26

169 14 2
                                    

Ice dan rakka sedang berdiri tegak sambil bengang dengan orang dihadapannya mentang-mentang ketua suka hati je mengarah-arah.

Ketua bahagian divisi mereka mula mencampak kertas dengan kuat di muka mereka dua.

Mereka berdua hanya mampu menahan diri "sekarang kau kata yang kau tak dapat budak tu tapi kau dapat badan orang lain!" Katanya marah mungkin dia stress kerja makin tambah.

Dia memandang badan ice atas bawah dan mula tersenyum dengan tanda di tangan ice itu.

"Kau ambil badan tu! Aku nak tengok budak di depan aku boleh buat ape" arahnya dengan penuh rase ingin tahu.

Mereka dua terkejut dan membantahnya "dia dah lama mati!" Tegas tuan badan itu.

Lelaki dihadapannya hanya ketawa "Kau tahu kenapa kau tak pernah naik peringkat atas?" Tanyanya sinis mereka berdua hanya menggeleng tidak.

"Itu sebab kau tak tahu apa-apa selain target korang! Kau ingat pengguna yang boleh buat seekor monster hanya mempunyai satu jantung? Dia boleh dengan senang rampas paksa!" Marahnya makin stress dengan orang-orang bawahannya itu.

Yang menggunakan badan ice itu hanya mampu mengikut kata ketuanya saja "baik" katanya perlahan dan mula mengambil badan seorang pekerja manusia yang tugasnya menjaga kebersihan markasnya.

Jantungnya itu dibakar hingga abu dan hanya meninggalkan jasad kosong dan bermula dari itu dia mengambil alih.

Badan ice yang tadi dia pakai kini jatuh dan sekarang mereka tinggal menunggu orang itu tersedar dari mimpi.

Semasa menunggu mereka masih sedang membicangkan sesuatu "Kai dan adiknya tak pernah rapat? Jadi nina gagal misi dibunuh oleh abangnya sendiri bukan oleh otak masuk air(nico) tu!" Ucapnya terkejut tapi kepelikan.

Ice yang di lantai mula tersedar pandangannya masih lagi samar-samar membuatnya susah untuk bangun dari lantai.

Sedang dia cuba menyesuaikan kembali dirinya itu secara tiba-tiba dia diangkat paksa dengan kasar oleh rakka.

Ice dibaling kasar dihadapan ketua mereka membuat ice kesakitan manakala rakka dan yang lain memandang rendah ice.

"Eh!" Ice menjerit terkejut memandang tangannya yang kosong dan sejuk itu "mana sarung tangan saya? Ice punya!" Tanyanya sambil memegang baju ketua mereka di depan ketuanya itu sendiri.

Mereka terkejut dan hanya mampu berdiam diri kerana baju yang sangat kemas tadi telah komot hanya dengan sedikit setuhan dari orang yang bahkan tidak layak memegangnya.

Di rumah kai dan nico pula hanya melihat tv dengan pandangan penuh dengan kesalahan walaupun siaran kegemaran mereka berdua bersiaran iaitu BoBoiBoy.

Mereka memandang antara sama lain "kai!" Ucap nico begitu juga kai "Kawan tak bermoral!" Mereka mula mengambil keputusan untuk menziarahi ice.

"Aku rase ice marah sebab kau dah ceraikan dia semalam!" Ucapan nico tadi membuat kai kesal dan dalam satu minit terlihat banyak darah "m..m..aaa...maaf..af" ucap nico dengan muka bengkak manakala kai menepuk tangan puas.

"Kau ade peta mengarut tu lagi tak?" Minta kai kerana baginya peta nico yang mengarut itu adalah salah satu jalan mencari kerana tadi mereka datang tapi ice tiade jadi mereka agak ice diculik.

Peta buatan nico pula cukup maklumat tentang markas yang ade di daerah mereka kerana nico mahu berhati-hati agar mereka tidak mencari masalah sebab tu dia menciptakan peta itu.

Namun tetap je nico mengambil perhatian dan masalah dengan markas lain jadi tidak ade gunanya untuk digunakan lagi.

Nico tersentak sebentar "itu ade di bilik emmm..ah begitulah" kai yang mendengar terus menjentik kepala nico kuat.

The LegendaryWhere stories live. Discover now