Nico yang baru saja mahu bergerak tolong ice di situasi yang sama kakinya dipegang kuat oleh tangan tanah yang entah sape punya.
"Kau tak boleh masuk campur~ lepas dia kau pula kitorang bunuh" ucap salah seorang ahli itu dengan senyuman tersangat sinis membuatkan nico berase bengang.
Nico tertawa sendirian membuat kai memandang ke arahnya dan secara tiba-tiba muka kai terus menjadi pucat.
"Serius lah" lalu nico yang disebelah kai tersenyum seperti orang psiko menyuruh kai membuat pedang.
Kai mengikut saja ape yang dimahunya lalu membuat pedang selepas itu kai terus melibas ke arah kaki nico membuatkan kakinya terbelah.
Lelaki dihadapan mereka dua semua terkejut dan ketawa sebab nico buat tindakan bodoh.
"Hahhah~ kau nak buat ape dengan kaki sebelah tak de?" Ucapnya meremehkan sambil sebelah ikatan tanah yang mengikat kaki nico hilang.
Nico tersenyum "Blekkk! Tertipu!" Mata lelaki yang meremehkannya tadi terbeliak besar bila kaki yang dipotong itu bersambung semula dengan anggota nico.
Selepas lelaki itu terkejut seperti melihat hantu ikatan di tanah yang mengikat kaki nico melonggar sedikit dan nico terus mengambil peluang dengan cepat berlari mahu menumbuk lelaki dihadapannya.
Sebelum sempat kena dirinya ditolak oleh tombak yang sangat tajam dan itu membuatkan dia dapat idea dan berpura-pura pengsan.
Lelaki yang tadinya terkejut dengan segala gerakan nico kini sudah pun kembali tenang dan dengan perlahan berjalan ke arah nico sambil menarik kuat rambut nico seperti mayat yang sudah mati.
"Kau mesti berdendam dengan aku tapi sayang kawan kau yang bodoh gerak sendiri~" katanya memandang sinis ke arah kai, kai senyum menyampah "kau yang bodoh~ mana ade orang yang kene potong kaki dan tombak tak menjerit sakit?" Mendengarkan ucapan kai dia terus mahu mengambil langkah berundur tapi dipegang kuat oleh tangan nico.
"Alah kantoi jahat lah kau ni bagitahu dia nape?" Kembung pipi nico marah "Dia kan tak tahu ape~ aku just kesian" ucap kai sinis.
Tiba-tiba riell menyampuk "woi bilenya aku boleh beraksi? Huhhhh dah lah..... Eh! Oi hati-hati!" Belum sempat nak berhati-hati ketua banduan itu telah pun berade di hadapan nico sambil memegang kepala nico.
Kai berasa pelik dan tak sedap hati "kawan kau berguna, aku memang mencari seorang ahli kelebihan macam ni" ucapnya sambil memandang sinis kai dan riell.
Kai dengan cepat memotong tanah yang mengikat kakinya tadi itu dan terus menjaga jarak jauh dari nico sebab tak pernah lagi dia nampak ade orang kebolehan seperti mengawal seseorang.
Nico memang immortal tapi tak pernah pun yang sebut kalau immortal tak boleh diambil alih tubuhnya.
Nico yang tadinya diam tiba-tiba tersenyum sinis ke arah kai "mari bunuhlah orang yang membunuh adik kesayangan kau~ iaitu aku!" Cabar nico dan kai tahu kalau nico bukan ade difikiran yang waras jadi kai hanya menjaga jarak.
Riell yang gantikan ice telah pun pergi menyuruh ice yang ambil alih semula.
Ice terkejut dengan situasi di hadapannya dia cuba jadi berani dan berdiri dihadapan kai seperti mempertahankan kai.
Kai menyuruh ice berundur tapi ice mengabaikan kai "kai tahu nico tak ada di fikiran waras kan? Jadi biar ice yang urus sebab lama kelamaan kai akan termakan ucapan nico walaupun kai mahu mengabaikannya" muka ice yang penakut sudah bertukar serius.
Makhluk yang ngeri muncul mengelilingi kai seperti menjadi tembok pertahanan daripada nico masuki.
"Hahahahah.... Cuba bunuh aku manusia lemah!" Nico ketawa gila dan meremehkan mereka dua.
Kai yang tadinya tenang mula tercabar tapi ice memegang bahu kai lalu menggeleng menandakan jangan.
"Memang ice lemah tapi tak baik meremehkan" nada ucapan ice mula berubah sinis seolah-olah riell yang gantikan tapi bukan riell.
"Ayolah manusia lemah disini tak mati pun dan masih hidup walau dikeroyokan~" senyum ice seperti lagi mencabar.
Nico tertawa "Aku boleh..." Tapi dipotong oleh ice "Kalau nico boleh hancurkan dalam sekelip mata ice boleh lahap semuanya dalam sekelip mata" kata ice menjadi serius dan makhluk mengerikan itu satu persatu muncul dari bawah kaki mereka semua banduan kecuali nico.
Nampaknya kai faham dengan situasi selama ni memang ice membalas ucapan nico tapi ice daripada mula mengincar banduan itu.
Ice dengan segera ke arah nico menghantukkan kepalanya dengan kuat ke kepala nico lalu menjerit.
"Riell masuk sekarang!" Tapi ice jatuh terduduk "hahah bodohnya ice~" ucap ice lemah dan dengan perlahan rebah jatuh ke tanah bersama dengan darah yang mengalir pekat ke tanah.
YOU ARE READING
The Legendary
FantasyDia kadang rajin dan malas Dia suka bermain walau kecemasan sekali pun Nilai dari segi kepandaian,pertahanan dan pertarungan sungguh sempurna tapi tulah dah orangnya macam tu Anggap semua bende menyeronokkan Tiade deria boleh dikatakan semua Tidak a...