Kai senyum halus melihat reaksi nico yang risau tentang apa yang dirinya katakan tadi. Nico memandang kai memandang dengan perasaan ingin tahu bagaimana caranya nak buat ice berkawan dengan dirinya semula.
Kai mengusap kepala nico kasar "well,untuk kau sampai risau macam ni hanya kerana hal kecik yang kau buat kat ice mesti kau betul-betul hargai dia~" senyum kai membuat nico tersenyum sedih.
Nico mula mendapat sesuatu idea "apa kata esok masuk sekolah kita culik ice!" Cadangan yang diberikan nico itu membuat kai tersentak lalu mengetuk kuat bahu nico.
Kai senyum sinis secara tiba-tiba "eppp...jap esok ada perlawanan antara orang penjara yang pernah aku cakapkan aitu~" sambil membuli nico mula membuat muka merayu untuk ponteng lagi.
Kai memandang muka nico 'kau yakin' dan nico hanya menelan air liurnya sendiri kerana tujuannya tidak boleh dilupakan iaitu memujuk juga meminta maaf pada ice.
Tangan yang dijahit oleh ice tadi mula pulih perlahan-lahan dan kai mengeluh lalu mengajak nico masuk tidur.
Di dalam biliknya kai mula berbisik pada dirinya sendiri "misi hah~ menyusahkan lepas nina kau nak nico...maaf tapi kali ni aku tak akan buat misi tak masuk akal tu" senyum kai memandang luar jendela miliknya itu.
Manakala di bilik nico pula masih sibuk memikirkan tentang ice yang telah membenci dirinya.
Nico mengeluh sendiri "tak boleh mati tak bermakna hidup abadi dan tak bermakna aku tak boleh dibunuh jadi kenapa korang semua nak tahu sangat apa yang membuat aku lulus ujian" ucap nico seorang diri dan menepuk pipinya sendiri.
Dia mula memandang cermin dan tersenyum halus kerana dirinya telah mengeluarkan emosi sebab selama ni dia tidak mempunyai apa-apa segalanya membuat dirinya bosan sehinggalah dia berjumpa kai dan nico buat pertama kali dirinya gembira dan emosi lain lagi.
"Masa untuk menamatkan permainan korang! Aku mungkin akan bergabung lagi dan itu apa yang diharapkan oleh red" keluh nico apabila menyebut nama orang yang sangat dibencinya tapi dia tak boleh menyalahkan sepihak sebab itu memang tugas red.
Red pembunuh upahan yang terhandal membuat misi tapi yang membuatnya sakit hati adalah pertemuan yang terakhir kali sebelum bubarnya kumpulan legend itu.
Yang dikatakan itu adalah "nico kau terlalu lemah tapi ......" Hanya itu yang diingatnya, selebihnya menjadi samar-samar.
Di tempat ice pula. Ice mengurung dirinya sendiri di dalam bilik sambil mengucapkan permintaan maaf banyak kali.
Satu suara mendekati "kau tak perlu risau mereka tidak membenci kau percayalah pada diri kau,jika kau takut aku boleh menggantikan diri kau jadi mahukah kau bertukar?" Ucap suara itu dan kemudian barulah ice mengangguk setuju.
"Baiklah" kata suara itu dan ice rebah di atas katil kemudian bangun dengan warna mata yang berbeza.
Ice tertawa pasrah "kau patut yakin pada diri sendiri lagi kalau kau macam ni kau akan cepat hancur sendiri tanpa ada yang buat" keluhnya dengan sangat berat.
YOU ARE READING
The Legendary
FantasyDia kadang rajin dan malas Dia suka bermain walau kecemasan sekali pun Nilai dari segi kepandaian,pertahanan dan pertarungan sungguh sempurna tapi tulah dah orangnya macam tu Anggap semua bende menyeronokkan Tiade deria boleh dikatakan semua Tidak a...