Si beruang sibuk berlari-lari anak bila dikejar anak-anak kecil yang teruja. Terasa tidak mampu berlari lagi, beruang duduk berehat sambil menunggu anak-anak kecil tadi menerpanya. Meriah jadinya suasana kedai. Disebabkan itu, satu ruangan khas juga disediakan untuk anak-anak kecil bermain sambil ibu bapa menjamu selera.
Suri dan Aizil sibuk di kaunter menerima pesanan. Sementara di dapur, Jason dan Peter pantas menyiapkan hidangan-hidangan yang dipesan.
Dari ruangan tengah pusat membeli belah jelas kedengaran suara kanak-kanak bergembira. Juga kelihatan kelibat beruang yang rajin melayan anak-anak.
"Tengok apa Dr.?" Sapa Susan jururawat yang bertugas waktu itu.
"Itu ha..happy je jadi budak-budak. Siapalah yang jadi beruang tu...tabah betul." Dr muda awal 30an itu membalas sambil tergelak kecil.
"Ya.. that shop was viral 2 weeks ago. Because of that bear la...cute though..hahah" Susan menambah.
"Oh really?but..the cake supposed to be good also right?" Dr muda itu menambah.
" Ya..they said good. Everything RM7 only." Susan mengiyakan.
"Owh..? Seriusly affordable. Servis pun nampak ok." Dr muda mengangguk-angguk lagi.
"Dr Orked. Kita ke sana nak nanti?" Ajak Ayu pula. Kebetulan shift petang mereka akan berakhir sebentar sahaja lagi. Shift mereka akan digantikan dengan 3 lagi orang petugas nanti. Seorang doktor dan 2 jururawat.
"Boleh. harini I pun craving benda-benda manis." Orked menambah.
Mereka menyambung memantau dan menguruskan orang ramai yang ingin menderma darah. Tidaklah terlalu ramai tetapi setiap jam, pasti ada 3-5 orang penderma.
-------
Jam sudah menunjukkan pukul 5.30 petang bila si beruang menoleh sekilas ke kedai Samsung dihadapannya. Seingatnya, sepanjang dia melayan pelanggan tadi, tiada perkara-perkara mencurigakan yang ternampak. Hatinya masih tertanya tanya, siapa perakam video tersebut.
Sedang si beruang mengelamun, datang lagi pelanggan menghampiri kedainya. Kali ini tiga orang wanita. Si beruang terus beraksi sedikit comel sambil menjemput tiga wanita tersebut ke kaunter pesanan. Salah seorang daripada mereka menggugat ketenangan jantung si beruang. Gadis berkemeja putih kemas tuck -in dengan lengan baju dilipat hingga ke bahagian siku. Rambut panjang yang dilepas. Si beruang beransur mengundurkan diri, menuju ke hadapan kedai semula.
Sesekali si beruang menoleh sekilas gadis berkemeja putih. Nampak gembira dengan 2 lagi rakannya.
Si beruang terasa malu-malu.
(eleh..korang pun senyum-senyum kan..)