27

148 14 6
                                    

Kai berfikir sangat panjang manakala nico disebelah hanya berdiam diri tidak mahu dimarahi lagi oleh kai.

Lalu secara tiba-tiba nico menyebut nama rakka membuat kai memandangnya "kenape dengan si kerbau tu?" Tanya kai lalu dipeluk nico kegembiraan.

Kai terkejut "hehe aku ingat dia dari markas .... Jadi jom ah ape lagi!" Bisik nico di telinga kai kerana sebutan nama markas sangat rahsia sehingga hanya beberapa je yang tahu.

Kai senyum lega tapi selepas itu senyumannya berubah menjadi menyeramkan.

"Siape bagi kau kebenaran buat kemesraan huh! Nanti pembaca fikir lain!" Tegas kai menjentik dahi nico sekali lagi membuat nico tersengih.

Nico dan kai mula bergegas ke tempat ice ade tapi seperti biase sebelum pergi kai check semuanya dan mengunci pintu barulah pergi.

Di tempat ice pula keadaan makin teruk disebabkan ice memengang baju ketua markas itu.

"Patutlah murid di academy Assassin's makin lemah! Rupanya dorang tak mengajar apa-apa asas pade anak murid" ucapnya memijak tangan ice dengan sangat kuat.

Ice terbeliak dengan tindakan manusia dihadapannya dia tak mampu lakukan apa-apa.

Tangan ice yang bebas sebelah menumbuk kaki yang sedang meminjaknya akan tetapi sangat disayangkan kerana peluang itu telah dirugikan oleh tumbukan yang tidak mendatangkan kesan langsung.

"Rakka! Pijak tangan sebelah!" Panggilnya dengan tegas membuat rakka senyum teruja.

Ice terkejut dan mula sangat panik dia meronta-ronta mahu melepaskan diri "kau ade kebolehan tapi kenape kau tak pernah memakainya?" Tanya ketua itu sambil rokok yang sedang dihisapnya dijatuhkan tepat di leher ice.

Rakka yang datang untuk memijak tangan ice itu telah membatalkan niat bile makhluk yang mengerikan muncul dihadapannya.

Tangan ice yang dipijak tadi diangkat seperti biase manakala ketua yang tadinya meremehkannya mula membuat gerakkan berhati-hati.

Dia mula tersenyum tapi senyum itu mati kerana ice memberikan alasan yang cukup tidak masuk akal.

"Ice tak guna sebab saya dah janji dan janji itu akan saya mungkiri apabila ice yakin dengan keputusan saya buat!"

Marah ice membuat yang lain terdiam manakala ketua mereka kebosanan "Jadi? Kalau macam tu aku yang bunuh" pergerakan yang baru saje mahu mula telah di ganggu oleh seseorang iaitu...

Nico menendang kuat ketua mereka yang tidak sempat mahu mengelak dari serangan itu.

Nico cepat-cepat membuat pertahanan di sekitar ice "berani kau cederakan isteri aku!" Namun ucapan itu membuat ice tersipu malu.

Kai pula baru tiba kerana dia menguruskan ape yang nico buat tadi "oi,sampah rumah beraninya kau kata macam tu!" Marah kai membuat nico senyum tidak bersalah.

Semasa menuju ke sini tadi nico terus meredah semuanya sebelum kai dapat membuat strategi.

Kai tercengang kerana semua pengawal di situ terus berkumpul mengelilinginya.

Kai memandang nico lalu nico mengucap sesuatu sebelum pergi meninggalkan kai "Maafkan aku tapi tolong uruskan goat unlock^^" kai yang mendengar kesal pada perkataan good unluck itu.

Kemarahan yang nico berikan tadi menjadikan kai lebih bersemangat mahu mengejarkan nico.

Pengawal yang tadinya mengelilingi kai terus mengundur diri bile kai mengeluarkan aura mahu mengejarkan seseorang.

Dan begitulah situasi sekarang tapi kai mula mengalihkan pandangannya ke arah ketua yang meremehkan nico tadi.

Ketua yang tadinya berlagak sombong mula berasa berwaspada apabila kai fokus padenya.

Kai senyum sinis "jadi? Nak aku gantikan isteri nico tu untuk bunuh kau?" Kata kai seperti mengulang perkataan yang dikatakannya tadi.

Ketuanya itu menenangkan diri dari terus takut "itu pun kalau kau dapat kalahkan budak nama ice" kai dan nico terdiam memandang pelik antara satu sama yang lain.

"Tak nak ah buat ape!" Ucap mereka dua dengan muka nak tak nak je layan perangai musuh dihadapannya itu.

The LegendaryWhere stories live. Discover now