Asap yang keluar perlahan daripada mug putih direnung Orked kosong. Matanya terkelip-kelip menahan mengantuk jam 7.30 pagi. Hari ini jadual ronda wad jam 8.30pagi. Ada beberapa kes rumit yang sempat ditelitinya awal pagi tadi. Dihirup perlahan teh hijau panas. Fikirannya melayang jauh.
"Dr Orked", sapa suara wanita. Orked menoleh terasa bahunya disentuh.
"Eh.. Dr An.." Orked membalas mesra. Dr. Norehan ketua jabatannya di situ. Paling baik, paling lemah lembut orangnya.
"Sarapan apa Orked..?" Dr Norehan duduk semeja dengan Orked.
"Green tea je pagi ni...Dr An nak saya buatkan air? Nak minum apa?" Orked bangun daripada kerusi mencapai mug putih di dalam almari.
"Wahh.. special ni... " Dr Norehan tergelak kecil. Orked senyum palsu. Niat bergurau dengan Dr Norehan.
"Jangan sampai saya ubah fikiran.." ugut Orked.
"Ok2.. teh tarik boleh buat?"Dr Norehan mengusik.
"Boleh... kejap.." Orked pantas mencapai satu uncang teh. Kemudian mengeluarkan susu daripada peti ais.
Susu pekat, fresh milk sedikit dan sedikit garam.
"Wahh.. macam kat mamak ni..." Dr Norehan takjub melihat bahan-bahan teh tarik Orked.
"Saya buat lebih sikit la ye.." Orked mencapai teko kecil pula.
"Mendung pagi ni..harini HO semua ada kan" Dr Norehan menyelak fail dihadapannya.
"Ada. Semua respon kejap tadi. " Orked menuang teh tarik yang sudah siap ke dalam mug. Perlahan diletakkan di hadapan Dr Norehan. Orked menarik kerusi dan duduk semula.
"Uish.. lain macam ni..nampak sedap"
"Biasa je.." Orked senyum manis.
" Ingat tak yang pasal Mercy tu?" Dr Norehan hirup teh tarik perlahan. Keningnya terangkat sedikit. Sedap. Lemak.
"Oh.. yang bulan lepas saya ada apply cuti tu..." Orked menyentuh keningnya. Fokus memandang Dr Norehan.
"Haah. Dato' dah lulus dah, tapi ada perkara dia mintak saya sampaikan pada Orked." Teh tarik dihirup kembali.
Orked angguk-angguk sambil tongkat pipi. Masih fokus menanti ayat seterusnya.
"Kita tahu benda ni high risk...bila you pergi tu, tak pasti boleh balik Malaysia semula ke tak. Lagi-lagi time bulan puasa. Biasa tiap-tiap tahun pun memang masa nilah Israel buat kerja dia..." Dr Norehan tarik nafas dalam-dalam.
Orked cuma tekun mendengar.
"Dato' minta you reconsider. Kami takkan halang. I pun tak nak demotivate you. I'm really proud of you. Bagus apa you buat ni. Bukan semua orang berani." Dr Norehan memeluk tubuh. Nampak ketokohannya sebagai seorang ketua.
Orked melepaskan nafas perlahan. Kata-kata ketuanya itu banyak betulnya. Sebelum-sebelum ini kalau misi kemanusiaan bersama Mercy, banyak di sekitar Asia tenggara. Kebanyakannya disebabkan bencana alam. Ini yang pertama kali dia akan terlibat dengan konflik peperangan.
"Insyaallah.. Doakan saya selamat.. saya sendiri dah fikir panjang sebelum apply cuti tu.." Orked membalas ringkas. Cuba sentiasa positif dan berani dengan keputusannya.
Dr Norehan angguk beberapa kali. Dia sedar, Dr muda dihadapannya itu memang kuat semangat dan berani. Kerja-kerja sukarelawan seolah-olah jadi hobi masa lapangnya. Sebagai senior, haruslah dia menyokong minat Orked. Jangan dihalang.
"Ok. Tapi in case of anything, please let me know. " Dr Norehan menamatkan perbualan.
---
Suasana malam itu dingin sekali. Bumi Kuala Lumpur baru sudah dibasahi hujan lebat. Namun masih ada sisa renyai-renyainya. Syukur, sudah lama bandar metropolitan itu kepanasan.
"Malam ni tak ramaila... pek banyak lagi ni..." Razif membelek jam tangannya yang hampir jam 10.00 malam.
Cempaka menghela nafas perlahan. Kepalanya ligat memikirkan cara untuk mengagihkan makanan. Sayang kalau tidak diberikan pada yang memerlukan.
"Kita kena contact diorang ni. Sapa pegang database ye?" Cempaka pantas membuka WhatsApp kumpulan Street Kitchen.
"Aku rasa ada pada Mei Li. Boleh minta dorang yang dalam group tolong contact.." Cempaka menjawab pertanyaannya sendiri.
Cadangnya, jika tahu lokasi setiap mereka yang selalu mengambil makanan, untuk malam ini yang hujan renyai-renyai, bolehla pek-pek makanan dihantar ke lokasi mereka.
Razif menaip sesuatu di dalam WhatsApp kumpulan Street Kitchen.
"Cempaka.." Pakcik Yusof menegur. Ditangannya erat memegang payung.
"Ye pakcik. Sini..sini..berteduh." Arah Cempaka.
"Pakcik daripada hujung.... sana...ada 5 family kat sana. Tak boleh nak kesini sebab kelam kabut ... air naik sikit...." Pakcik Yusof memberi info.
"Oh ya.. family Abang Daud pun kat sana juga kan?" Cempaka baru teringat.
"Haah..dari petang tadi hujan.. tak dapat nak ke sini..." Pakcik Yusof mengibas-ngibas air yang lekat pada bajunya.
"Kalau saya bawak 20 pek ke sana cukup tak?" Razif bertanya.
"Kena bawak dalam 25. Sebab ada orang baru tadi.."hitung Pakcik Yusof pula.
"Ok2... Cem, aku hantar ke sana dulu. Korang cek dalam WhatsApp ada yang dah respon pasal database tu." Razif beri arahan.
Dua puluh lima pek bungkusan makanan dimasukkan ke dalam kereta Razif. Pakcik Yusuf ikut sama menunjuk arah.
Malam itu ada 5 orang petugas termasuk Cempaka.
"Ok. dah ada yang share location. Dengan jumlah pek sekali" Maisarah menghitung jumpak pek yang tinggal.
"Ada baki 30 lagi ni." Maisarah menambah.
"Ok, kalau ikut dalam ni dah cukup ni. " Cempaka juga turut menghitung jumlah pek makanan yang dinyatakan dalam WhatsApp.
" Ada 4 tempat. Kita pecahlah hantar. Cepat sikit.." Amin mencadangkan.
Yang lain semua setuju.
"Tapi Cem tak bawak kereta kan..?" Maisarah garu kepala.
"Takpa. Saya dengan Cem." Entah dari mana tiba-tiba muncul dengan payung.
"Eh.. Dr Orked." Sapa Amin yang juga terkejut. Maklumlah masing-masing sibuk membaca WhatsApp merancang perjalanan agihan makanan. Sampai tak sedar siapa yang datang.
Cempaka yang juga tidak menyangka, tiba-tiba jadi kaku dengan kehadiran Orked disitu. Tetapi pantas pula Orked berdiri disebelahnya berteduh daripada hujan. Dia senyum nipis pada Cempaka.
"Ok. Kami area mana ni?"Orked pantas bertanya.
"Ok. Saya dah send location kat Cem. Yang ni 6 pek. Ada lagi satu tempat ni....3 pek. kejap saya forwardkan lagi location." Maisarah pantas mengagihkan.
"Ok. thanks. Dapat. Sarah..fwd sekali no telefon yang nak ambil makanan ni nanti" Cempaka menyemak lokasi yang baru sahaja dihantar.
Orked mengambil plastik dan memasukkan bilangan pek makanan yang perlu dihantar.
Tepat jam 10.40 malam, semua bergerak menghantar makanan ke lokasi masing-masing.
---