Bab 38-Sedar

322 24 8
                                    

Senja jingga menerpa lagi ruang angkasa. Langit yang malap dihiasi beburung berterbangan yang cuma nampak gelap dari bumi. Angin cuma berlalu bersahaja, tidak bergalak meniup kencang senja yang damai.  Dari kejauhan kedengaran bunyi kicau burung yang tidak tahu punca sebab diriuhkan. Bau rumput dan pepohon hijau selepas hujan jadi latar ketenangan yang dominan setelah warna senja.

"Aunty... buy me ice cream..." pinta budak lelaki sekitar 4 tahun, sambil berbisik pada Cempaka pelat-pelat. Sembunyi-sembunyi takut terdengar ibunya.

Cempaka buat wajah mengusik.

"Ibu bagi ke..?" Cempaka turut berbisik.

"It's ok....Adam bagi" jawab anak kecil itu bersahaja. Serius. Cempaka menahan tawanya. Dilihatnya Syiela yang memerhati sambil angkat kening.

"Adam ask ibu first..." Cempaka berbisik lagi.

"Aunty.. its ok... buy me... later we share ice cream..." Adam memujuk dengan wajah comelnya. Cuba merasuah Cempaka. Cempaka tergelak kecil. Memandang Syiela kembali meminta izin.

"Adam...nak ambil neb lagi..? masuk hospital?" Syiela cuba mengingatkan.

"Adam teringin sekali ibu...."merengek si Adam sambil memeluk manja lengan Cempaka minta sokongan.

Cempaka angkat kening. 

"Beli yang kecik je boleh ibu..?" Cempaka bersuara menyokong Adam. Syiela melepaskan keluhan perlahan. Padahal baru minggu sudah ke hospital. Gara-gara minum air coke yang diberi anak jiran.

"Ok.. tapi jangan yang warna warni ok? Coklat atau vanila je ye Adam...yang paling kecik" Syiela menetapkan syarat.

"I love you ibu..." Adam senyum melebar. Terus dipimpinnya Cempaka menuju pakcik aiskrim motor yang cuma 5 meter dari bangku duduk mereka.

Syiela senyum tenang memerhatikan adegan itu. Cepat mesra Adam dengan Cempaka. Padahal ini kali pertama berjumpa. Cempaka juga rajin melayan.

Bila mereka kembali, Cempaka menyuakan Syiela aiskrim kon perisa vanila. Adam kembali duduk diantara ibunya dan Cempaka. Tersengeh-sengeh menjilat aiskrim.

"Terima kasih sudi keluar dengan saya." Syiela memandang Cempaka sekilas. Takut mahu bertentang wajah.

"Awak ok ke?Ada hal apa sampai nak jumpa..?" Cempaka bersuara tenang sambil membuka perlahan balutan aiskrimnya. Pandangannya dihadapkan pada senja yang mendamaikan.

----

Bila Orked buka mata, terasa ada genggaman hangat di jemari kanannya. Tidak pasti siapa yang tertidur sambil duduk disisinya. Dia memerhatikan sekeliling ruangan itu. Bunyi mesin bantuan pernafasan menyedarkannya dengan hakikat yang dia masih lagi bernyawa. Dia cuba menggerakkan jemari kananya. Dengan harapan orang yang mengenggam jemarinya akan terjaga.

Jojo berpisat-pisat membuka matanya.

"Babe...babe!!" Jojo teruja. Orked telah kembali hampir seminggu lebih tidak sedarkan diri. Jojo mengucup dahi Orked tanda gembira. Dia pantas memeriksa mesin bantuan pernafasan. Steteskop disangkut ditelinga dan degup jantung Orked diperiksa.

Sewaktu mereka berdua ditemui pasukan penyelamat, telah hampir masuk hari keempat mereka tertimbus. Benar, usaha Orked menghantar pesanan melalui bluetooh membuahkan hasil. Jojo yang cedera ringan. Disebabkan situasi yang semakin teruk di Gaza, Kedutaan Malaysia mengarahkan pasukan Mercy segera berlindung di Jordan terlebih dahulu. Dan Orked serta Jojo di rawat di Hospital Jordan. Jojo jadi tidak tenteram sepanjang Orked tidak sedarkan diri. Mujurlah kadar kesembuhannya pantas. Dua hari berehat dan hari ke tiga Jojo mohon secara peribadi turut memantau keadaan Orked.

"How are you feeling babe..." Jojo bertanya perlahan sambil senyum yang tidak lekang. Jemarinya pantas mengambil lampu suluh kecil dari meja sisi.

"Ok.. follow the light ok.." Jojo memeriksa reaksi mata Orked pula.

Orked perlahan menurukan nebulizer ke dagu.

Jojo merapat ke wajah Orked. Supaya butir tutur Orked lebih jelas.

"Are you okay...?" Orked menyentuh wajah Jojo.

Jojo menyambut sentuhan jemari Orked diwajahnya. Dia senyum lega.

"I'm good. I'm fine.. thanks to you babe..." Jojo senyum merenung mata Orked kelihatan masih letih. Dia bersyukur, hari-hari yang merisaukan tentang Orked telah berlalu. Tidak pernah. Tidak pernah dia merasa begitu kehilangan seperti hampir seminggu yang lalu. Ternyata, perasaan tiadanya Orked disisinya benar-benar menjentik hatinya.

"Its ok Babe... get some rest" Jojo mengusap lembut mata Orked yang mula terkatup kembali.

---



Bukan Jalan ke SyurgaWhere stories live. Discover now