dia membalas OK cuma sebagai satu kepastian yang dia tidak cedera dimana-mana.

"Done small talk with Dr Hassan. U kenal Dr Jameel?" Jojo mengunyah perlahan kurma.

"Siapa? Tak kenal. Kenapa?" Orked kerut dahi.

"eh.. tadi yang u sembang tu Dr Jameel la. Director Shifa Hospital. Semua ok ke?" Jojo tak henti bertanya. Orked menghela nafas sambil meraupi wajahnya. Rupanya gugup dan gigilnya siang tadi dihadapan Dr Jameel.

"Ok.. he's very nice." ringkas jawapan Orked.

---





Bukan Jalan ke SyurgaWhere stories live. Discover now