Telah sebulan pemergian Orked ke Gaza. Sesekali Cempaka merenung kosong ke siling biliknya. Tiap-tiap minggu juga keletihan sebegitu. Biasalah, hari Sabtu adalah waktu rehatnya. Esok, perlu kisahkan hal stok kedai pula. Bila perniagaan semakin maju, maka semakin sibuk jugalah sepatutnya. Direnungnya pula telefon bimbitnya. Pesanannya pada Orked pasti dibalas selang 3-4 hari. Terakhir, Orked menghantar gambar selendang kepadanya.
----
"Cem. Thanks hantar saya." Orked menuturkan tenang sambil matanya tidak tahu perlu direnung kemana. Melilau ke kiri dan kekanan. Sesekali terlihat Jojo dan keluarganya yang ceria dengan telatah anak sulung Jojo. Degupan jantungnya seakan terasa berdetak-detak waktu itu.
Cempaka cuma berdiri dihadapan Orked, diam dan mengangguk perlahan. Dia menghela nafas perlahan. Entahlah. Terasa berat melepaskan Orked pergi begitu.
"Kalau awak tak busy.. awak text la saya. Tapi mesti sangat busy kat sana. Its ok. Saya faham" Cempaka cuba memecahkan kesunyian. Mengalihkan suasana yang hampir suram. Mengalihkan perasaan hatinya yang sebak senja itu.
"Mestilah. Nanti mesti awak bosan kan takde sape kacau awak." Orked bersahaja dan menepuk perlahan bahu Cempaka.
"Ala... mana ada kacau..." Cempaka senyum malu membalas perlahan.
Orked menahan wajahnya yang merona merah. Itulah ayat paling manis senja itu.
Orked menghela nafas perlahan bila dia melihat kumpulannya mula bergerak perlahan ke bahagian check- in. Jam menunjukkan hampir 8.30 malam. Penerbangan pada jam 11.00 malam. Jika ikut aturcara sebentar lagi akan ada ucapan ringkas untuk kumpulan deligasi ke Gaza.
"Cem.. saya pergi dulu ya."
"Oh. nak gerak dah.." Cempaka menarik nafas dalam-dalam. Merenung sekilas Orked dihadapannya. Gentar rasanya mahu bertentang mata.
"Cem..." Orked menarik perlahan tangan Cempaka sehingga membawa rapat tubuh Cempaka dalam pelukannya. Cempaka cuma terkedu saat itu. Cuma membiarkan Orked memeluknya erat.
"Cem...saya rasa bahagia walaupun kita kenal cuma sekejap.." Orked menuturkan perlahan dengan suara yang bergetar. Cukup didengari Cempaka.
Ada air jernih yang mengalir dari kelopak mata Cempaka. Dibalasnya pelukan Orked erat. Belum lagi berangkat, perih hatinya sudah merindu. Cempaka mengucup mesra pipi kanan Orked. Lembut.
"Awak mesti balik.. Saya sayang awak.."Cempaka menuturkan penuh kasih.
---