CHP 17

1K 92 3
                                    

12.00 p.m.

Jam menunjukkan telah masuk waktu tengah hari, dan semua pelajar boleh bersurai umtuk menjamu selera di cafeteria dan rehat.

Hazel dan Mikayla sedang menunggu ketibaan Amanda di cafeteria.

Amanda memasuki cafeteria, mata mencari kembarnya. Apabila sudah jumpa, dia menunjukkan isyarat untuk membeli makanan dahulu.

Mikayla mengatakan tali kasutnya sudah terbuka dengan isyarat mulut. Amanda tunduk untuk mengikat semula tali kasutnya.

Alyssa datang memotong barisan Amanda. Amanda mengangkat kepala. Dia berdiri sebaik sahaja sedar seseorang memotong barisannya.

'' Excuse me, you've cut my line '' Tegur Amanda.

Amanda kerut muka apabila orang di depannya buat tidak dengar.

'' Pekak ke apa minah ni '' Amanda berkata perlahan.

Alyssa yang mendengar menjadi geram terus pusing ke belakang.

'' Wait, who did you call pekak? Me? ''

'' Lah dengar pulak bila aku cakap slow, aku tegur kau tadi tak dengar pula? ''

Alyssa menjeling kemudian berpaling ke depan semula. Amanda ternganga. Minah ni nak kena dengan aku.

'' Kau memang pekak ke apa? Aku cakap kau dah potong queue aku, kau buat derk je? ''

Alyssa flip rambutnya ke belakang, terkena muka Amanda.

'' Eh perempuan, kau memang nak makan penampar aku ke apa '' Suara Amanda meninggi.

'' Woi, boleh diam tak? Bising la kau ni ''

Kata seorang pelajar lelaki di barisan kanan. Amanda menjeling.

Tiba giliran Alyssa untuk membeli. Amanda memeluk tubuh.

'' Kau cepat sikit boleh tak? Terhegeh-hegeh '' Kata Amanda kepada Alyssa.

Alyssa senyum sinis. Dia sengaja membuat seakan berfikir untuk memilih set makanan mana yang dia mahukan.

'' Eh taknak la makcik, saya nak set B tapi taknak sayur taknak roti. Air tu tukar milo panas ''

Mendegar permintaan Alyssa itu membuatkan Amanda makin geram. Kau ingat ni warung tepi jalan tu ke nak main order sesedap acik kau?

Selang dua minit, Alyssa mendapat set makanannya. Amanda dengan tidak sengaja terpijak hujung kasut belakang Alyssa membuatkan Alyssa hampir terjatuh.

Amanda terus meminta maaf mengatakan dia tidak sengaja. Beberapa pelajar lelaki ketawakan Alyssa akibat itu.

Alyssa berasa amat malu kerana telah diketawakan oleh pelajar lelaki. Dia memandang Amanda tajam. Dengan sengaja dia membaling tray makanannya ke arah Amanda.

Amanda tidak sempat berundur ke belakang. Nasi ayam gulai itu terkena bajunya. Dia merenung lama bajunya yang sudah dikotorkan oleh Alyssa.

Tray itu jatuh ke lantai membuatkan semua pelajar memberikan pandangan kepada Amanda. Kedengaran gelak tawa daripada beberapa orang di situ.

Amanda ketap bibir. Dia mengangkat kepala dan merenung Alyssa.

Alyssa senyum jahat. Puas hatinya melihat Amanda juga turut diketawakan. Tidak cukup dengan itu uniform pemanah Amanda sudah dipenuhi dengan kesan ayam gulai.

Amanda melangkah ke hadapan, Alyssa berundur. Takut dia diapa-apakan oleh gadis di depannya.

Amanda kemudian menampar pipi kiri Alyssa. Alyssa ternganga. Apabila dia berpaling semua ke arah Amanda, tangan itu sekali lagi ingin menamparnya.

Tetapi Hazel datang menahan Amanda, Mikayla menarik Alyssa menjauh.

Nafas Amanda turun naik, dia ingin pergi ke arah Alyssa tetapi Hazel menghalangnya.

'' Enough, Amanda '' Kata Hazel di telinga adik kembarnya itu. Dia menggosok kedua-dua bahu Amanda supaya gadis itu dapat bertenang.

'' Apa ni? Biar ar diaorg gaduh. Kau halang asal do? '' Kata Eriq yang sedang duduk di atas meja itu.

Mikayla memberikan pandangan tajam kepada semua pelajar di situ. Semua melarikan pandagan. Tidak berani mahu melihat lebih lama mata pedang itu.

Hazel memandang Eriq. Eriq membalas pandangan itu.

'' Apa? Kau nak gaduh dengan aku pula ke? '' Kata Eriq sambal senyum senget menampakkan giginya.

Hazel membalas dengan senyuman sinis.

'' Sure, if you want to ''

Eriq gelak sinis. Dia hendak pergi ke arah Hazel tetapi Nash menghalangnya,

'' Kau pahal? ''

Nash menggeleng laju.

'' Better jangan, at least bukan harini '' Kata Nash.

Dia sudah kenal bagaimana seorang Hazel bila amarahnya datang.

Amanda sudah dapat tenangkan dirinya dengan gosokkan halus dan pujukan daripada Hazel. Akhirnya, EvG keluar dari cafeteria dan pulang ke dorm.

'' Jaga kau perempuan '' Kata Eriq sebelum senyum sinis. Nampaknya dia sudah jumpa mangsa baharunya.

Hidup Hazel tidak akan tenang selepas ini.

*****

Coach Hisyam menahan marahnya. Amanda yang sedang menunduk itu dia pandang.

'' Kenapa awak pergi tampar budak tu? '' Tanya Coach Hisyam.

'' Sebab dia yang cari pasal dulu la, Coach " Jawab Amanda.

Coach Hisyam cekak pinggang.

'' Takde pula dia angkat tangan dekat awak kan? Dia ada guna kekasaran ke? Setahu maklumat yang saya dapat takde pula dia menggunakan kekasaran ke atas awak, awak yang lakukan adala ''

Amanda diam.

'' Masuk kali ni, dah tiga kali kesalahan disiplin yang awak buat. Saya nak bagi kesedaran sikit je, tapi parents budak tu minta saya beri hukuman untuk awak demi anak mereka '' Kedengaran suara Coach Hisyam agak terkilan.

Amanda sudah berdebar.

'' Arch awak akan dirampas selama tiga hari dan nama awak akan dibuang dari menyertai perlawanan peringkat zon minggu depan dan akan diganti dengan pelajar lain ''

'' Grade awak untuk awal tahun juga akan dipotong serta-merta sebanyak 50% ''

Terkejut Amanda dibuatnya.

Sport Academy Highschool sangat mementingkan grade pelajar. Grade itu adalah segala-segalanya bagi pelajar. Semua aspek, aktiviti, potensi, amalan murni, kejohanan individu dan pelbagai lagi termasuk dalam satu grade.

Kini, grade Amanda sudah ditolak 50% serta-merta. Lain kata, tiada rayuan yang mampu mengubah grade nya itu.

Amanda tahan amarahnya. Sampai begitu sekali hukumannya? Tetapi bukan dirinya yang mulakan dahulu.

'' Saya dah cuba kurangkan hukuman awak tanpa pengetahuan mereka. Jadi nak tak nak awak kena hadap hukuman yang saya sebutkan tadi. Bersurai '' Coach Hisyam kemudian masuk ke biliknya semula.

Amanda berjalan perlahan keluar dari Archer Sport Academy.

'' Alyssa "

*****

Mata Amanda memerhati seseorang di dalam cafeteria itu.

Hanya ada Amanda dan Alyssa di dalam cafeteria itu pada pagi ini.

Alyssa pula tidak perasan akan kewujudan Amanda di dalam cafe itu.

Apabila Alyssa beredar untuk pergi ke tandas, Amanda lalu sebelah meja itu. Dia memperlahankan langkahnya dan memasukkan sesuatu di dalam air minuman Alyssa.

Dia kemudian beredar dari situ dan keluar dari cafeteria.

'' Serves you right ''




























Alright guys, vote anda sangat saya harapkan.

Triplets T&NWhere stories live. Discover now