Bab 47-Sederhana

1.2K 34 62
                                        

Aku ingin mencintaimu dengan sederhana; dengan kata yang tak sempat diucapkan kayu kepada api yang menjadikannya abu.

Aku ingin mencintaimu dengan sederhana; dengan isyarat yang tak sempat disampaikan awan kepada hujan yang menjadikannya tiada. -Sapardi Djoko Domono.

Bila Cempaka buka mata,  dapat dirasakan perasaan damai yang tidak pernah dirasainya sebelum ini. Dia terbaring beralaskan tilam empuk, selimut hangat. Suasana di dalam ruangan itu begitu tenang. Sayup, kedengaran azan Subuh. Cempaka tarik nafas dalam-dalam.

Ditolehnya ke sisi kanannya. Masih ada gadis ayu dari syurga berbaring selesa dilengan sambil memeluk erat tubuhnya. Gadis sempurna yang telah berjaya mencuri hatinya. Bahkan mencairkan hatinya berkali-kali dengan panahan hangat kasihnya.

Cempaka kucup perlahan dahi Orked; masih lena tidurnya. Diraih jemari kanan Orked dan diletakkan ke dadanya. 

"Sayang....sayang..." Cempaka usap perlahan belakang Orked. Orked tersedar sebentar namun makin mengeratkan rangkulannya pada tubuh Cempaka.

"Adui..adui... Orked...awak... patah tulang saya awk peluk kuat macam ni" Cempaka menepuk-nepuk perlahan lengan Orked.

"Hmm...duduk diam sini... jangan pergi mana-mana.." Orked bersuara manja. Suara bangun tidur.

Cempaka senyum hangat. Perasannya terasa begitu 'penuh' dengan rasa sayang.

Cempaka kucup perlahan pipi mulus Orked. Diusapnya perlahan belakang Orked.

"Kita bangun dulu ya...nanti habis Subuh...Awak janji nak hantar saya pergi kerja kan..." Cempaka memujuk.

"Tapi saya rindu awak lagi....." Orked balas manja. Dia mencium pipi Cempaka.

"Ok..10 minit.. lepastu kita bangun ya sayang..." Cempaka mengeratkan pelukannya. 

---

Bila Orked selesai bersiap dia terus menuju ke dapur. Dilihatnya Cempaka sedang sibuk-sibuk menyiapkan sarapan.

'Lajunya bersiap...' bisik hati kecil Orked. Mereka mandi dan bersiap di bilik berasingan. Cempaka lebih selesa begitu katanya.

"Wahhh....untung besarlah macam ni..." Orked menarik merusi dan duduk memerhatikan Cempaka sedang menggoreng sesuatu.

"Eh... sorry sy ceroboh dapur awak. haaa... kenapa untung?" Cempaka cuba fokus pada dua perkara. Dia membalikkan telur separuh masaknya perlahan-lahan.

"Yela... dahlah baik, cantik, pandai masak pulak tu..." Orked memuji tersenyum-senyum. Dia memerhatikan dari belakang Cempaka. Indahnya pemandangan.

"Awak tu.. berangan ya pagi-pagi..." balas Cempaka bersahaja. Sedang dia mahu memindahkan telur ke pinggan, ada pelukan hangat yang melingkari pinggangnya. 

Terkaku sebentar Cempaka. Namun tidak pula dia membantah. Lembut Orked memeluknya daripada belakang.

"Awak... saya tengah pegang kuali panas ni..." Cempaka mengingatkan lembut.

Melekat Orked kemana-mana Cempaka berjalan. Dari dapur ke sinki, ke meja makan.

Cempaka memusingkan tubuhnya menghadap Orked yang tersengeh-sengeh.

'Kuat mengusik sayang ni....' Cempaka menyentuh wajah Orked dengan kedua belah tangannya.

Cempaka memeluk erat Orked. 

"Kita sarapan ya...."

"hm.. ok." Angguk Orked.

Pelukan dileraikan. Tapi tetap Orked menggenggam jemari Cempaka. Kemudian, menarik kerusi dan duduk disebelahnya.

Ada kopi susu, garlic bread dan telur separuh masak, roti butter kaya toast pun ada. Semuanya dari air tangan Cempaka.

Teruja Orked. "Macam kopitiam menu ni..."Sekali lagi Orked memuji.

"Hmm... bahan dapur awak banyak jugak ...tapi ini jelah hasilnya..." Cempaka menuangkan air untuk Orked.

"Penat-penat je awak... saya niat nak ajak awak sarapan kat luar je.." Orked menghirup perlahan kopi susu. Keningnya terangkat sedikit. Sedap.

"Memang minat masak daripada bila?" Orked menggigit garlic bread.

"Emm... masa frust putus cinta." Cempaka membalas.

"Wau... siapa yang sanggup putus dengan awak ni..?" Orked mengerutkan dahi. Intonasi suaranya berubah.

"Putus la.. bukan siapa-siapa pun. Dia kahwin dengan orang lain." Cempaka menjawab ringkas. Tidak sekilas pun bertentang mata dengan Orked.

"Em...masih rasa menyesal ke..?" Orked menduga. 

"Putus? tak..." Cempaka menggeleng perlahan. Dia cuba menyusun ayat terbaik untuk berkongsi perasaannya.

"Silapnya, saya lebih sayangkan orang lain berbanding diri saya sendiri. Percaya yang rasa bahagia akan kekal. Hanyut dengan rasa. Percaya yang gembira atau tidaknya hati ini adalah disebabkan orang lain. Bila semuanya direntap hilang, sampai tak tahu macamana nak teruskan hidup." Cempaka tertawa kecil. Untuk dirinya yang terlalu bodoh.

.

.

"Hey, kalau awak tak nak cerita. Tak perlu cerita. Its ok." Orked genggam perlahan jemari Cempaka. Cempaka senyum nipis.

"Hmm... cinta usia muda kan... banyak buang masa.. saya ni .. belajar pun sekerat jalan. Semua sebab putus cinta." Cempaka geleng-geleng. Dia menghirup perlahan kopi susu dihadapannya. Awal pagi sudah terkenangkan masa lalu.

Orked merenung Cempaka simpati. Hatinya sayu pula melihat reaksi wajah Cempaka yang kurang ceria. Dia dapat rasa yang Cempaka merasa inferior. Merasa tidak sempurna bila berada disisinya.

.

.

"Awak percaya tak.. segala pergerakan zarah dalam kosmologi kita ni ada peraturannya? Contohnya, jari bila terluka akan keluar darah. Rumput, bila diracun, dalam 2-3 hari dia kan kering, mati. Kita, kalau langgar lampu merah, kemungkinan boleh kena saman atau accident kena langgar. Kitarannya, sempurna. Dia dah tentukan semuanya. Dia tahu semuanya. Putus cinta, kecewa, itu dah jalan ceritanya. Takdir." 

Orked menuturkan perlahan. Cuba menenangkan hati kekasihnya.

"Dia tahu awak dah berusaha kuat untuk hidup semula. Iktibarnya, patut awak ambil. Musibahnya, jadikan pelajaran..." Orked merenung mata Cempaka yang mula bergenang.

"Pada masa bila-bila pun, dengan sesiapa pun. Awak tak perlu ada rasa rendah diri. Ini hidup yang awak dah bina dan perjuangkan. Ini pengalaman yang Dia dah kurniakan. Bukan semua orang boleh hadapinya dengan baik. Awak yang terpilih." 

"Kalau jalannya bukan begitu, belum tentu kita begini kan Sayang...?" Orked menyentuh lembut pipi Cempaka.

---

Mencintai angin
harus menjadi siut

Mencintai air
harus menjadi ricik

Mencintai gunung
harus menjadi terjal

Mencintai api
harus menjadi jilat

Mencintai cakrawala
harus menebas jarak

Mencintai-Mu
harus menjelma aku

-Sapardi Djoko Damono




Bukan Jalan ke SyurgaWhere stories live. Discover now