Bab 36-Pengharapan

319 26 6
                                    

Bila Jojo buka mata perlahan, keadaan sudah agak cerah sedikit. Ada sumber sedikit cahaya dihujung kepalanya. Telinganya terdengar bunyi riuh sayup-sayup. Badannya terasa berat sekali. Orked yang berada di atas tubuhnya memeluknya kemas. Tangan kanannya berada di belakang kepala Jojo seakan melindungi Jojo daripada terhantuk pada konkrit. Bila Jojo meraba bahagian kanan pinggangnya sendiri, seakan terasa ada cecair hangat yang mengalir. Jojo cuba merasakan jika ada luka pada tubuhnya. Tiada yang luar biasa sakit. Dia meraba pula tubuh Orked dibahagian kanan juga. 

.

.

.

Punca darahnya daripada situ. 

"Babe.. Orked... Wake up babe...." Jojo cuba mengawal perasaannya. Semua memori bersama Orked seakan jadi flashback dimatanya. Jojo melihat tubuh Orked yang seolah jadi penghalang konkrit daripada mengenai tubuh Jojo. Kalau tiada Orked, nescaya konkrit tersebut yang akan menghenyak tubuh Jojo. 

"Babe... please don't leave me.. please...wake up..."  Jojo memanggil Orked berkali-kali. Tetap tiada respon. Di elus wajah Orked yang pucat dan dingin. Jojo memejamkan matanya, merasa kecewa dengan dirinya sendiri yang tidak mampu berbuat apa-apa.

"God..why don't you help her....God....why...God... " Jojo merintih tidak dapat menahan perasaannya. Air matanya berjujuran. Orked dipeluknya sekuat kudratnya.

"Help!!!!!..Help!!!!!!!!...helpp!!!!!" Sekuatnya dia menjerit dengan segala kudrat yang tersisa.

---

Cempaka tersedar dari lenanya. Tertidur dia di atas sejadah. Dilihatnya jam menunjukkan hampir subuh. Sepanjang malam Cempaka solat sunat dan mendoakan kesejahteraan dan keselamatan buat Orked dan rakan-rakannya. Belum pernah dia mendoakan seseorang bersungguh dan penuh pengharapan seperti itu. 

Bila nama mangsa-mangsa pengeboman Hospital Syifa' diumumkan 2 hari yang lalu, bagai tidak berfungsi fikiran rasionalnya. Cempaka jadi celaru dan tidak tenteram. Terus dihubunginya Mak Su nya meminta cuti.

"Mak Su. Cem nak cuti. Seminggu. " Ringkas permintaan Cempaka, sampai terdiam Kak Fuzi.

Cempaka mencapai telefon bimbitnya. Mencari-cari berita terbaharu berkaitan Orked. Tiada.

Telefon ditutup. Cempaka termenung di bucu katil. Kalu diikutkan perasaan, mahu terus dia terbang kesana. Air matanya mengalir perlahan. Dikesatnya pantas. Namun ia mengalir lagi. Kali ini teresak esak. Betapa tidak berdayanya dia merasakan saat itu. 

"Orked....baliklah....Orked...." Cempaka teresak-esak meminta.

---


Bukan Jalan ke SyurgaWhere stories live. Discover now