Ice jatuh rebah ke tanah dengan darah yang mengalir keluar perlahan-lahan menjadi debu.
Badan ice dengan perlahan-lahan bertebangan menjadi debu manakala kai tersentak dan mula menahan tangisan dan ahli banduan yang lain pula terkejut dan tersenyum seolah-olah itu adalah satu kemenangan.
Kai menarik nafas agar terus fokus dia yakin itu adalah ice yang palsu manakala ice sebenar masih lagi bersembunyi harapnya begitu kalau andaiannya itu tidak benar maksudnya dia telah kehilangan isteri..ehh rakannya itu.
Nico mula melihat ke arah kai sambil tersenyum sinis seperti mencabar kai untuk menyerangnya tapi kai perlu tetap tenang dan dia tak boleh terganggu dengan apa yang nico ucapkan kepadanya.
Asap api yang tebal di dalam itu mula hilang perlahan-lahan dan penonton yang diluar akhirnya dapat melihat apa yang terjadi di dalam sana dan apa yang membuatnya terkejut adalah melihat ice yang sedang dalam proses menjadi debu-debu halus.
Kai dengan senyap bergerak dan mula ada di belakang si pengawal minda dan si pengawal minda itu sangat panik tapi bila nico sempat menghalang kai daripada menyentuhnya dia kembali lega dan mengeluarkan lidahnya mengejek.
"Hmmm begitu ya~" kai tersenyum dengan sangat sinis seperti sesuatu membuatnya jadi sangat tertarik.
"Bangun~ kawan-kawan lama~" banduan itu sangat terkejut begitu juga penonton yang lain sebab mereka lupa kalau kai boleh meniru kuasa dari orang lain.
Kawan-kawan banduan mereka yang hebat dahulunya yang telah dikhianati oleh mereka ada di hadapan mereka semula.
"Terkejut? Jangan risau abiliti aku tak sehebat penjenayah macam korang~ aku tak lah terkejut sangat bila korang pernah mengkhianati kawan seperjuangan korang cuma akan lebih berbahaya kalau kau membuat musuh yang tak setanding dengan kau semua jadi betul-betul serius~" ucap kai naik rendah suara seperti marah secara tiba-tiba kembali tenang dan marah semula.
"Hahahahhh! Tak gune~" kai mula menjadi seperti orang mental memegang kepalanya seperti menahan sesuatu yang menyakiti kepalanya.
Dia berbisik sesuatu di salah satu mayat banduan lama dan secara tiba-tiba kesemua sekali berlari laju menyerang semuanya Ya! Semuanya termasuk nico juga diserang.
"Kau! Kau main tipu!" Marah si pengawal minda membuatkan kai mengangkat kening sambil memandang rakan banduan lain lelaki itu tapi malang sekali sepertinya kawan-kawannya yang lain tidak menyokong apa yang diucapkan olehnya itu.
Kai senyum tenang bila kesemua mereka telah pun ditahan sehingga tidak meninggalkan mereka sedikit pun ruang untuk mereka dapat bergerak sedikit sahaja begitu juga nico.
Kai tersenyum manis diluar tapi mematikan di dalam dengan perlahan langkah demi langkah ke arah pengawal minda itu sambil tersenyum lalu mengatakan "Sudah? Itu je? Lemah~" banduan yang mendengar perkataan itu terus meronta-ronta mahu menumbuk muka kai yang berlagak itu.
"Mengaku kalah sekarang" arah kai dalam keadaan seperti menahan rasa sakit "gehh,kau yang lemah! Kau bahkan tidak boleh menahan rase sakit daripada mengawal sejumlah mayat besar ini" senyumnya kemudian mati bila melihat kai senyum dan ketawa sekali lagi seperti orang mental.
Kai mengeluarkan raksasa ice membuat banduan itu lagi terkejut "Hahhhhahah~ jangan terkejut ini benda biasa~ korang betul-betul lupa aku? Aku sedih- Owhhh yeah apa aku perlu tunjuk contoh untuk korang ingat dan mengaku kalah? Kitty makan~" arah kai membuat makhluk ice menggangah besar mahu melahap mangsa tapi terhenti bila kai menyuruhnya berhenti.
Muka ketua banduan itu mula pucat dan lagi yang mengejutkan ahli banduannya bila dia memohon maaf dan mengaku kalah "kitty stop berundur~ Apa sekali lagi? Aku nak dengar secara jelas!" Muktamad arahan yang diberi kai.
"Aa..aku minta maaf dan kau tahu kan dah lama kita tak berjumpa jadi aku lupa-lupa ingat kau jadi tolong maafkan aku sebagai ganti rugi kau boleh ambil kawan aku yang mengawal kawan kau jadi tolong aku mengaku kalah...Aku mohon tolong lepaskan nyawa aku sekali lagi..aa..aaaku masih ingat perjanjian kita dan aap..."percakapan itu dipotong oleh kai "okay dah cukup kalau begitu kitty makan separuh!" Makhluk itu menggangah besar sekali lagi si pengawal minda itu menangis-nangis memohon maaf tapi telah pun dilahap separuh bahagian iaitu kepala dan pinggang manakala yang tinggal hanyalah peha,lutut,betis dan kaki.
Rakan-rakan banduan itu terkejut menahan rasa gementar kai seperti tidak ada apa-apa mengaku kemenangan "aku menang juri?" Mereka yang lain juga gementar dan mengaku itu adalah kemenangan kai,nico dan ice.
Penonton terkejut tidak berkata apa mahu menyorak atas kemenangan kai pun suara tidak mahu keluar jadi mereka hanya diam kaku.
Petikan jari kai membuat semua mayat yang dipanggil hilang dengan serta-merta.
"Tidak pelikkan bagi kau? Kau mesti tahu bila aku memanggil mayat semua itu tadi kan? Sebab semua tu aku yang bunuh takkan kau lupa?" Senyum kai sinis mengakhiri perbualan disitu lalu ketua banduan itu pula duduk melutut tidak menyedari hal itu.
YOU ARE READING
The Legendary
FantasyDia kadang rajin dan malas Dia suka bermain walau kecemasan sekali pun Nilai dari segi kepandaian,pertahanan dan pertarungan sungguh sempurna tapi tulah dah orangnya macam tu Anggap semua bende menyeronokkan Tiade deria boleh dikatakan semua Tidak a...