Kai duduk semula di sofa sambil mula memandang tajam di hadapan ice. Ice terkejut tapi menahan reaksi muka dan mula bertanya.
"Hmm..ice ade buat salah ke?" Tanyanya sambil menundukkan kepala memandang lantai menunggu jawapan kai.
Kai senyum sinis "Maaf, tapi aku betul-betul tak boleh percaya talam 2 muka macam kau! Aku bagi satu amaran dan satu peluang" katanya sambil memandang sinis.
"Amarannya kalau kau dekat dengan nico aku bunuh kau! Dan peluangnya adalah buktikan kalau kau memang berperangai seperti ini!"
Kata kai tapi sebenarnya hanya mahu mengujinya saje sebab biasanya ade yang buat rapat-rapat dengan nico sebab kalau ade salah atau jenayah yang dia buat dia boleh menyalahkan nico.
Setelah mengatakan semua itu kai menyuruh ice pulang. Sementara itu, kai dan nico berbincang "okay kita akan ikut dia sebelum tu mata kau yang terkeluar tu masuk kan dulu! Aku tahu kau tak boleh mati atau tak ade rase sakit tapi jangan tunjuk sangat ketidakbolehan tu!" Kata kai geram.
"Oh hehehe, okay sekarang jom ikut dia dari belakang nanti kita kene minta maaf pade ice sebab dia tak tahu apa-apa tentang rencana ni!"
Mereka dengan bersemangat dan mula mengikuti ice sampai ke rumahnya.
Mereka berhenti dan menyorok di belakang dinding melihat keadaan dan tertanya-tanya kenapa si ice tu berhenti sambil membuat reaksi terkejut.
Kai dan nico terdiam mendengar ice marah sebab suara dia garau gile wey dan mampu membuat orang merinding.
Kai mula tersentak bila ice membuka salah satu sarung tanganya dan mula terasa nak bunuh je lelaki yang berlagak kata petik jari.
Tapi malangnya di halang oleh nico "oi tak boleh, jangan nanti ice tahu!" Kata nico jadi kai pun menenangkan diri.
Tapi tiba je part yang lelaki tu genggam tangan ice dia dah tak boleh nak tenang jadi dia kedepan dan menggenggam balik tangan lelaki itu.
Lelaki itu mula memberontak tapi tiba-tiba berubah gementar bila di hadapannya dia tahu itu adalah kai.
"Kenape? Dah gementar? Tadi berani sangat! Kau cakap sekali petikan dah boleh dapat rumah kan kalau aku sekali petikan je nyawa kau aku layangkan!"
Tanya kai mengangkat kening sebelah sambil memandang rendah. Nico yang terkejut pun mula mengatakan pada diri sendiri 'ape boleh buat'
Dia pun mengambil timing dan masuk campur sebelum lelaki itu sempat menghabiskan ayatnya.
Ice pulak tergamam tentang kelibat kedua orang tersebut manakala lelaki dan gengnya juga aweknya itu lari pecut pergi dari situ.
Kai memandang ice "jangan buka sarung tangan tu kalau rase tak sanggup!" Kata kai.
Ice terkejut dan nico hanya menggaru-garu kepala.
"Well, apa-apa lah kes dah settle so marilah masuk rumah ni jangan segan-segan" kata nico dengan ceria tapi diketuk kuat kepalanya oleh kai.
Sebab tu rumah ice bukan rumah nico jadi apahal orang lain yang jemput masuk rumah si ice?
"Ehh pahal ketuk ni pun rumah kedua aku kalau aku ngajuk aku leh datang sini sebab ice lebih baik dari kau!" Kata nico terus masuk ke rumah ice.
Ice tertawa kecil melihat gelagat si nico manakala kai meminta maaf atas kekasarannya yang tadi di rumah juga sekarang.
YOU ARE READING
The Legendary
FantasyDia kadang rajin dan malas Dia suka bermain walau kecemasan sekali pun Nilai dari segi kepandaian,pertahanan dan pertarungan sungguh sempurna tapi tulah dah orangnya macam tu Anggap semua bende menyeronokkan Tiade deria boleh dikatakan semua Tidak a...