Part 27- Adab

384 23 9
                                    

Kumpulan sukarelawan MERCY berada di lokasi pengeboman yang berlaku semalam diketuali oleh Dr Abdul A'ziz yang berasal daripada Jordan. Cuaca cerah waktu itu. Masih tenang, tidak seriuh semalam. Runtuhan konkrit dimana-mana jelas dapat dilihat kemusnahannya. Seperti apa yang pernah setiap daripada kita lihat di televisyen, begitulah suasananya. Debu-debu runtuhan turut berterbangan di tiup angin. Sampai di suatu dinding bangunan, Amir, penduduk tempatan menunjukkan serpihan daripada bom yang masih tertusuk di dinding tersebut. Menurut Amir, bom jenis ini sangat merbahaya. Tujuannya bukan sekadar memusnahkan, tetapi memberi penderitaan kepada mangsa yang terkena serpihan. Lebih kejam tujuan sebenarnya adalah mematikan mangsa yang terkena. Apabila bom dibedil, atau dijatuhkan daripada pesawat, sebelum bom mengenai sasaran ia akan meletup terlebih dahulu menyebarkan sepihan-serpihan yang terdiri daripada paku dan besi-besi tajam. Dan bila mengenai sasaran, akan berlaku letupan yang kedua. Bom jenis inilah yang banyak digugurkan dikawasan penempatan penduduk Gaza.

Misi Mercy hari itu adalah menyampaikan sumbangan makanan kepada para mangsa. Dalam masa yang sama, mereka bersiap siaga sekiranya ada mana-mana pesakit yang perlu dirawat. Sekeliling juga kelihatan pemilik-pemilik rumah yang mencari barang-barang yang masih boleh digunakan. Entah berapa ratus kali binaan rumah mereka musnah. Namun sebanyak itulah mereka membinanya kembali.

Orked memerhati sekeliling. Dalam setiap misi bencana yang dia telah sertai, ada suatu suasana yang sama di setiap tempat. Sayu. Redup. Perasaannya hampir sama di Gaza. Dia menarik nafas panjang-panjang. Jika Tsunami di Acheh, bau mayat manusia dimana-mana. Di Gaza, cuma debu-debu dan suara sayup kanak-kanak bermain.

Seorang lelaki berusia berjalan gembira ke arah Orked membawa bungkusan plastik. Ramah dia menyapa Orked. Cuma salam yang dijawab. Selebihnya adalah bahasa arab dialek tempatan yang sukar difahami Orked. Mujur ada Dr Fatimah disebelahnya.

Lelaki itu berbicara panjang dan cuba menyerahkan selendang kepada Orked yang masih tidak mengerti. Dr Fatimah yang melayan bicara lelaki tua itu.

"Pakcik ni nak ucap terima kasih pada Orked sebab selamatkan anak lelaki dia kelmarin" Fatimah lancar menjelaskan pada Orked.

"Eh.. tak payahlah selendang ni.." Orked serba salah bila lelaki itu mula melilitkan pantas selendang ke lehernya. Fatimah cuma tergelak kecil.

"Wajib ambil Orked. Tak boleh tolak." Fatimah memberi isyarat mata. Orked akur dan mengucapkan terima kasih. Rasa terharu. Bagaimana orang yang telah kehilangan banyak harta benda, masih boleh memberi dengan senyuman. Orked termenung seketika. Meninsafi diri yang terlalu banyak mengeluh.

Mereka meneruskan berjalan bila lelaki tadi telah beredar.

"Pakcik tu puji-puji Orked. Dia bersyukur sangat anak lelaki dia selamat. Itulah satu-satunya keluarganya." Fatimah menjelaskan pada Orked. Fatimah lulusan Mesir, jadi lancarlah bahasa arabnya. Termasuk kali ini, sudah kali ke-3 dia menyertai misi Mercy ke Palestin. Orangnya manis bertudung litup. Lemah lembut pertuturannya.

"Tapi macam mahal je selendang ni...." Orked membelek perlahan. Diperhatikan bebenang-bebenang yang tersusun kemas pada selendang itu.

"Mereka ni memang ada satu tabiat memberi. Dan mesti akan beri barang yang paling terbaik mereka ada. Kalau tak silap ini memang buatan orang sini. Ini tenunan asli ni. " Fatimah juga meneliti selendang di tangan Orked. Orked mengangkat kening; kagum dan teruja.

"Fatimah pernah dapat hadiah juga?" saja Orked bertanya.

"Pernah. Masa 1st time datang. Ada sorang ibu ni, dia bagi periuk yang paling dia sayang" Fatimah dan Orked  gelak kecil.

"Wahh.. periuk tu ada sekarang?"Orked menyakat.

"Hahaha.. ada.. jadi koleksi kat rumah. Tak pakai pun. Terasa sayang nak pakai"

"Sayang ke.. malas masak..?" Orked mengusik. Pecah tawa si Fatimah.

Lori bantuan makanan pun tiba. Bekalan air bersih juga turut diberi kepada penduduk. Makin ramai penduduk yang datang perlahan-lahan merapat ke lori. Ada beberapa pemuda yang mula memanjat ke dalam lori. Dan ada seorang petugas yang melaung memberi arahan. Tiada sebarang perebutan.

Sementara itu, para petugas perubatan melawat setiap rumah, kalau-kalau ada yang memerlukan pemeriksaan. Yang ditemui ramai warga emas yang sudah sangat uzur dan tidak larat berjalan ke hospital. Setiap tetamu yang datang ke rumah tentunya disambut dengan senyuman dan sapaan mesra. Begitulah. Budaya dan adab penduduk Palestin.

---


Bukan Jalan ke SyurgaWhere stories live. Discover now