"Babe... kita dah lama tak spent time macam ni kan...?" Jojo ajak berbual. Ini telah masuk hari ketiga dia dan Orked terkandas di situ. Tiada lagi bunyi ALARM daripada telefon. Sepi.
"Babe... kita tak pernah tertimbus macam ni babe...." Orked masih mahu berjenaka.
Jojo tergelak kecil. Dia menarik nafas dalam-dalam.
"U still remember Maya..?" Jojo membuka cerita lama.
"Em.. adalah sikit-sikit..."Orked jawab ringkas.
"Dalam ramai-ramai ex you, cuma dengan Maya ni I boleh kawan.." Jojo gelak kecil.
"Apa motif you babe...?" Orked malas melayan. Terbayang wajah Maya kelahiran Jerman, sama universiti sewaktu di Ireland dulu.
"No lah.. I just wondering until now, kenapa u putus..." Jojo menoleh Orked dalam kegelapan.
"Hmm... tak ada jodoh..." Orked jawab ringkas.
"Ala babe... kita tak tahu umur panjang ke tidak ni... no more secret please..." Jojo merengek.
"Ok.. lepas I bagitahu ni.. U jangan tanya lagi.." Orked menoleh Jojo.
"Promise..." Jojo mengeratkan genggaman jemarinya.
"She is... closeted Islamophobic.." Orked ucap ringkas.
"What..?? But... but why?" Jojo mahukan penjelasan lanjut.
"Macam tak caya kan? U ingat kan dia bidang journalism?"
"Ya.. I ingat.." Jojo balas perlahan.
"I accidently found a website, admin by her. All about hate Islam..insulting Quran.. macam-macam la.." Orked menerangkan tersekat-sekat. Tekaknya dahaga sebenarnya.
"Then u confronted her?"
"I did. Perang besar. Then I said, kau dengan agama kau, aku dengan agama aku"
"Wow.." Jojo melepaskan nafas perlahan. Dia terbayang susuk Maya yang menjadi kegilaan para lelaki di universiti dulu. Lemah lembut. Sangat jarang gadis Caucassian lemah lembut. Susah nak jumpa.
"Ideologi mungkin kalau I cuba jelaskan, nanti-nanti mungkin dia boleh terima. Tapi... honestly I dah tak rasa selamat dengan dia..." Orked batuk kecil. Terasa betul-betul lenguh pinggangnya.
Jojo menepuk-nepuk tangan Orked perlahan. Moga dapat melegakan kesakitan Orked.
"She abused you..?"
"Hmm... mentally..yes." Orked memejamkan matanya. Jojo angguk perlahan. Tidak sangka kisahnya begitu.
.
.
.
"Babe.. I rasa ada air jatuh atas muka ni.. you rasa?" Orked menyentuh dahinya. Dia meraba-raba batu konkrit atas kepalanya. Ya, basah.
" Eh.. hujan ke..." Jojo menyentuh rambutnya
Orked dapat merasakan runtuhan konkrit dibahagian kanannya bergerak perlahan.
"Babe... are we moving..?" Jojo juga merasakan struktur sekelilingnya seakan bergerak.
"I takut..."Jojo mula menangis perlahan.
"Pegang I. Jangan lepas" Orked mengarahkan.
Orked memejamkan rapat matanya. Gerak hatinya merasakan yang ini detik terakhir buatnya. Dia mengenggam erat rantai pemberian Cempaka. Dalam hatinya tidak putus mengucap.
Terakhir yang didengari adalah jeritan Jojo dan bunyi kuat runtuhan konkrit yang bergerak.
---