Selesai sahaja melepaskan geram pada si nico tu dia kembali ke tujuan utamanya iaitu menuju ke biliknya,mandi+pakai pakaian,kemas rumah yang bersepah-sepah,masak makan malam/petang.
Kau nak tahu kerja si budak nico tu ape je? Hemm bangun,makan,minum dan tidur. Sebenarnya boleh je kai buang dia ke tong sampah luar rumah dia tu tapi disebabkan dia tu kawan yang tak gune dan tak tahu ape-ape jadi tak boleh buat ape lagi dah.
Ohh dan kai baru teringat satu bende penting yang paling penting untuk nico tahu.
Diberitahu waktu tengah makan malam/petang bersama-samanya itu.
"Weyy, nico esok kau kene masuk jugak pertandingan tu dan tak kisah mati atau tidak sebab yang kita lawan tu orang penjahat dari penjara yang terkenal kejam" kai memasang muka yang berharap kawannya bersetuju dengan ape yang cuba dia sampaikan.
"Kau tak rase pelik ke semejak beberapa minggu lalu semuanya macam paksa aku tunjuk kebolehan aku je?" Nico dengan pandangan yang tajam memandang tepat ke mata kai dan kai cuba memgalihkan matanya ke tempat lain. Yelah seram doh dah lah si nico pandang macam nak bunuh kau je.
Nico tersenyum sinis secara tiba-tiba. "Hmmp... Kenapa aku asyik larikan diri je? Jawapannya sebab aku boleh buat semua yang berade di dalam permainan aku..... Hancur dalam beberapa saat sahaja^^"
Muka kai dibetulkan oleh nico sebab membolehkan nico memandang anak mata kai dengan tepat.
Kai mula terasa seram sejuk dengan keadaan sekelilingnya atau sekitarnya (←same je maksud dia author)
Nico yang perasan kai tidak selesa dengan keadaan di sekitar atau sekeliling mula melepaskan tangan di kedua bela pipi kai.
Nico tersenyum manis semula "jangan takut tak mungkin aku akan buat kau macam tu lagipun tolonglah berkerjasama dengan aku sebab aku nak ponteng esok taknak datang!!!" Kai yang menjadi tukang dengar dari tadi tiba-tiba terasa kesal.
Di tendangnya nico dengan kuat membuatkan nico memohon maaf agar kawannya itu melepaskannya.
Bagi nico kawannya kai itu lagi seram bila mengamuk marah daripada dirinya sendiri.
"Kau ingat ape hah? Kau nak datang ke tak esok cakap!!?" Tengking kai membuat nico menangis ketakutan.
"Maafkan hamba, hamba datang esok tolong jangan marah hamba yang mulia" pujuk nico dengan berbagai-bagai cara.
Beberapa jam kemudian barulah keadaan tenang dan boleh tidur dengan tenang tanpa gangguan.
YOU ARE READING
The Legendary
FantasyDia kadang rajin dan malas Dia suka bermain walau kecemasan sekali pun Nilai dari segi kepandaian,pertahanan dan pertarungan sungguh sempurna tapi tulah dah orangnya macam tu Anggap semua bende menyeronokkan Tiade deria boleh dikatakan semua Tidak a...