Bab14-Selak Baju

1K 42 18
                                    

Orked melakukan rondaan yang terakhir awal pagi itu. Sekitar jam 11 pagi. Dibawah seliannya terdapat 5 orang doktor pelatih (houseman) yang akan menerangkan keadaan setiap pesakit pada katil yang dirawat. Semua sedia maklum dengan garangnya Dr Orked sewaktu dalam wad. Pernah diherdiknya HO yang tersilap melaporkan kadar bacaan gula pesakit. Tidak peduli  samada di hadapan staff nurse atau pesakit, awaslah jika buat silap.

Masakan kalau tak sedap boleh diubah atau dibuang, tetapi nyawa manusia?

Kelima-lima HO tekun melaporkan dan mencatat penjelasan Orked. Bukan sahaja mereka perlu keep up to date dengan ilmu dan fakta, tetapi mestilah cuba memahirkan diri dengan skil asas seperti mengambil darah. Sesekali Orked akan menyuruh para HO nya memasamg tiub itu ini pada pesakit. Dan jangan sampai, Dr Orked mula ambil alih, nahaslah jawabnya selepas itu.

Sengaja Orked lagak tegas dengan para HOnya. Kerana ini adalah profesyen mulia yang memerlukan tahap profesionalisma yang tinggi. Tekanan pasti ada setiap hari. Kalau baru kena herdik sikit dah hati tisu, lupakanlah.

Ini kerjaya mencabar. Secara purata 35% doktor perubatan mengalami tekanan di tempat kerja, dan selebihnya dalam 65% mempunyai anxiety.

Bukan tujuan Orked meningkatkan statistik, tapi, "High pressure create diamonds" kan?

Selesai di katil yang ke-25, telefon bimbit Orked bergetar. Dia memberi isyarat pada para HO nya untuk meneruskan menyiapkan laporan yang dikehendaki.

"Hello." Orked beranjak jauh sedikit daripada pesakit. Dia berjalan perlahan menuju ke bahagian kaunter hadapan yg selalu ada di setiap wad.

"Hello awak ... delivery kek dah sampai. Nak hantar ke mana?" suatu suara di hujung talian.

"Oh.. awak tunggu dekat kaunter bawah. Saya turun." Orked meletakkan panggilan. Kot putih segera dilipat dan diletakkan ke dalam locker. Dia ke sinki untuk cuci tangan sebelum mencapai handbagnya menuju lif.

Sementara itu Cempaka menunggu dan sambil duduk dibangku yang disediakan. Ingatannya tiba-tiba pada Adam yang dipeluknya semalam. Pada Syiela yang mungkin masih dalam trauma.

"Hai" Bahu Cempaka ditepuk dari belakang.

Cempaka menunduk sebentar menahan sakit.

"Eh.. Cempaka awak ok ke..." Orked menyentuh perlahan bahu Cempaka.

"Ok je...salah tidur.." Cempaka menghulurkan kek.

"Wahh..sedapnya..terima kasih.." Orked teruja. 

"Ingatkan terus nak order haritu. Dekat 3 minggu baru order" Cempaka memerli secara halus. Yelah, punya lama tunggu si Orked ni mesej. Rindu jadinya. Walaupun tidak bersambut.

"Sangat2 busy. Macam-macam kes. Eh, takkan manager hantar delivery?" Orked hairan.

"Manager pun kuli..bukan bos.." Cempaka menyelak rambut ikalnya.

"Rushing ke..? lunch jom?" Orked mengajak.

"Saya kerja la awak..." Cempaka cuba menolak. Walaupun dia sebenarnya mahu.

"Ala..sekejap je. Kita makan dalam sini.." Orked memujuk.

"Hmm..ok." Cempaka setuju. Dia bangun perlahan-lahan daripada bangku. Sambil diperhatikan Orked tanpa kelip.

"Awak ni kenapa sebenarnya?" Orked mula cekak pinggang. Suaranya mula tegas.

"Kan saya cakap saya salah tidur" Cempaka terkelip-kelip. Gentar juga suara Orked begitu.

"Tengok sini." Orked menarik tangan Cempaka masuk ke dalam tandas wanita yang terdekat.

Orked berhenti dihadapan cermin.

"Cuba berdiri tegak." Orked memberi arahan. Kemudian meraba belakang Cempaka, mencari punca sakit.

"Saya selak belakang baju boleh?" Bukan meminta izin. Tapi memberitahu. Cempaka tak sempat pun membalas.

"Astaghfirullahalazim.." Orked geleng-geleng kepala. Dia menyentuh belakang Cempaka yang mula biru membengkak. Ditekannya di beberapa tempat.

"Aduh.." Cempaka menahan sakit.

"Ada rasa pening-pening tak..?" Orked bertanya lembut. Ditarik semula baju Cempaka.

Cempaka menghela nafas dan mengangguk.

"Ok. Call kedai sekarang. Bagitau awak cuti. Kita buat X-Ray kejap lagi" Dr Orked memberi arahan.

Tanpa boleh dibantah.



Bukan Jalan ke SyurgaWhere stories live. Discover now