23

201 24 2
                                    

Sementara nico sedang merisaukan keadaan yang di alaminya dan di situasi kai pula sedang bermain-main dengan nico yang baru menunjukkan reaksi panik.

Kai melihat kearah lelaki gergasi sambil tersenyum tapi secara tiba-tiba ade lelaki cosplay yang bersama nico tadi baru saje keluar mahu menolong lelaki gergasi itu.

Tapi semuanya terhenti seketika apabila disitu ade seorang yang terbangun dari pengsan yang lama(mati).

"Ice!" Jerit nico terkejut, terkejut lagi si tukang bangun dia mulai rase dia tak patut bangun semasa di dalam situasi seperti ini jadi dia kemudian mula berpura-pura pengsan semula.

"Umm..umm..abaikan ice" ucapnya perlahan tapi rambutnya ditarik oleh lelaki cosplay tadi.

Lelaki cosplay itu memandangnya dengan padangan kalau dirinya gerak sedikit nyawanya akan diakhiri sekarang juga dan itu membuat ice kaku sahaja.

Kai mengangkat kening tersenyum ikhlas melihat aksi ice seperti haiwan jinak yang mengikut semua arahan yang dikatakan oleh orang lain.

Kai memandang nico dan nico memandang kai mereka berdua mendapat idea jahat.

Kalau dah tingkah laku sama semestinya pemikiran otak masuk air pun sama.

Nico memandang lelaki cosplay itu dengan pandangan tajam tapi kai dan ice tak menjangka kalau nico berani cakap bende yang memalukan seperti itu.

"Hei! Lepaskan ice! Ice tu calon 2 honeymoon Aku dengan Kai jadi aku tak boleh biarkan dia tercedera!!!"

Kai dah geleng geleng kepala sambil tepuk dahi manakala ice muka dah jadi semerah apel.

Ice menjadi kaku tidak bergerak dia juga menutup mukanya menahan malu yang teramat.

Yang dua sekawan tadi tercengang ape yang terjadi sekarang ini mereka melihat ice dengan senyuman sinis.

"Kalau aku cederakan dia sedikit kau nak buat ape?" Katanya sambil memijak perut ice dengan sangat kuat.

Ice menjerit sakit dan air matanya mula mengalir pandangan mula kabur dirinya mahu kembali tertidur tapi tindakan itu telah dihalang oleh orang yang memijaknya.

"Eppp...jangan dulu bagi si rakka pun merasa" percakapan itu bermaksudkan ice tidak boleh pengsan jika si gergasi itu tidak memijaknya.

"H..hee..henti.hentikan...kan" rayu ice kesakitan manakala nico dengan kai mula jerit serentak.

"Woi! Berhenti! Kalau tak kitorang SANTAU Kau!!!" Kai dan nico terkejut sebab mereka berdua serentak cakap bende yang sama.

Si cosplay dengan rakka tadi mula ketawa terbahak-bahak "patutlah academy sekarang lemah rupanya diorang amik budak iq rendah macam korang!" Hina si cosplay itu.

Tapi lain dari ape yang diharapnya  reaksi kai korek telinga seperti tidak mendengar apa-apa manakala nico korek hidung seperti bosan mendengar celotehnya itu.

"Ouh dah habis?" Tanya kai memandang bosan nico pula sudah ade di belakang si cosplay dan dah siap angkat ice seperti tuan puteri yang sedang dalam kesakitan.

Kai bagi isyarat nico pergi bawa ice dah rawat dia manakala dirinya melawan 2 ekor celoteh.

Nico dah pergi masa itu baru kai tersedar dalam fikirannya pikir [mati ke tak ice tu kalau aku suruh nico tolong rawat?] [Patut ke aku balik?] [Well,aku harap kau still hidup] ucap kai tidak merelakan nico bertanggungjawab terhadap ice.

Ice mula tanya "tak apa ke kalau nico biarkan kai seorang diri?" Nico mengusap-usap lembut kepala ice.

"Dot orry kai well steal life/jangan risau kai akan masih selamat" ucap nico menunjuk ibu jari. (Disitu terbuktilah kalau nico memang tak reti berbahasa Inggeris)

The LegendaryWhere stories live. Discover now