33

90 10 10
                                    

Nico masih lagi mengembungkan mulutnya tanda moodnya masih lagi dalam mengajuk dan kai seperti biasa memicit pipi kembungnya itu dengan sangat kuat membuatkan nico menyampah dengan jari yang memicitnya.

Sedang mencari tempat untuk duduk mereka perasan kalau kelas dari kelas mereka yang ade tercengang dengan kehadiran nico yang entah bagaimana degil pun telah pun datang di tempat terkutuk ni.

Tempat duduk pun dijumpainya tetapi hanya satu jadi kai menyuruh nico untuk duduk di situ manakala dirinya pergi mencari yang lain.

Tapi niat itu terbatal diangkarakan si budak nico yang menarik tangannya dan menyuruh dirinya kai untuk duduk manakala si nico duduk di atas pangku.

Kai terdiam seakan sedang loading setelah itu dia mengetuk kepala nico dengan kuat.

Nico hanya tersengih-sengih kucing tidak mahu dipukul lagi tetapi perhatian yang melihatnya sangat ramai membuatkan kai merasa ade yang tak kena.

Kai berfikir lalu mula memeluk pinggang nico dengan sangat erat membuat nico pamer senyuman *korang jeles ke~* membuat yang melihatnya menyampah dengan perangai nico.

Kai mengeluh di belakang badan nico manakala nico mula mendapat idea untuk memusingkan badannya menghadap kai.

Kai masih tercengang dengan aksi nico tapi nico pula tersenyum sangat mesra sambil memeluk kai erat.

Yang lain disekitar pun turut tercengang tanpa berkelip sekali pun tiba-tiba nico gelak dengan kuat "Hahhahhh....tengok muka korang lawan ah~ kalau macam tu...." Kai mula risau bila nico dah tenung dia tajam dan dalam.

Nico memegang kedua-dua pipi kai dengan sangat kuat membuat kai agak kesakitan sedikit.

"Jom ciummmmm....." Wayar di otak setiap orang di situ serta kai putus tiada sambungan.

Kai panik dan menumbuk nico di perut dengan sangat kuat sehingga menembusi isi perut nico.

Nico dan yang lain disekitar tergamam dengan tindakan kai yang menumbuk itu.

Di keadaan nico pula nico mula memuntahkan darah yang sangat banyak pegangannya yang erat tadi mula longgar dan jatuh terkulai ke lantai.

Kai yang masih lagi bernafas sangat berat mula memandang ke arah nico dengan tajam tidak meninggalkan ruang tapi di tempat nico pula nico memandang kai seperti kai itu sesuatu yang lain selalu kalau gurauannya seperti itu hanya akan dimarahi sahaja.

Kai mula mengambil nafas tenang "sekali lagi kau buat! Bukan perut je yang akan aku lubangkan tapi kepala kau juga akan hilang!" Setelah itu keadaan menjadi senyap sunyi nico juga tidak berani memandang mahu mendatang dekat ke arah kai.

Mahu saja dirinya menangis bila kai mengabaikan dirinya itu tapi secara tiba-tiba kai mengangkatnya seperti keadaan semasa duduk tadi sambil menepuk-nepuk nico supaya jangan nangis.

Nico memeluk kai erat dan meminta maaf ape yang dia buat tadi sebab mungkin lawak yang dibuatnya terlalu jauh.

The LegendaryWhere stories live. Discover now