11

414 40 9
                                    

Setibanya di rumah,kai menyuruh nico membuka tv manakala dirinya sendiri secara cepat menyediakan makanan.

Kai asyik bertanya cerita itu telah dimainkan atau belum dan tugas nico menjawab soalan yang diberi kai.

"And settle!" Ucap kai dengan nada gembira sambil membawa makanan itu ke ruang tamu dimana tv dan nico ade.

Kai memberi nico popcorn tapi dengan syarat makan dulu makanan yang telah dia buat barulah dibolehkan makan popcorn itu.

"Kai kenape kau bagi perempuan nama sera tu pegang kau?" Tanya nico secara tiba-tiba mengungkit kisah tadi.

Kai memandang nico pelik "kenape lak aku tak boleh bagi dia pegang lagi pun dia tu kan perempuan bukan lelaki" terang kai sambil mengunyah makanan.

Nico membuat muka tidak puas hati sambil merungut perlahan "kalau perempuan je kalau macam semua perempuan pun boleh" jelingan nico menujukan ke arah kai.

Kai ketawa "kau cemburu eh?" Nico tersedak bile mendengar perkara itu dari mulut kai "tak de makna!" Marah nico tiba-tiba.

Tapi kai mula tersenyum "seperti yang pernah kau cakap~ aku boleh hancurkan kepercayaan kau dalam sekelip mata" ucap kai sambil matanya memandang nico tajam.

"Kau pernah tak tertanya apa disebalik ucapan yang kau cakap tu ke aku kalau kau ditempat aku mesti kau dah ragu-ragu untuk terlalu menaruh kepercayaan kepada orang yang cakap seperti itu"

Mata kai memandang nico seperti mahu menelannya dan secara tiba-tiba lagu frozen dua pun bermula.

Kai dengan cepat memalingkan wajah yang tajam itu telah pun bertukar gembira dan ikut bernyanyi lagu 'haaaaa ahhhaaaaaa'

The LegendaryWhere stories live. Discover now