Bab 15- Awak Sudi ke?

929 53 29
                                    

"Kawan Dr Orked ke ni?", tanya Faisal. juru X-ray yang bertugas petang itu.

"Haah. Nanti dah siap direct bagi saya terus. Saya dah beritahu Dr Kamal dah." pesan Orked.

"Beres." Faisal memulakan prosedur. Orked masih juga di situ, berhampiran Faisal. Telefon bimbitnya bergetar beberapa kali. Ada mesej yang masuk. Orked bergerak keluar daripada kawasan x-ray.

Dibuka pesanan daripada Ain.

"Dr Orked. Ada video beruang baru"- Ain

Orked berkerut dahi. Ingatkan ada apa yang sangat mustahak tadi. Orked menekan link video.

Dahinya bertambah kerut. Jantungnya bergerak lagu. Video diambil daripada jauh. Tetapi jelas kelihatan beruang sedang terbaring di lantai sambil memeluk seorang budak lelaki yang sedang menangis. Dan tiba-tiba dengar suara lelaki memaki dan terus menyepak belakang beruang.

"Shitt!!" Video dimatikan. Tidak sanggup dia melihat lebih lanjut lagi. Orked berjalan mundar-mandir. Terasa seluruh tubuhnya menggigil menahan marah. Dia menarik nafas dalam-dalam. Berjalan ke bangku terdekat dan duduk sebentar di situ. Cuba mengawal pernafasannya sendiri.

.

.

.

Dilihatnya Cempaka yang berjalan perlahan ke arahnya. Orked terus bangun mencapai kerusi roda.

"Duduk sini. Jangan degil" Sekali lagi Orked beri arahan dan Cempaka cuma menurut.

"Kenapa jalan keluar..? Duduk je kat dalam..." Nada Orked lembut kembali.

"Saya tengok awak takda, saya carilah kat luar. Awak kenapa? Ok ke?" Cempaka hairan melihat Orked yang nampak sedikit berbeza daripada tadi.

Orked berhenti menyorong bila sampai pada bangku tadi. Ditarik kerusi roda Cempaka biar betul-betul mengadapnya.

Orked menongkat dagu memandang Cempaka. Tidak sangka, gadis dihadapannya itulah si beruang yang selalu sabar melayani kerenah anak-anak kecil. Yang tetap ceria, jalan kedek-kedek menyambut tetamu. Si beruang yang selama ini dianggap lelaki, rupanya Cempaka yang sememangnya mencuri hatinya. Selama ini Orked mengagumi si beruang yang baik hati. Namun, atas segala yang berlaku hari ini, si beruang telah menjadi pujaan hati.

Orked senyum memandang wajah polos Cempaka.

Perlahan Orked menunjukkan video yang dilihatnya tadi kepada Cempaka.

Cempaka menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Sesekali dia curi pandang Orked yang tetap memandangnya. Yang mahukan penjelasan lanjut.

Orked menyimpan telefonnya semula.

"Awak dah buat report polis?"

"Belum." Cempaka mengeleng.

"Kenapa tak buat? Awak kenal ke lelaki tu?" Soal siasat pun bermula. Orked mula menggunakan intonasi tegasnya.

Cempaka tarik nafas dalam-dalam. Berbelah bahagi mahu menjawab. Kalau kata kenal mesti lagi panjang soalannya. Kalau kata tak kenal pun, sama panjang soalan susulannya.

"Tak..sekarang ni saya ikut je apa awak suruh buat. Tak masuk kerja, pergi x-ray... tapi kenapa saya pulak yang kene soal siasat macam ni? Saya pulak yang macam orang salah. Awak claim awak doktor pakar, tapi macam ni ke awak layan orang sakit?" 

Cempaka tak puas hati. Sudahlah sakit, disoal-soal begitu pula. Sudahlah lepas 3 minggu baru muncul. Cempaka memandang tempat lain menahan perasaannya.

Orked tertunduk menggeleng-geleng tersenyum. Tak sangka, pedas betul bidasan Cempaka. Kalau orang lain, sudah tentu dilawan semula. Berani betul menyentuh kelayakannya sebagai bakal doktor pakar.

Orked menarik lebih rapat kerusi roda. Kedua-dua tangan Cempaka digenggamnya erat.

.

.

.

'Ahh sudah.. dia nak buat apa ni...' Cempaka cuma diam memerhati Orked yang senyum memandangnya. Bukan kepalang debaran jantung Cempaka.

.

.

"Hey, beruang yang comel. " Orked mengusik.

Cempaka tergelak kecil.

"Janganlah panggil saya beruang..." Cempaka menghabiskan sisa tawanya.

Orked juga tertawa dengan reaksi Cempaka. 

"Awak tahu tak tenaga lelaki menyepak sekuat tu boleh buat awak lumpuh?" Orked merenung Cempaka lembut.

Cempaka menggeleng kemudian tunduk. Diam menanti bebelan Orked seterusnya.

"Saya tahu awak tak fikirkan pasal diri awak. Tapi awak fikirlah pasal saya..." Orked tenang menuturkan.

Cempaka makin tak keruan dengan kata-kata Orked. 

'Apa yang dia nak beritahu ni..? Cempaka kerut dahi. Debaran makin melaju.

.

.

.

"Kalau saya nak minta delivery kek macamana..?" 

.

.

Orked menahan senyumnya melihat reaksi Cempaka yang nampak tidak teruja.

"Oh...itu, saya boleh bagi nombor kedai...."Cempaka jawab perlahan. Entah kenapa jelas kecewa dengan jawapan Orked. Entah apa yang dia mahu daripada Orked. Dan mengapa Orked melayannya begitu. Dia tidak dapat meneka. Terkadang signalnya kuat, sekarang signalnya lemah pula. Macam nak padam. Cempaka cuma pasrah. Dan suara dalam kepalanya mengingatkan kembali;

'Dah pesan awal2 haritu kan..? kenapa nak cari pasal?' Cempaka cuma menunduk. Mahu sahaja dia hilang daripada situ.

.

.

.

" Hey ....beruang yang cantik..." kali ini Orked menarik jemari Cempaka rapat ke dadanya. Entah mengapa rasa gugupnya sebelum ini diganti dengan rasa tenang. Terasa begitu hampir sekali dengan Cempaka.

.

.

"Awak boleh reject saya sekarang kalau awak tak mahu." Orked tarik nafas dalam-dalam. Khuatir dia sendiri akan kecewa.

Sementara Cempaka, cuba mengawal nafasnya. Bukan biasa-biasa degup jantungnya.

"Saya ni sedap mata memandang, kerja bagus, baik hati...tak pernah berkahwin...single." Orked menuturkan satu persatu. Seperti intonasi menjual diri.

Cempaka dah jadi batu.

"Tapi... sejak saya jumpa dan kenal awak...saya rasa macam nak berteman. Kalau awak ada rasa yang sama...awak sudi ke..?"


 Sekarang signal betul-betul terpancar. Macam kena sambar petir dibuatnya.






Bukan Jalan ke SyurgaWhere stories live. Discover now