42

28 3 2
                                    

Kai mengetuk kepala nico dengan kuat membuat nico tertanya-tanya kenapa dia dipukul lagi.

"Cakap riell tu betul kenape kau cium anak orang tanpa izin?" Tanya kai sambil satu keningnya diangkat tapi lain pula reaksi nico "apa! Dia ayah ice" jerit nico tidak percaya dan kali ini giliran riell pula yang mengetuk kepala nico "kebodohan memang ada dimana-mana tapi tolonglah tahan sikit kebodohan tersangat tu daripada keluar" marah riell.

Ice yang melihat hanya tersenyum kecil melihat nico kembali seperti sedia kala.

Kai yang melihat mengusap-usap kepala ice sambil senyum dan fenomena seperti itu sangat langka kerana kai sangat lemah lembut pada seseorang tidak seperti kebiasaannya yang kasar pada nico.

Kemudian wajah kai kembali serius. Secara tiba-tiba dia mengangkat tangannya membuat para juri terdiam. "Izinkan saya sekali lagi bertanding!" Lantang suaranya mengisi ruangan dan dalam masa yang sama membuat ice terkejut.

Juri yang ada di atas mula teragak-agak dan berbincang sesama sendiri menyebabkan kai hilang sabar.

"Dia penjenayah kan atau masih layak dipanggil manusia? Saya rasa tak ade masalah jika tak tersengaja membunuh banduan" ucap kai membuat ketua banduan yang dilawannya tadi tersentak.

Juri yang ada di atas  hanya mampu memandang antara satu sama lain dan sebelum mereka sempat membuat keputusan secara tiba-tiba ketua banduan itu membantah.

"Tunggu! Kau cakap kau akan lepaskan aku sebab aku dah serahkan si pengawal minda" bantahnya tapi reaksi kai hanya mengorek telinganya manakala nico bersiul walaupun bukan macam bunyi siul.

Nico tersenyum jahat "eh aku belum dapat balas apa yang kau buat kat isteri aku" pandang nico ke arah ice acah-acah cool dan si kai pula membuat muka pasrah dengan panggilan yang selalu di salah ertikan oleh nico.

Kai masih lagi menunggu juri membuat keputusan tapi sebelum sempat buat pun dak si nico sudah pun berada di dalam arena tadi membuat semua terbeliak termasuk ice kecuali kai yang sudah menyerah mahu menghalang budak tak cukup kepandaian tu.

Tapi baginya bagus juga budak tu ikut serta boleh lah orang lain tahu macam mana dia dapat nilai sempurna tanpa kegagalan satu pun.

Sedang nico berlagak unggul di dalam arena secara tiba-tiba kelas atas ketawa "apa je kau boleh buat? Nak bunuh orang lagi seperti... " sebelum sempat perkataan itu disebut orang yang bercakap tadi terus senyap serta-merta apabila dapat merasakan kalau dia akan diterkam oleh seseorang jika meneruskan pembicaraan.

Kai memandangnya sambil mengangkat kening kiri miliknya "aku ingat kelas atas pandai jaga diri tapi rupanya sama je dengan sampah rumah di bawah tu~" pandang kai malas dengan kelas atas yang acah tu.

"Heh kau kelas rendahan ade hati nak marah atasan" balas seseorang yang amat dikenalinya iaitu zeno abang fify yang sangat membenci nico.

Kai memandang lalu tersenyum sendiri begitu juga si nico "aku pikir sape rupanya watak sampingan~" ucap nico seperti mengejek membuatnya kesal (btw memang betul apa yang diucapkan nico).

"Senyap kau watak utama ape kalau bodoh dan beria macam tu" marahnya kepada nico sementara nico buat-buat korek telinga membuatnya bertambah kesal sendiri.

Kai yang tadinya mahu membidas terus duduk dan melihat apa yang akan nico lakukan dalam situasi seperti itu.

Kerana kalau tolong pun dia takkan dapat apa-apa ganjaran yang menguntungkan dirinya pun.

"Kau fikir kau akan terlepas dengan apa yang kau buat pada nina!" jeritnya marah membuat nico terdiam seketika sementara itu ketua banduan itu pula menikmati drama dihadapannya kerana makin lama drama berlangsung makin terlupa mereka tentang dirinya itu.

Sedang zeno berlawan mulut dengan nico sambil mengungkit masa lalu secara tiba-tiba ice menegur kai yang sedang mengelamun sendirian itu.

"Kai, ice rasa kai perlu hentikan nico dan zeno" pinta ice sambil membuat muka serba salah dan kai yang melihat terus tersenyum sendiri "jangan risau biarkan je dorang penat sendiri" balas kai sambil mengusap-usap rambut ice seperti adiknya sendiri.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 06 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The LegendaryWhere stories live. Discover now