Imbas Kembali
"Awak nekad dengan keputusan ni?"Cempaka mengesat air mata yang mengalir daripada tadi. Seakan tidak mahu berhenti. Tiada suara esakan. Cuma air mata rayuan.
"Macam yang kita dah setuju. Kita setakat ni sahaja. Jodoh saya dah datang." Syiela menyahut perlahan. Dia juga sebenarnya buntu. Keluarga mendesaknya meneruskan perkahwinan, tetapi sayangnya pada Cempaka melebihi segalanya.
Cempaka menyeka air matanya. Dia berdiri perlahan, mengumpul kembali maruah diri.
"Ok, kalau ini yang awak mahukan, anggaplah saya tak pernah wujud lagi selepas ni"
-----------
"Wassalam. Dah bukak dik. Kejap ya. Ok, nak order apa?" Cempaka bersedia pada tablet cashier untuk mengambil pesanan.
"Ok... ice mocha dua. Taknak krim. Chocolate moist cake 2, red velved cheese 2 dengan charcoal ice cream 1." gadis bertudung pink cair memesan satu persatu.
"Ok.. ice cream nak tambah topping tak? Ada coklat dengan peanut butter. Tambah seringgit sahaja." Cempaka menawarkan menu baharu.
"You nak tak?" tanya gadis pada teman lelakinya mungkin.
"emm.. kak, yang aiskrim goreng ni ada ke?" si teman lelaki pula bertanya.
"Ada. Ni menu baharu. Tengah ada promosi sekarang. Pesan 1 set, percuma seketul" pantas Cempaka menerangkan.
"Ha.. nak try kak. 1 set." ujar teman lelaki.
"Ok. itu sahaja?"
"Ok kak. dah"
"Ok. total semua RM 56.00 sahaja. Cash atau kad?"
"Cash kak."
"Ok terima kasih. Duduk dulu ye. Nanti kami panggil nombor" ujar Cempaka sopan.
"Kak.. nak tanya sikit, Harini bear tak ada ke?" tanya gadis tadi.
"Oh.. bear masuk kerja dalam jam 2.00 petang.. nak selfie dengan bear ye?" Cempaka berseloroh.
"Haah kak. Awek saya ni suka bear sangat. Kedai ni viral akak tau tak? Sebab bear tu la.." si teman lelaki pula ramah bercerita.
"Ha..? yeke? kitorang tak tahu pun." Cempaka berkerut dahi.
" Ni kak.." si gadis menunjukkan video daripada twitternya.
Cempaka melihat dengan teliti seekor beruang berwarna coklat yang bukan sekadar berjoget sekali sekala, duduk bersandar di tiang sambal menepuk-nepuk kepala dan yang frame terakhir, kepala bear ditepuk seorang Budak sampai tersenget. Cempaka scroll pula komen-komen netizen. Ramai yang memberikan maklumat lokasi kedainya, memuji keenakan kek dan manisan serta ramai yang menggelarkan kedainya sebagai Kedai kek 7 ringgit. Cempaka terkesima sebentar. Wauu.
'Siapa yang rakam video ni daripada jauh dan buat free marketing ni?' Cempaka bermonolog.
'Patutlah minggu ni sale luar biasa jumlahnya'.
"Pastu video ni rasanya dah masuk FB kak..semua puji pasal bear tu sabar je dengan Budak kecik tu...comel gila..." si gadis menerangkan mesra.
Tidak lama, Suri pula muncul dengan membawa pesanan tadi.
"Suri.. beruang kita viral kau tahu..?" tanya Cempaka.
"Eh..? iye ke?? patutlah customer makin ramai.." Suri dengan sopan menyerahkan pesanan pada gadis.
"Enjoy the sweetness. Thank you.." Cempaka ucapkan pada si gadis dan teman lelakinya.
"Wahh..Alhamdulillah..tengok video ni Suri.. " Cempaka mencari dalam twitter. Siap ada hashtag #beruangsweet.
" Uish... macam trending je kak..." Suri teruja. Cempaka masih tak percaya.
"Tapi ada orang sekodeng beruang kita ni... sy cuma ingat Budak yang minggu lepas akak dukung ni... tapi yang sebelum2 ni saya tak pernah Nampak..." Suri berfikir.
"Itulah..tapi kalau ikut angle video ni.. orang tu mesti berdiri kat sana... tu ha... area kedai Samsung tu. " Cempaka menunjuk dengan jari telunjuk.
"Akak ada crush ke kat sana tu..?" Suri cuba berseloroh.
"Mana ada orang tahu siapa dalam bear tu.." Cempaka menyangkal.
"Okla.. nanti kita siasat. Dah sambung buat kerja. Orang pun makin ramai ni." Cempaka memberi arahan.
Dalam pada masa yang sama pesanan GrabFood dan FoodPanda juga masuk bertubi-tubi.