48-Masa Depan Kita

868 34 27
                                    

Suasana pagi didalam pasaraya itu masih lagi tenang. Kebanyakan kedai baru usai membuka tirai besi masing-masing. Cempaka sampai sedikit lewat daripada Kak Fuzi.

"Hai Mak Su" Sapa Cempaka tersengeh-sengeh.

"Haaa..Cem. Hish luar biasa sengeh kamu ni. Kenapa?" Kak Fuzi hairan. Dia tahu anak saudaranya itu bukanlah tipikal gadis manja-manja. Selalunya kaku kejung; senyum bila perlu. 

Cempaka cuba mengawal senyumnya yang begitu berleluasa pagi itu. Tangannya pantas mengambil kertas, melihat senarai pesanan yang diterima semalam. 

"Hhehe.. tak ada apa. Semalam Cem pergi tengok Dilwale" Cempaka cuba berborak.

"Ha?? Ala.. kenapa tak ajak Mak Su?" Kak Fuzi berkerut. Namun tangannya pantas menyukat tepung dan marjerin. Lalu dimasukkan ke dalam mangkuk adunan.

"Ala Mak Su, boleh je pergi lagi sekali. Cerita dia best..." Cempaka berjalan pantas ke almari yang menempatkan kotak-kotak untuk membungkus kek.

"Oh... haa.. nanti kita pergi. Kamu pergi sorang ke semalam?" Kak Fuzi menyiasat.

Berdebar pula jantung Cempaka. Sudah tahu soalan itu tidak logik untuk ditanya.

"Em... kawak ajak semalam...tiba-tiba je pun.." Cempaka memasukkan potongan kek ke dalam kotak-kotak kecil. Senagaja dia tidak mahu bertentang muka dengan Mak Su nya. Dan untuk soalan seterusnya sudah dapat diagak oleh Cempaka.

"Kawan laki ke perempuan?" Kak Fuzi angkat kening merenung Cempaka. Sudah pasti dia tidak mengenali kawan Cempaka yang ini, kalau tidak, sudah tentu sudah disebut namanya. Dia sabar menanti jawapan Cempaka yang kelihatan tenang menyusun kek ke dalam kotak.

"Kawan perempuan. Orked nama dia" Cempaka masih berlagak tenang disamping kek-kek dan kotak-kotak. Berjaya menyebut nama 'Orked' sahaja sudah meninggalkan perasaan yang hangat dalam hatinya. Apatah lagi membayangkan wajah si empunya nama. Cempaka sekali lagi cuba mengawal senyumnya.

Kak Fuzi juga tenang memerhati sambil senyum senget. 

"Terbalik kamu lipat kotak tu...Patutnya logo tu dekat luar..." Kak Fuzi mengusik. Dia tahu ada sesuatu perkara gembira yang dirahsiakan Cempaka.

"Eh.. ye ke? Bukan biasa macam ni ke?hahah.." Cempaka gemuruh. Tak perasan kalau sememangnya dia silap.

"Eh . Tanya kita pulak. Kamu yang manager kan...tak ingat siapa yang design kotak tu?" Macam tu je Kak Fuzi pulangkan.

Cempaka ketawa berdekah. Tahu kalau Mak Su nya mengusik dan dia tertangkap dengan mudah.

"Nanti kenalkanlah dengan Mak Su kawan baru ni..." Kak Fuzi memecahkan telur pula masuk ke dalam adunan.

Naik merah wajah Cempaka menahan perasaan. Mujurlah dia menyewa asing dan menolak untuk tinggal di rumah Mak Sunya, kalau tidak tentu soalan lebih panjang; "Kenapa malam tadi tak balik?".

"Ya.. nanti kalau dia tak busy, Cem ajak datang sini.." Cempaka membalas dan berjalan perlahan menuju ke kaunter bersama kek-kek yang telah dibungkus.

"Baikkkk.." Kak Fuzi mengusik sambil memerhatikan Cempaka dengan ekor matanya.

-------

"Kedai ramai orang hari ni?" Orked meneguk air kosong dihadapannya. Sesekali dia menyinsing kemeja kerjanya biar rapi. Jam sudah hampir 10 malam. Dia juga baru habis shift sejam yang lalu. Terus dihubunginya Cempaka ajak makan malam. Mujurlah Cempaka sudah habis kerja. Kalau tidak, tak kuasa rasanya nak singgah kedai makan. Baik terus pulang ke rumah.

"Ramai macam biasa. Business tengah bagus. Awak ok? Penat tak harini?" Cempaka pula bertanya.

Bagai tersentap dengan soalan Cempaka. Terasa begitu diambil peduli. Terasa cair. Hangat.

"Alahai soalan... tadi macam tak penat sangat. Sekarang baru rasa nak ngada-ngada penat boleh tak?" Orked ketawa kecil. Tidak lekang melihat Cempaka yang turut ketawa dengan ayat mengada Orked.

"Apalah awak ni.. takpelah nak mengada dengan saya pun.. kan girlfriend.." Cempaka menuturkan perlahan sambil menyedut air tembikai dihadapannya. Menahan wajahnya yang mula memerah.

Orked tidak dapat mengawal senyumannya. Dibiarkan seisi alam menyaksikan adegan tersipu malu dia dan Cempaka. Luar biasa.

"Jom balik tido" Orked seperti biasa dengan keputusan tiba-tibanya.

"Ha? kata tadi nak makan" Cempaka kerut dahi.

"Malam ni teman saya ya. Boleh?" Orked genggam jemari Cempaka. Cempaka menarik nafas dalam-dalam. Terlalu banyak perkiraan pula dalam kepalanya.

.

.

.

.

"Kenapa? Awak tak mahu temankan saya?" Orked bertanya lembut.

"Bukan...entahlah. Saya pun tak tahu macam mana nak explain..."Cempaka cuba menyusun kata dan cuba memahami perasaannya sendiri disaat itu.

Orked cuma diam memerhati, membiarkan Cempaka berurusan dengan perasaannya sendiri. Dia juga tidak mahu memaksa Cempaka dalam apa-apa perkara sekalipun.

.

.

.

"Mungkin saya rasa takut. Emmm.....Saya rasa makin sayang pada awak setiap hari. Dulu saya ok sendiri, sekarang; saya tak ok. 

... Saya nak selalu ada dengan awak. 

Tiap saat saya rasa rindu. 

Saya faham ini perasaan apa. Saya tahu...

Tapi saya rasa takut." Cempaka menuturkan perlahan. Jemarinya masih dalam genggaman Orked.

Orked menarik nafas dalam-dalam. Membiarkan angin malam menyentuh wajahnya. Genggamannya dieratkan. Matanya dialihkan pada sekeliling. Melihat orang ramai yang sedang menjamu selera di meja masing-masing. Suasana biasa waktu malam di gerai-gerai makan.

"Cem... Sayang..." Orked menuturkan lembut. Meminta perhatian Cempaka padanya.

"Kita berdua dapat rasa perasaan ni .... macam ..dah ada foundation nya. Kita tak berusaha keras pun untuk bina perasaan ni kan..?" tanya Orked lembut. Cuba memvalidasi perasaannya sendiri.

Cempaka angguk beberapa kali.

"Rasa yang kita ada ni effortless. Easy. Entah kita dari mana, berjumpa dan kemudian begini. Tarikan kita kuat Sayang..." Orked meneguk air. Duduknya dibetulkan agar lebih selesa.

"Saya tahu..awak takut kalau saya tinggalkan awak. 

Percayalah Cem.. semua perasaan takut tu, saya pun rasa. 

Semua rasa rindu, saya pun rasa. 

Rasa nak selalu bergantung pada Cem, ada. Itu semua ada. 

Jadi Sayang... kalau kita rasa takut, takkan kita nak berhenti?" Orked merenung Cempaka yang teliti mendengar.

.

.

.

"Saya takkan berhenti. Saya nak awak ada dalam masa depan saya". Orked menuturkan satu persatu merenung mata Cempaka yang mula bergenang.

-----


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 28, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bukan Jalan ke SyurgaWhere stories live. Discover now