CHP 20

1.1K 97 8
                                    

" Bersurai " Coach Ismadi berkata.

Mikayla mencapai beg sandang miliknya serta botol air minuman yang dibawa dari dorm kemudian berjalan keluar dari Sprint Runner Academy (SRA).

Sedang Mikayla berjalan, dia merenggangkan sedikit lengannya. Sewaktu latihan tadi dia terjatuh semasa berlari.

Lengannya cedera sedikit.

" Penatnya...." Rungutnya perlahan.

Mata terpandangkan Noah yang sedang berjalan ingin menuju ke Man's Dormitory.

Beberapa langkah sahaja jarak antara mereka berdua.

Tetapi Noah tidak perasankan Mikayla yang sedang memandangnya oleh kerana ramai pelajar yang lalu lalang menghalang pandangannya.

Mikayla berfikir sebentar sebelum dia melangkah ke arah Noah.

Nak panggil ke tak?

Hmm.

" Noah "

Noah terus memandang gerangan yang memanggilnya tadi.

Mikayla sudah pun berdiri di tepinya.

Noah diam.

Dah sihat rupanya, patut la semalam dia nampak Mikayla keluar dari dorm.

Dia senyum nipis.

Mikayla menggaru kening.

" Aku nak cakap something "

Noah berdehem. Dia tahu apa yang Mikayla mahu katakan.

" Before that, aku nak minta maaf " Ucap Mikayla.

Matanya menentang mata milik Noah.

" Aku minta maaf pasal haritu. I can't control my anger. Aku pelik kenapa kasut aku ada dengan kau sebab tu aku--"

" Lain kali tanya. Don't jump into conclusion too fast. Your words and your actions might hurt someone without you know because of  you can't control your anger "

Noah memotong kata Mikayla.

Mikayla terus menunduk. Dia tau dia salah. Apa yang Noah katakan benar belaka.

" If i have hurt you, I'm really sorry. I regret that " Balas Mikayla.

Noah menghela nafas. Patutkah dia memaafkan gadis di hadapannya ini.

Dia.. betul betul kecewa dengan tuduhan Mikayla hari itu.

Sangkanya, Mikayla akan gembira kerana dia telah menjumpa kasut Mikayla. Tetapi lain pula jadi.

" Noah, say something "

Noah tunduk melihat Mikayla.

" Okay, aku maafkan. Don't do it again next time "

Mikayla terus mengukir senyuman. Lega dia kerana telah dimaafkan.

" Wanna take a walk before we go back to dorm? " Ajak Noah.

Mikayla memberi anggukkan.

" Anyway, macam mana kau tau tu kasut aku? "

Noah senyum senget.

" Nak jawapan jujur atau cliche?" Soal Noah kembali.

Mikayla pandang Noah.

Nak kena pilih pula dah.

"  Jujur la of course " Jawab Mikayla.

Noah memasukkan tangannya ke dalam poket.

" Masa aku datang nak minta maaf dekat kau at stadium tu. Aku perasan kau pakai kasut tu "

Triplets T&NWhere stories live. Discover now