Bab 40-Kubis

303 22 7
                                    

Cempaka menyemak kembali pesanan yang masuk dari food panda dan grab food. Menderu-deru bunyi dua alat penerima pesanan itu. Pesanan disiapkan berhati-hati, agar tidak tersilap apatah lagi tertukar. Sesekali Orked menjengah kaunter hadapan. Seperti biasa Suri cekap menguruskan sendiri. Ada panggilan telefon yang masuk.

"Hello Chris. Yup. Jadi... Oh? I tak reply dalam group eh? Sorry tak perasan. Malam ni I ada. OK. ok bye" Cempaka kembali memotong kek. Kemudian dia membawa semua pesanan ke bahagian kaunter pesanan atas talian. Disitu nanti rider akan mengambil pesanan berdasarkan nombor order.

"Suri Ok..?" Cempaka melaung dari hujung.  Nampak Suri sedang sibuk mengambil pesanan. Hujung minggu, memang ramai.

"Beres bos..." Suri mengusik. 

Jam menunjukkan jam 6:00 petang. Waktu kerja cempaka telah tamat disitu.  Dua pekerja yang lain juga telah sampai untuk menguruskan kedai. Hari ini, makciknya Kak Fuzi, turut membantu di kedai. Jadi, bolehlah dia pulang dan ke Dapur Jalanan pula.

"Mak Su.. Cem gerak dulu ya..." Cempaka menarik tangan kanan Kak Fuzi cium bersalaman.

"Haishh... budak bertuah ni.. kelam kabut...." Kak Fuzi mencubit lengan Cempaka.

" Heheh... ala.. nak cepat ni. ok bye." Cempaka segera mencapai kunci keretanya. Dia perlu sampai sebelum 6:30 petang. Hari ini giliranya memasak di Dapur Jalanan. Bahan mentah seperti kobis, bawang, telah siap tersedia di bonet. Pagi tadi jam 7:00 pagi lagi sudah ke pasar.

Sampai sahaja di markas operasi Dapur Jalanan,  Ikmal terus datang menghampiri. Membantu mengangkat barang-barang daripada bonet.

"Assalamualikum Chef" Ikmal menyapa

"Waalaikum salam. Dah siap potong ke barang-barang?" Cempaka bertanya sambil merapikan ikatan rambutnya.

"Udoh... tinggal kobis dengan bawang je ni ha..." Ikmal meloghat Perak. Menyampah pulak Cempaka dengar longat dibuat-buat tu.

Cempaka terus ke dapur dan memulakan aktiviti memasaknya. Hari ini jam 8:30 malam perlu bergerak ke tempat edaran makanan. Menu malam ini, ayam masak merah, dan kobis tumis kering. Cempaka mengenakan apron dan menghidupkan api dapur. Dua dapur di pasang serentak. Keseluruhan, ada 4 dapur di situ. Jadi sementara menunggu kobis siap di potong, maka masaklah ayam masak merah terlebih dahulu.

Cempaka cekap menumis bahan-bahan untuk dijadikan sambal. Bila cili sudah pecah minyak, di curahkan pula ayam yang telah siap2 digoreng Ikmal. Hanya mereka berdua sahaja yang menguruskan dapur. Sukarelawan yang lain biasanya akan sampai selepas magrib untuk tujuan pembungkusan.

"Ikmal... tolong angkat ni.... " Cempaka memegang hujung raga tempat ayam goreng.

"Tepi..tepi..tepi... susah angkat berdua.. " Ikmal menyinsing lengannya. Segera dia mencurahkan ayam masuk ke kuali. Cempaka menggaul berhati-hati. Kuali satu lagi juga dimasukkan ayam. Jumlah bungkusan setiap malam biasanya dalam lingkungan 100 ke 150. Tapi harini, mungkin cecah 200 bungkus.

"Ok. kobis dengan bawang siap" Ikmal mengetepikan bakul berisi kobis cincang.

"Ha.. masaklah.. potong dah pandai dah." Cempaka fokus menggaul ayam masak merahnya.

"Ala... aku tak reti...tragedi nanti" Ikmal ragu-ragu.

"Masak sayur je kot. cepat aku guide. Dah nak maghrib ni. " Cempaka berkerut dahi.

"Cepat tumis bawang tu..." Cempaka mengarahkan.

"Aalih alih teman jugaok yang kene...." Ikmal membebel sambil tetap mengikut arahan Cempaka.

"Ok.. dah layu dah bawang tu... ha.. masukkan kobis...." Cempaka cekak pinggang di tepi. Padahal ayam masak merahnya sudah pun siap. Sengaja mahu mendera Ikmal.

"Senang kan....haishh kau je manja sangat..." Cempaka membebel.

"Alah... lepas ni nanti mesti aku kena masak sayur kan..." Ikmal menggaul kobis dan tumisan bawang dengan sepenuh tenaga.

"Haruslah....kau tu kederat banyak... siapa lagi nak minta tolong...." Cempaka melihat jam ditangan. Sudah jam 7:40 malam.

"Ok. dalam lagi 5 minit, kau matikan api. Jangan layu sangat tak sedap. Aku gi maghrib dulu ye. Terima kasih Ikmal..." Cempaka senyum angkat kening. Puas hatinya dapat mengusik Ikmal.

"Ye... sama-sama..." Ikmal menjawab sambil memerhatikan Cempaka menuju ke Surau berhadapan markas mereka.

Cempaka membelek telefon bimbitnya. Dibuka Whatsapp dan ditekan nama Orked. Tetap seperti minggu-minggu sebelumnya. Berita tentang Orked cuma daripada berita. Dia bersyukur Orked selamat. Disimpan semula telefon bimbit ke koceknya. Matanya memandang ke hadapan, tetapi hatinya tidak keruan. Cempaka melepaskan nafas. Matanya berkaca lagi. Mengenangkan untuk apalah merasa risau seperti itu, merindu seperit itu. Bukan siapa -siapa dan apa-apa kan dia dengan Orked?

---

Bukan Jalan ke SyurgaWhere stories live. Discover now