Bab 43-Pegang Tangan

489 27 12
                                    

"Awak nak tengok cerita apa?" Orked menekan menu pada skrin untuk membeli tiket wayang.

"Cerita Shrek ni awak dah tengok?

"2 kali dah. Tapi kalau awak nak tengok saya boleh je tengok lagi. best." Orked meyakinkan Cempaka.

"Emmm...." Cempaka mengetap bibir.

"Awak layan hindustan? Tengok Kajol nak?" Orked mencadangkan cerita Dilwale. Heronya tentulah Shah Rukh Khan. Si rambut gaya sama di semua filem.

"Boleh." Teruja Cempaka. Ingatkan Orked sukakan cerita Hollywood sahaja. Beberapa tanggapannya pada Orked sebelum ini meleset. Hati Cempaka berbunga-bunga.

"Ok. Kita ambil couple seat. Orait... chekout" Pantas.

"Kejap.." Cempaka memegang tangan Orked daripada menekan menu payment.

"Ha?" Orked menoleh hairan.

"Bagi saya belanja boleh? Please..." Cempaka buat mata comel. Orked angkat dua-dua tangannya tanda berserah. Orked kalah dengan mata comel.

"Ok... its yours.." Orked senyum manis disisi Cempaka. Merenung gadis kesayangannya melakukan pembayaran.

'Haish.. pakai perfume apa la awak sayang.. mendebarkan betul' Orked bisik dalam hati. Mahu dipuji Cempaka lagi, tapi takut keterlaluan dan salah maksud pada temu janji pertama. Bukan boleh percaya mulut Orked. Jujur tanpa tapisan.

"Nak popcorn? Air?" Orked mempelawa.

"Kalau awak nak, beli satu je, saya kenyang lagi." Cempaka memegang perutnya. 

"Emm.. kita beli air meneral je ye. Lama juga 3 jam cerita ni". 

Cempaka cuma angguk setuju.

Mereka menuju masuk ke nombor pawagam seperti yang tertera pada tiket. Orked mencari nombor seat. Teletak di sebelah kanan hujung. 

"Saya first time masuk cinema kat sini" Orked ajak bersembang.

"Ingatkan awak selalu datang." Cempaka membetulkan duduk nya. Selesa rasanya duduk di couple seat. Luas.

"Hahah...saya dah lama tak dating..." Orked membuat pendedahan.

" Oh.. ni baru nak dating balik lah?" Cempaka mengusik. Orked menahan tawanya. Tersengeh-sengeh dari tadi.

"Haah... sebab yang dating kali ni susah sangat nak dapat..." Orked berseloroh sambil terkenangkan dirinya direject Cempaka pertama kali dulu.

"Hm.. dah dapat ni happy?" Cempaka melanjutkan.Menahan senyumnya yang berleluasa.

"Hmm.. happyla jugak... tapi belum dapat pegang tangan" Orked menekup mulutnya menahan tawa. Cempaka menepuk lembut bahu Orked. Mujurlah cahaya malap. Habis memerah wajah Cempaka. 

Orked bermonolog lagi menggeleng-geleng kepalanya. 

'Syabas Orked. Tunjuk sangat gatal tu...' Orked melepaskan nafas perlahan.

Perasaanya berdebar daripada semalam sampai sekarang tidak surut-surut. Bezanya keluar temujanji dengan gadis Malaysia. Malu-malu, sopan, halal gap. Mungkin suasana sekeliling juga meyebabkan kita jadi tidak terbiasa dengan PDA (public display affection). Masih rasa risau dengan mata-mata yang memandang. Padahal, mungkin mereka tiada persepsi. Cuma memandang biasa. Tapi, kitalah yang selalu overthinking. Lagi-lagi kalau masih dalam almari, tak mahu keluar-keluar.

Bukanlah sesuatu masalah yang besar bagi Orked. Bagus juga malu-malu. Semuanya jadi berharga. Al-maklumlah, susah nak dapat.

Tempat duduk semakin dipenuhi penonton. Perlahan-lahan lampu pawagam menjadi gelap dan cerita Dilwale pun bermula. 

Satu jam pertama masih dipenuhi dengan kisah dan lagu-lagu yang yang mengasyikkan. Paling mengujakan, bila kemunculan Kajol, satu pangung "WOWWWW" terkesima dengan kecantikan Kajol. Nampak lebih muda, segar dan tentunya cantik. Setakat ini, jalan ceritanya masih boleh diterima, ditambah lagi dengan lagu-lagu yang sangat kena dengan situasi. Melodi yang mengasyikkan serta maksud lirik yang turut dipaparkan memberikan makna yang lebih mendalam terhadap perjalanan cerita. Kadang-kadang terselit lawak-lawak yang tidak begitu lucu juga.

Cempaka menoleh ke Orked disebelah kanannya.

'Lahh.. tidur...?' Terlentuk kepala Orked hampir mengenai bahu Cempaka. 

Perlahan Cempaka mengubahsuai bahunya agar kepala Orked selesa bersandar. Diraih pula jemari Orked dengan tangan kanannya. Digenggam erat. Cempaka senyum tak lekang. Sudah lama dia tidak merasakan perasaan seperti ini. Lembut jemari Orked, harum rambut Orked jadi satu pakej ketenangan hatinya saat itu.

'Tidur ya sayang...' 

Bagai kisah mereka berdua yang dipertontonkan. Makin khayal Cempaka dengan muzik latar yang mengasyikkan.

---

ha.... sengeh lagi kan...


Bukan Jalan ke SyurgaWhere stories live. Discover now