Bab 7-Swafoto

575 35 10
                                    

Waktu Cempaka sedang leka menyusun wang ke dalam cashier machine, ada suara pelanggan dihadapannya.

"Dik, nak order boleh?"

Cempaka terus angkat wajahnya dengan senyuman, sebelum dia sendiri terpaku dengan insan yang ada di hadapan matanya.

Kedua-duanya terkesima. Dunia seakan terhenti beberapa saat.

Cempaka berdehem dan cuba mengawal reaksi wajahnya. Pelanggan dihadapannya juga seakan tersedar dengan deheman itu.

"Nak order apa Cik?" Cempaka beraksi normal. Matanya cuba dilarikan daripada menatap wajah wanita dihadapannya. Dalam kendongannya seorang kanak-kanak lelaki berusia sekitar 4tahun.

Cempaka tarik nafas dalam-dalam cuba mengawal emosinya.

Tiba-tiba datang Kak Fuzi menyentuh bahu Cempaka.

"Cem..tolong setelkan stok dekat belakang kejap. Mak Su jaga kaunter." Arah Kak Fuzi.

Kak Fuzi terus mengambil order.

---------

Hari ini hujung minggu, jadi sememangnya ramai pelanggan. Tugas si beruang juga, lebih awal daripada biasa. Kalau hari biasa beraksi jam 2.00 petang , hujung minggu bermula daripada jam 11.00 pagi.

Kepala beruang disarungkan perlahan. Si beruang mengambil beberapa keping flyers untuk diedarkan nanti. Debaran Cempaka masih belum hilang bila mengenangkan yang dihadapannya tadi adalah Syiela. Mujur datang Kak Fuzi menyelamatkan emosi Cempaka.

'Ujian apalah lagi nak tiba ni... dah 5 tahun hilang.. kenapa datang lagi' monolog Cempaka sendiri.

Si beruang berdiri dan berjalan menuju ke hadapan kedai melalui pintu belakang untuk meneruskan tugasnya. Ruang makan penuh dengan pelanggan. Beruang juga cuba beraksi gembira sambil mengedarkan flyers kepada  bakal-bakal pelanggan yang lalu lalang.

Tiba-tiba lengan beruang dicuit perlahan daripada belakang. Si beruang menoleh.

"Adik Bear.... boleh ke nak ambil gambar?" sapa suara yang sangat dekat di hati Cempaka.

Si beruang cuma angguk perlahan. Anak kecil senyum-senyum minta di dukung beruang. Beruang cuma akur menyambut. Si ibu berdiri di sebelah beruang. Swafoto diambil dengan penuh ceria.

Cempaka senyum lembut memerhatikan si ibu. Tanpa sedar, ada titis air mata yang mengalir.

.

.

.

.


'Awak... alangkah indah kalau ini potret keluarga kita..' 


Bukan Jalan ke SyurgaWhere stories live. Discover now