Bab 31-Runtuhan

265 23 1
                                    

"Serangan yang berlaku awal jam 9:00 pagi waktu tempatan itu, meranapkan keseluruhan struktur bangunan Hospital Syifa'. Dilaporkan, tiga orang sukarelawan daripada Mercy Malaysia masih tertimbus dan belum dijumpai. Ketiga-tiga mangsa merupakan doktor perubatan yang sedang menjalankan misi kemanusiaan bersama pasukan Mercy Malaysia sejak bulan Januari lalu. Kedutaan Malaysia mengesahkan kejadian ini dan sedang berusaha dengan pasukan penyelamat tempatan dan Mesir bagi mengeluarkan mangsa yang masih tertimbus"

Terkelip-kelip Cempaka memandang skrin televisyennya. Kaget benar dengan berita yang baru diterimanya. Butir ayat pembaca berita selepas itu tidak didengarinya lagi. Hatinya tertanya-tanya siapa 3 doktor perubatan yang dimaksudkan.

Segera dia mencapai telefon bimbitnya menuju kepada pesanan bernama Orked. Kosong. Tiada balasan mesej terakhirnya hampir 3-hari yang lalu. Cempaka segera menekan menu Call. Tiada jawapan juga.

"Orked.. tolong balas saya.." Pesanan dihantar. Tidak sampai.

Cempaka meraupi wajahnya. Dia cuba menyingkirkan andaian-andaian negatif yang melintas dibenaknya.

"Astagfirullah..Insyaallah Orked ok.." Cempaka cuba positif.

---

"Orked...Orked... babe.. babe..." Suara Dr Jojo memecah kesunyian. Tiada apa yang kelihatan. Keadaan gelap gelita. Masih lagi sunyi. Seluruh tubuhnya terasa begitu sakit. Langsung dia tidak dapat bergerak. Terasa keseluruhan tubuh sebelah kirinya ditimbuni konkrit. Dia cuba mengawal pernafasannya dalam ruangan yang begitu sempit itu.

"Orked...!!!!! Orked..!!!!!" Jojo menjerit memanggil. Hatinya diasak-asak ketakutan dengan apa yang bakal berlaku. Dr Jojo cuba menggerakkan kepalanya ke kiri dan ke kanan. Mencari punca cahaya dan peluang untuk bergerak. Tiba-tiba tangan kanannya seakan disentuh sesuatu. Jojo kaku. Siapa pula yang memegangnya.

"Jo...." kedengaran suara lemah tidak jauh daripada telinga kanannya.

"Babe...Orked.. U ada sebelah I kan.. hold my hand..hold my hand.." Jojo kembali merasai harapan. Lega hatinya.

"Ya...u jerit kuat gila...pekak i.." Orked menjawab perlahan. Bahu kanannya terasa sakit sekali. Matanya cuba dibuka perlahan-lahan.

"Babe.. kita memang gelap kan... ke mata I yang tak nampak ni..." Orked cuba memastikan. Tangan kanannya cuba digerakkan dan meraba-raba dimana letak telefon bimbitnya.

"Ya.. memang gelap... tapi tak tahulah kalau kita dua-dua dah buta..." balas Jojo dalam logiknya.

Orked ketawa kecil. Dalam masa yang sama menahan kesakitan bahu kanannya.

"Jo.. I takut kita mati bukan sebab tertimbus. Tapi sebab I gelak dengan lawak U. Pastu, oksigen habis."

Jojo pula tergelak kecil. Jemari Orked digenggamnya erat.

"Hey.. u injured kat mana..?" Orked cuba memastikan.

"Sebelah kiri I langsung tak boleh gerak. I tak sure kalau ada luka. I tak boleh rasa." Jojo menerangkan perlahan.

"U ok?" Jojo pula memastikan.

"Bahu kanan I ni sakit sangat. Tapi I masih boleh gerak tangan kanan dan kaki sikit-sikit." Orked melaporkan.

"Great... Phone ada signal?" Jojo bertanya lagi perlahan.

"I tak jumpa lagi phone. Tapi so far kita ada sepaket biskut dan air mineral botol kecik" Orked menjawab perlahan. Orked menggerakkan tangan kirinya untuk mencapai biskut dan air mineral yang dihulurkan tangan kanannya. Diletakkan diantara ruangan sempit dia dan Jojo.

Orked kembali meraba mencari jemari Jojo. Digenggamnya erat. Namun tiada tindak balas.

"Jo...Jojo...babe..." Orked memanggil perlahan sambil menggerakkan tangan kirinya beberapa kali. Tiada sahutan. Tiada tindak balas. Ketakutan mula perlahan-lahan menyerang perasaan Orked. Kaki kanannya cuba digerakkan dan beralih daripada konkrit yang menghempap. Orked cuma berharap gerakannya yang sekecil itu tidak akan menjadi punca pecahan konkrit lain teranjak dan semakin menghempapnya. Tangan kirinya cuba menolak konkrit yang menghempap bahu kanan. Perlahan-lahan dia cuba meloloskan diri. Dalam suasana gelap gelita sebegitu Orked cuma tawakkal, berusaha semampunya untuk selamat.

Orked mengengsot perlahan ke kiri cuba lebih dekat kepada Jojo yang masih tidak membalas panggilannya. Bahu kanannya berjaya diloloskan. Tapi sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Bila yakin tubuhnya semakin rapat dengan Jojo, Orked meraba perlahan tangan kirinya mencari wajah Jojo. Dirasai pula nadi di pergelangan tangan Jojo.

Orked melepaskan nafas lega.

---






Bukan Jalan ke SyurgaWhere stories live. Discover now