Bab 10-Makan Sama

455 37 10
                                    

"Hai! Err ada lagi ke..?" Suatu suara menyapa.

Cempaka angkat wajah.

"Eh? Dr Orked..." Cempaka seolah kebingungan. Baiklah. Debaran itu datang lagi. Dia cuba mengawal nafasnya.

"Dr Orked buat apa sini..?" yelah, takkanlah Dr Orked gelandangan pula.

"Ohh.. Saya buat health screening kat situ.." Orked menunjuk dengan jari telunjuknya.

"Ooo...saya ingatkan jalan-jalan area sini..." Cempaka mula rasional. Walaupun jawapan balasnya tidak nampak bijak.

"Dah makan? Mesti lapar. Ada lebih ni" Cempaka menyuakan sebungkus.

Orked menyambut segan. Memang dia belum sempat menjamah makanan lagi sejak petang tadi.

"Terima kasih..Jom makan. Cempaka makan dah?" Dr Orked mengajak. Diperhatikan sahaja si Cempaka yang nampak gugup tiba-tiba.

"hurmm...boleh.. tapi bagi saya masa kejap. Nak kemas semua ni" Cempaka cuba kawal situasi.

"Ok. Saya tunggu ye." Orked bergerak ke arah kerusi dan meja yang kebetulan ada tidak jauh dari situ.

Cempaka dengan dibantu Suri mengemas segala peralatan ke dalam satu tempat. Ada lagi 3 orang sukarelawan yang membantu untuk memunggah masuk ke dalam van. 

"Ehhhh. Cem.. biar aku angkat" Amin segera menyambut bakul berat yang diusung Cempaka dan Suri.

Dengan mudah Amin menyusun ke dalam van.

"Uishh.. kuatnya awak ni" Suri puji Amin. Cukup didengari Amin yang tiba-tiba merah telinga.

"Biasa je..he.he. Kawan Cem ye?"

"Haah, first time datang. Saya Suri" Suri memperkenalkan diri mesra.

"Satu tempat kerja" Cempaka menambah.

"Oh...hmm oklah korang aku kena gerak dulu. Esok kerja..." Amin bernada kecewa. Kalau ikutkan mahu dia bersembang lama lagi. Lagipun ada volunteer baharu, bolehlah berkenalan lagi.

"Ok Amin. Hati-hati drive" Cempaka dan Suri melambai.

-------

Cempaka menyerahkan sebungkus makanan pada Suri. Mereka berdua berjalan perlahan menuju ke meja Orked.

"Macamana? Ok? Penat tak?" Cempaka mengusik.

"Hmm.. sebab kerja dari siang tadi kan... penat jugaklah.." Suri meregangkan bahunya.

"Takpa, lepas makan ni, kita terus balik" Cempaka menepuk-nepuk perlahan belakang Suri.

Suri cuma diam sambil angguk-angguk. Itu kali pertama Cempaka body contact dengannya. Berdebar pula jadinya. 

"Suri.. kenalkan ni Dr Orked...Dr Orked ni Suri" Mereka berjabat tangan. Suri merasakan ada suatu aura aneh. Cemburu melihat Dr Orked rapat di sebelah Cempaka.

"Hai Suri...sudahlah tu Cempaka..dekat pukul 3 pagi dah ni..nak ber Dr2 bagai..." mereka ketawa serentak.

"Eh..? panggil Dr waktu office hour je ke..?" Cempaka cuba bergurau yang entah jadi entah tidak.

"ahaha... panggil Orked je la...rimas saya.." Orked menambah melabuhkan duduk. Nasib baik gurauan jadi.

Mereka bertiga pantas membuka makanan masing-masing. Sudah lewat, jadi perlu makan laju sikit.

"You all balik naik apa?" Orked bertanya sambil mengunyah makanannya.

"Naik grab." Suri menjawab sepatah. 

"Malas drive, mengantuk selalunya lepas volunteering ni.." Cempaka menambah.

"Oh.. jomlah saya hantar" Orked mempelawa sambil menutup bekas makananya yang telah kosong.

"Eh.. takpe. Nanti letih nak ulang alik" Cempaka menolak.

"Area mane rumah..?" Orked bertanya lanjut.

"Kg Baru." Cempaka dan Suri jawab serentak.

"Oh.. satu jalan je. Saya nak terus ke HKL." Orked bersungguh menjawab. Malas mahu pulang ke rumah. Shiftnya bermula jam 10 pagi nanti.

"Emm.. okla boleh buat teman ye.." Balas Cempaka perlahan. Walaupun sebenarnya Kg Baru lajak sedikit ke depan. Tetap nanti Orked perlu patah balik semula. Tetapi sebab dua kali ajakan yang bersungguh, tidak manis rasanya menolak.

Selesai makan mereka terus menuju ke kereta Orked.


Bukan Jalan ke SyurgaWhere stories live. Discover now