Bab 34-Alarm

262 25 2
                                    

Hampir setengah jam Orked berteriak meminta pertolongan. Dengan harapan ia adalah cara terbaik memberi isyarat kepada pasukan penyelamat. Tinggi Hospital Syifa adalah 5 tingkat. Wad bersalin pula terletak di tingkat 2. Kini Orked pasti yang timbunan runtuhan yang menghempap dia dan Jojo relatifnya 3 tingkat tingginya sebelum penyelamat bakal menemuinya pada kedudukan tingkat 2.

"Babe... they didn't hear us..." Jojo bersuara perlahan. Genggaman tangannya erat. Bukan dia mematahkan usaha Orked, tetapi dapat dirasakan Orked semakin kelelahan dan memaksa dirinya keterlaluan.

"Babe... minum dulu..makan biskut..." Jojo menghulurkan pada Orked. Dia cuma menurut. Ada benarnya kata Jojo.

" Bateri tinggal berapa?" Jojo meminta kepastian.

" +/- 10%" Orked membalas lemah. Fikirannya semakin bercelaru. Kadang-kadang dia sendiri tersedar yang dia berhalusinasi. Matanya dirasakan semakin kabur, kesan habuk daripada konkrit.

Jojo mencapai telefon pada tangan Orked. Volume telefon di set yang paling maximum dan dia membuka sound library. Bunyi ALARM ditekan dan dibiarkan berputar berulang-ulang kali. Telefon kemudian diselitkan di bahagian paling hujung konkrit yang dapat dicapai Jojo. Itu usahanya setakat ini. Semoga ada yang mendengar bunyi bising yang datang daripada telefon itu. Sekarang Jojo perlu memujuk Orked untuk tidur dan rehat pula.

"Babe.. get some sleep... I'm sure sooner or later they'll come.." Jojo memujuk. Dia sendiri cuba positif walaupun bila-bila masa terdekat sahaja bateri telefon akan habis. Dan dia dan Orked juga sudah kehabisan kudrat untuk berjuang. Suasana dibawah runtuhan bukan sekadar gelap, tetapi juga panas dan berhabuk. 

Bekalan air tinggal setengah botol, setelah 2 hari mereka terperangkap di situ. Biskut juga tinggal dua keping daripada keseluruhan 4 keping.

Jojo memeluk lengan Orked yang mungkin sudah terlena keletihan.

"Babe... get some rest. Tomorrow we'll fight harder..." Jojo memejamkan matanya. Cuba melupakan kesakitan diseluruh tubuhnya.

---

Bukan Jalan ke SyurgaWhere stories live. Discover now