Bab 21-Persiapan

409 29 9
                                    

Orked menyemak buat kali terakhir dokumen serta pakaian yang akan dibawa nanti. Tiga hari lepas merupakan perjumpaan terakhir bersama teman-teman Mercy sebelum berangkat ke Palestin. Esok malam adalah harinya. 

Sewaktu perjumpaan, Ustaz Amin selaku ketua misi pada kali ini,  sempat menyampaikan tafsiran ayat-ayat Quran yang berkaitan dengan peperangan dan kewajiban ambil peduli dengan saudara-saudara di Palestin. Di akhir perkongsian, Ustaz Amin tetap cuba menenangkan semua orang dengan kata-katanya. Hanya lima orang yang sudah biasa dengan Palestin, tetapi 10 sekarelawan lagi adalah wajah-wajah baharu yang sedayanya cuba beraksi tenang.

"Insyaallah, kalau mati pun tak rugi. Jangan risau dengan apa yang akan kita tinggalkan nanti. DIA kan ada untuk jagakan semuanya. " Ustaz Amin menuturkan lembut. 

Seakan meresap masuk pada setiap kapilari darah dan saraf. Orked cuma angguk beberapa kali menenangkan hati sendiri.

"Orked. You ok ke?" Cuit Dr Jojo disebelahnya. Sebab kali ini dilihat sahabatnya itu agak gementar.

"I ok je Jojo. Biasalah insaf. Syahdu sikit.." Orked tergelak kecil.

"Ala.. macam ustaz cakap..No worries la..insyaalahhhh...tuhan Alah kan ada..." Dr Jojo cuba menenangkan dalam pelatnya.

Orked senyum dengan gelagat Dr Jojo. Teman sekelasnya waktu di Ireland dulu. Sekarang sedang menyambung pengajian untuk menjadi pakar bedah jantung. Jojo lah jadi rujukannya dulu kalau dia tertidur waktu kuliah. Dan Orked lah yang selalu jadi mangsa memapah Jojo pulang ke rumah kalau dia mabuk.  Budak nerd mahu berparti, baru teguk segelas dah tumbang. Sekarang sudah berumah tangga dengan teman sekuliah juga dulu, Chris. Lelaki India kelahiran Pulau Pinang. Dan Orked jugalah yang jadi telangkai menyatukan mereka berdua.

"Eh Orked..You dont want a..?" Jojo menyuakan segelas alkohol.

"No la.." Orked menolak sopan. Matanya menjeling tajam. Padahal Jojo bukan tak faham kenapa Orked menolak.

"Aishh ...rugi la... Everytime datang party..eat fries. Fries..fries....fruits....c'mon..." Jojo mengusik Orked dengan nada suara mengejek.

"Ewah-ewah... daripada you tu. Minum sikit dah pitam. hahahah...baik tak payah minum!!" Orked membalas. Puas hatinya. Chris gelak besar. Jojo geleng kepala dengan balasan padu Orked. Menusuk.

Orked kembali melihat Jojo yang khusyuk menulis nombor pasport pada borang disebelahnya. Lamunannya terhenti.

"Jojo....kenapa you beria-ia sangat nak join?" Orked memulangkan soalan pada Jojo. Ibu kepada seorang anak lelaki berusia 5 tahun. Mulanya ditentang oleh Chris. Namun, tetap dia memujuk.

Jojo mengangkat kepala sambil menghela nafas.

"I nak temankan you la." Jojo bersahaja. Kemudian menyambung fokusnya.

"Babe..seriously..? Why... ?" Orked memujuk.

.

.

.

"Emm... not sure if this consider a reason lah.. Tapi I nak tahu kenapa dari dulu orang Malaysia, Muslim especially  mesti akan tolong orang Palestin... Jauh tu.. bukan dekat. Bahaya lagi..I just wondering why and how all these people so .. determine." Jojo menyampaikan jujur.

"Now you knew? Then..Why you so determine to join even u not Muslim?" Orked memulangkan pertanyaan.

"Emm.. not fully answered la..Maybe a part of it I slowly understand. BUT you kena jaga I tau kat sana nanti." Jojo mengingatkan dengan mata yang sengaja dibulatkan.

"Habis tu? Siapa jaga I ?" Orked berkerut.

"Haiyaa.. Alah kan ada..." balas Jojo sambil menunjuk jari telunjuk ke atas.

Bukan Jalan ke SyurgaWhere stories live. Discover now