28

127 15 3
                                    

Kai dan nico memandang antara satu sama lain lalu mereka dua secara tiba-tiba tersenyum jahat lalu ketawa seperti ada rencana yang teruk mahu mereka dua lakukan.

"Nico kau sedia!" Tanya kai bersemangat manakala nico "Yes ser!" Jeritnya walaupun salah sebut.

Kai membuat jari menunjuk nombor dalam kiraan tiga nico tiba-tiba berlari dengan sangat laju untuk mengalihkan perhatian kesemua yang ade di situ.

Kai pula secara tiba-tiba menghilangkan diri dari penglihatan manakala ice kaku di tempat yang sama.

Bosnya mula panik bila kai tidak ada di situ dan mereka yang mengepung nico menganggap rencana kai adalah menjadikan nico sebagai umpan.

Nico senyum sinis dengan aura yang dingin membuat semuanya kaku termasuk ketua markas yang tadinya berlagak sombong.

Disebabkan mereka semua mulai ketakutan dan panik nico dicucuk dan ditembak oleh mereka berkali-kali.

Nico menjelirkan lidahnya yang merah itu sambil senyum walaupun darah keluar dengan banyak di mulut dan juga badan.

"Hahaha kenapa tiba-tiba semua jadi ketakutan bukankah tadi penuh dengan kebanggaan mahu melawan~ aku boleh hancur kepercayaan korang dalam sekelip mata blekkk"

Ejek nico menjelirkan lidah sekali lagi membuat yang lain naik bengang.

Badan nico yang ditusuk tadi ditarik keluar begitu saja membuat orang lain yang berasa ngilu.

Manakala kepala yang ditembak oleh puluhan das peluru dikeluarkan melalui mulut membuat yang lain ketakutan dan menganggap kalau yang mereka lawan itu bukan lagi manusia melainkan iblis.

"Haha! Lawaklah reaksi korang yang ketakutan tu itulah padahnya jadi gaduh dengan suami orang suka hati je culik isteri orang!" Ice yang dengan hanya tunduk malu dan nico masih lagi bangga sampai lupa tentang kai.

"Ouh ya kai giliran kau!" Jerit nico kuat membuat yang lain melihat sekeliling dengan waspada tapi nasib yang sangat bertuah kai muncul di tempat duduk bos mereka sambil kaki letak di atas meja.

Kai yang duduk senyum manis walau dilihat seperti mencabar yang lain diam termasuk bos mereka kerana mereka tidak tahu kai mampu buat ape pada mereka.

Kai sangat misteri walau biodatanya di chek berkali-kali tetap saja dia boleh memalsukan identitinya.

Orang yang memijak kaki ice tadi mula memberanikan diri dengan senyuman paksa walau ketakutan sesikit.

"Jadi kau nak bunuh Kitorang semua kau tahu kau terlalu berlagak! Bilangan kitorang lebih banyak dari kau!" Marahnya tapi kai buat dengar tak dengar je.

Kai melihat kertas di hadapannya sambil membaca satu persatu dan itu membuat yang telan air liur mereka sendiri dan dibahagian nico pula sedang menguap mengantuk manakala ice hanya memandang kai dan nico saling silih berganti.

Setelah itu kai sudah membaca semuanya lalu mula berjalan ke arah ketua markas itu dengan perlahan-lahan.

Mereka yang lain tak dapat buat ape melainkan melihat ape yang akan dilakukan seterusnya oleh mereka dua.

"Jadi nama kau oto? Haha nama kau kelakar aku tak sangka orang macam kau pangkat ketua padahal budak bawahan kau lebih layak" pandang kai dengan sinis.

Nama ketua mereka yang bernama oto itu mula geram dengan tindakan tidak sopan yang dilakukan oleh kai itu.

Oto mula mengeluarkan helang tanah yang sangat besar juga dengan serigala besi.

Dua haiwan itu menyerang serentak sejujurnya kai tidak menyangka kalau dirinya itu akan dilawan oleh si oto tu.

"Okey,relax si otak simple kau tahu pangkat dan taraf kita dua tak sama lagi pula yang akan jadi korban bukan kau sorang tapi yang lain juga bukan begitu?"

Senyuman kai mendatangkan mereka rase waspada yang sangat maksimum lalu tiba-tiba oto tertawa sinis.

Kai dan nico memandang satu sama lain masing-masing tak tahu ape alasan dia ketawa.

"Jadi kau nak bunuh isteri dan anak aku ke? Silakan aku tak kisah dengan si pelacur dan anak haram tu~" ucapnya sambil lewa membuat kai dan nico ketawa terbahak-bahak.

"Aduh sakit perut aku ha..hah"kata nico sambil mengusap air mata akibat tertawa berlebihan begitu juga kai.

Kai memandang oto dengan padangan bertanya kenapa si oto harap begitu yang terjadi.

"Nampaknya kau salah paham aku tak guna cara dalam drama cerita aku cakap kepada yang terlibat je kenapa aku nak membabitkan orang yang tak ade kene mengena ni kalau pun dia ade disini tak semestinya dia terlibat dalam rancangan tak masuk akal ni kan!" Tegas kai memandang mereka semua.

The LegendaryWhere stories live. Discover now