Nico yang tadinya panik dan menyuruh kai memakai baju secepat mungkin telah pun menjadi tenang bila kai diberitahu tidak mempunyai kecederaan yang berat atau pun series.
Cuma luka akibat racun yang menyengatnya saje tapi akan jadi bahaya kalau luka itu dibiarkan begitu sahaja tanpa dirawat mahu pun dilihat.
Pulang saja dari klinik kai dimarahi oleh nico dan dirinya dipaksa untuk duduk di sofa dan mendengarkan segala yang dibebelkannya itu.
"Kalau jadi apa-apa macam mane? Kau sendiri tahu sera ade kekuatan macam tu kenape bagi dia peluk? Aku tahu sejak dia tolak aku mase aku nak tarik rambut dia!"
Nico marah dan dalam mase sama bertanya sambil mengembungkan pipinya itu.
Kai senyum dan memicit kedua belah pipi yang tadi dibuat nico sambil senyum ade makna isi tersirat.
Nico yang loading tadi mulai terkejut "tak mungkin kan!?" Tanya nico memandang tepat di muka kai "he,entahlah~" kata kai sambil bermain-main pipi nico.
Seperti yang pernah nico terangkan walau pun dirinya dapat menghacurkan kepercayaan seseorang dalam sekelip mata dia lebih takut akan kai yang boleh menghancurkan kehidupan seseorang.
"Hei nico, kau masih risau tentang aku ke?" Tanya kai sambil tersenyum lebar membuatkan nico merinding ketakutan.
Kalau kai menggunakan daya naluri pembunuhnya berbanding hatinya itu akan jadi masalah besar baginya kerana dirinya takut apabila kai menggunakan naluri kejamnya itu.
Kai mengusap-usap kepala nico dengan lembut "hei si penghancur kepercayaan orang, kenape gementar?" Senyum kai dan kemudiannya mula bangun berjalan memasuki biliknya.
Nico yang masih lagi di situ kaku tidak mampu membuka mulut mahupun langkah kaki mengikuti kai kerana mahu bertanya lagi disebabkan situasi tadi badannya menggigil seakan berjumpa dengan orang yang menakutkan seakan boleh melahapnya dalam sekelip mata.
Keesokannya...
Kai yang memang bangun pagi setiap hari terkejut kerana nico masih berada di sofa sejak dari semalam.
Kai bergegas ke arah nico sambil menggoncangkan tubuh nico dengan kencangnya.
"Wey tong sampah rumah kau masih hidup ke tak!?" Jerit kai risau kemudian barulah nico membuat reaksi muka.
Nico memandang muka kai dan air mata miliknya tiba-tiba jatuh ke pipi membuatkan kai panik.
Tidak tahu mahu buat ape lagi dia terus memeluk nico dengan erat dan nico menangis teresak-esak dalam dakapan kai.
Kai mengusap-usap belakang nico sambil badannya goyang ke belakang ke depan seperti sedang memujuk adik lelaki kecil yang terluka.
"Ye,ye,aku faham,maafkan aku,jangan takut,jangan nangis" ucap kai dengan lembut sememangnya kai sangat terkejut sebab selama ni perangai nico tak pernah menunjukkan kemarahan,kesedihan,ketakutan dan lain-lain yang dia tahu orangnya itu suka bermain-main,tidak series mahu bagaimanapun situasi dan paling penting tidak takut atau reaksi ape pun.
Selepas menangis nico pun terlelap dan kai membiarkan nico tidur di atas sofa sambil dirinya melakukan pekerjaannya yang setiap hari perlu dibuatnya.
Setelah selesai semua kai mengejut nico dengan cara lembut tapi nico masih lagi tertidur dengan sangat pulasnya.
Kai mulai geram dan tanpa berfikir panjang kai terus mengheret nico masuk ke biliknya nico sendiri walaupun ade tangga itu tidak masalah baginya kerana nico tidak punya rasa sakit.
Sesampainya di bilik nico kai cakap sambil meninggikan suaranya "Oi aku bagi kau lelap situ sampai aku habis buat semua pekerjaan dalam rumah ni tapi tak bermakna kau boleh terus lelap dan tak masuk bilik!" Luah kai sambil pintu bilik miliknya nico hampir hancur dalam sekali tutup cara menghempas.
YOU ARE READING
The Legendary
FantasyDia kadang rajin dan malas Dia suka bermain walau kecemasan sekali pun Nilai dari segi kepandaian,pertahanan dan pertarungan sungguh sempurna tapi tulah dah orangnya macam tu Anggap semua bende menyeronokkan Tiade deria boleh dikatakan semua Tidak a...