Setelah memutuskan mahu pergi ke wayang mereka berdua pun berjalan berpimpinkan tangan.
Nico masih lagi menghabiskan aiskrim Cornetto coklat 2 di tangannya.
Sampai disana aiskrim yang nico makan telah pun habis dan pada masa yang sama nico terkejut poster yang berada di papan kenyataan yang ade di sekitar mall.
Adalah seorang artis perempuan yang sedang dalam kemuncak menjadi terkenal. Nico memandang kai dan dia terkejut bila kai tersenyum sedih.
Kai memegang poster itu sambil tersenyum nipis manakala nico hanya mampu berdiam diri kerana kai lebih menyayangi orang itu daripada dirinya dan nico.
Nico tahu kalau kai tak akan pernah risau tentang nyawa nico sebab nico abadi dan tak mempunyai deria sakit apabila situasi itu lebih ekstrim.
Poster dihadapannya itu adalah seorang perempuan yang sangat-sangat seiras dengan adik kai seperti kembar yang terlahir di dunia berbeza.
Nico risau,takut dan pada masa yang sama dia rasa serba-salah antara kisah hidup dan mati adik kai.
Nico menggelengkan kepala dan mula menyedarkannya dari lamunan yang datang ke kepalanya.
"Kau..." Kai yang baru tersedar di situasinya mula tertanya-tanya apa yang mahu nico katakan.
Nico memandang kai lalu menggelengkan kepalanya tanda lupakan yang mahu dia katakan.
Nico menumbuk perut kai dengan sangat kuat secara tiba-tiba membuatkan kai tersentak dalam keadaan perut senak.
"Ini waktu kite berdua honeymoon jadi fokuskan saje pade aku!" Tinggian suara nico bergema di seluruh mall membuat ramai tertumpu pade mereka dua.
Kai yang senak di perut tadi terus menutup mukanya kerana malu akan seorang budak yang tak cukup akal di hadapannya.
"Oi! Mane kau belajar ayat honeymoon tu?" Tanya kai mencubit pipi nico kasar sementara orang sekitar mula tertawa dengan adegan dua lelaki di hadapannya.
Sebenarnya ramai yang keliru sama ade orang yang dicubit pipi oleh seorang lelaki itu adalah perempuan atau lelaki.
Ade dari mereka membuat anggapan kalau nico itu perempuan dan ade dari anggapan lain orang menganggap nico itu lelaki.
Ye lah bukan senang nak teka sebab nico kulit dia mulus lembut putih dan ketinggiannya juga hanyalah paras bahu kai.
Berbalik pade soalan yang ditanya oleh kai ke nico,nico hanya tersengih seperti kerbau "hehe....sera yang cakap"
Ucap nico mengakui kalau dirinya bukan punca memalukan diri mereka dua di khalayak ramai.
Kai mengeluh halus lalu terus mengheret nico membeli popcorn dan tiket wayang.
Cerita mereka mahu tengok adalah tentang Silvana seorang puteri yang menjadi ketua tentera Kerajaan Moniyan.
YOU ARE READING
The Legendary
FantasíaDia kadang rajin dan malas Dia suka bermain walau kecemasan sekali pun Nilai dari segi kepandaian,pertahanan dan pertarungan sungguh sempurna tapi tulah dah orangnya macam tu Anggap semua bende menyeronokkan Tiade deria boleh dikatakan semua Tidak a...