Bab 16- Cinta Lama

574 33 28
                                    


Suri tekun mengelap kaunter tempat mengambil pesanan. Sampai berkilat jadinya. Sesekali dia menoleh ke arah Cempaka yang ke sana ke mari di dapur. Seminggu juga Cempaka bercuti. Baru hari ini nampak kelibatnya. Nampak lebih sihat. Suri beralih pula pada meja dan kerusi tempat pelanggan makan. Di lap satu persatu dengan teliti.

"Assalamualaikum Dik" suatu suara menyapa.

"Waalai..kumsalam" Suri menoleh perlahan. 

"Eh...akak buat apa kat sini..?" Perlahan Suri menarik Syiela jauh sedikit daripada kedai.

"Boleh tak akak nak tahu pasal beruang tu?" Syiela bertanya merujuk pada hal beruang yang telah menyelamatkan anaknya.

"Kak.. mimggu ni dah 3 kali akak datang. Akak balik je la.. nanti bos saya nampak dia bising...." Suri takut-takut memberi tahu. Memang Kak Fuzi awal-awal sudah mengingatkan jangan beritahu siapa yang ada dalam beruang tu.

"Tolongla dik...akak rasa bersalah sangat....akak nak minta maaf ...itu ja...." Syiela merayu. Nampak tidak menentu riak wajahnya. Suaranya juga seakan mahu menangis.

"Kak.." belum sempat Suri menyambung.

"Suri. takpe. Pergi settle kerja dulu" Cempaka memberikan arahan. Suri tunduk dan berlalu ke bahagian dapur.

Syiela terdiam kaku melihat Cempaka berdiri dihadapannya. Cempaka beranjak sedikit ke belakang bila Syiela mahu datang menghampirinya. Setelah bertahun lama inilah kali pertama mereka bertentang mata kembali.

Nampak jelas reaksi Cempaka yang cuba sedaya upaya mengumpul kekuatan. Jantungnya berdegup kencang bukan kepalang. Bekas cinta pertamanya. Juga orang pertama yang menghancur luluhkan perasaannya. Cempaka tarik nafas dalam-dalam. Hari ini dia berhadapan dengan Syiela sebagai Cempaka. Bukan sebagai beruang yang selalu memerhati dari jauh.

Syiela menahan kelopak matanya yang bergenang. Sedikit terasa dengan reaksi Cempaka sebentar tadi.

"Kita ke McD sana" Cempaka menunjuk ke arah McD yang jaraknya selang 3 kedai dari situ.

Syiela cuma membuntuti Cempaka yang sudah jalan terlebih dahulu  ke arah MCd yang dimaksudkan.

----------

Masing-masing cuma diam memerhati set burger dan kentang goreng yang di beli Cempaka. Segala kenangan lama muncul kembali. Cempaka masih ingat Double cheese burger kegemaran Syiela. Milo ais dan nugget ayam. Cempaka juga tidak mengerti mengapa dia membeli semua itu. Niatnya cuma mahu memberi peluang kepada Syiela yang sudah banyak kali datang mencarinya. Fikirnya, kalau mereka kelu seribu bahasa, adalah burger dan kentang goreng untuk dikunyah sementara meredakan perasaan.

.

.

.

.

"Saya tak sangka awak masih ingat semua ni..." Syiela memulakan perlahan.

"Saya ingatkan awak dah berubah" Cempaka membalas sinis.

Syiela cuma diam menelan kata-kata Cempaka. Niatnya mahu berjumpa beruang, tetapi Cempaka yang dihadapannya.

"Ada apa lagi cari saya?" Cempaka bertanya dingin. Matanya masih merenung Double cheese burger yang masih berbungkus.

Serius. Syiela memang terguris dengan bahasa dan reaksi tubuh Cempaka. Dicapainya double cheese burger perlahan, lalu dibuka pembalutnya dengan wajah yang berkerut.

Gigitan burger yang pertama dikunyahnya perlahan-lahan. Walau sakit hati macam manapun dia harus selesaikan semuanya hari ini. Cempaka cuma diam memerhati Syiela yang masih mengunyah. Terkesima juga dengan tindakan Syiela yang memilih makan daripada menjawab pertanyaannya tadi.

Tiba gigitan yang kedua, sebak menyerang perasaannya. Bagai terbayang semua memori indahnya bersama Cempaka. Flashback bagaimana dia meninggalkan Cempaka yang merayu padanya. Semua perasaan bersalahnya pada Cempaka. Semuanya datang bagai karma dalam hidup. Bekas suami yang pantang ditegur terus naik tangan dan kaki. Proses penceraian yang menyeksakan dan bekas suami yang masih mengekori; berusaha merampas anak kecilnya.

Syeila tunduk menahan air matanya yang seakan tidak mahu berhenti mengalir. Masih lagi dia mengunyah burger kegemarannya. Selama ini dia merasakan dia berjuang sendirian menghadapi semua karma yang datang bertimpa-timpa. Kali ini dia cuma mahu melepaskan perasannya. Lelah sekali.

Cempaka yang tadinya tegang, mula kendur melihat Syiela yang mula teresak-esak begitu. Makin deras air mata yang tumpah. Namun tetap Syeila meneruskan kunyahannya perlahan-lahan. Sepanjang hidup Cempaka, tidak pernah dia melihat Syeila menangis sesedih itu. Menangis yang tertahan-tahan hingga nampak terlalu berat rasa yang ditanggung.

Cempaka menghulurkan tisu.

----

.

.

.

.

Bila suasana kembali tenang, Cempaka memulakan bicara.

"Baby ada dengan siapa?" Cempaka bertanya.

"Mak dengan ayah yang jaga kejap." Syiela menjawab ringkas. Sesekali dia memberanikan diri melihat wajah Cempaka. Syiela tarik nafas dalam-dalam. Memikirkan segala kejahatannya pada Cempaka, beruntunglah Cempaka masih di situ menemaninya.

"Awak apa khabar...?" Syiela bertanya pula. Lebih kepada maksud ingin tahu kehidupan Cempaka setelah mereka berpisah sebenarnya. Walaupun dia telah mendengar serba sedikit daripada cara Kak Fuzi memarahinya tempoh hari.

"Saya ok... Awak macam mana..?"Cempaka bertanya lembut. Milo ais disedutnya perlahan.

Syiela menacapai tisu yang masih baharu dihadapannya. Dia sebak lagi dengan suara lembut Cempaka. Masih intonasi yang sama kalau Cempaka mahu memujuknya. Ditutup kembali matanya dengan telapak tangan bila ada air mata yang gugur lagi. Teresak lagi dia.

"Saya minta maaf....Saya rindu awak sangat-sangat..." ucap Syiela dalam esaknya.

---



Bukan Jalan ke SyurgaWhere stories live. Discover now