" Habis tu macam mana baju i ada dalam bakul you?" Soal Rachel seraya menolak bahu Tasneem aka leader of Vibing Scarlet.
Tasneem dah mula rimas dengan Rachel yang menanyakan soalan yang sama dari tadi.
Ketika dia dan rakannya baru pulang dari laundry room, TG datang merampas bakul mereka. Habis disepahkannya di atas lantai. Memang hangin la VS jawabnya.
Rachel menuduh Tasneem mencuri bajunya apabila melihat baju kegemarannya itu ada di dalam bakul Tasneem.
" I kata i tak ambil tu tak ambil la. Yang you susah sangat nak faham apa i cakap ni kenapa? " Kata Tasneem. Amira dan Sara cuba menenangkan rakan mereka.
" Eh you kenapa susah sangat nak mengaku eh? Dah salah tu mengaku jelah! Dah terang-terang baju i ada dalam bakul you " Tukas Rachel lagi. Dia masih tidak berpuas hati kerana Tasneem tidak mengaku bersalah.
" Eh Rachel, i tahu la yang you ni kaya. Semua baju cantik tapi takde makananya i nak curi baju you. I pun tak tahu kenapa baju you ada dalam bakul i" Tasneem berkata lembut.
Amira melangkah ke hadapan.
" Dahla Rachel, you ambil balik baju you ni. Tasneem taknak pun baju tu"
Rachel sinis.
" Kenapa Tasneem taknak pula? Kalau dia taknak dia takkan ambil baju i la!" Suara Rachel naik satu oktaf. Tak faham bahasa betul si Rachel ni.
" I kata I tak ambil tu tak ambil la. Yang susah sangat nak faham kenapa?" Suara Tasneem juga naik satu oktaf.
Rachel yang geram terus sahaja menarik rambut Tasneem. Terjerit gadis itu. TG dan VS mula menarik rambut masing-masing.
Pelajar yang lain tidak mampu berbuat apa. Kalau diaorg masuk campur, diaorg sekali yang kena.
Amanda dan Mikayla tiba di luar dormitory. Mereka berdua ternganga melihat pergaduhan yang berlaku.
" Woi woi. Sudah sudah!" Jerit Amanda. Mikayla juga berusaha untuk menarik VS jauh dari TG.
" You siapa nak halang i?" Rachel menolak bahu Amanda. Lily menahan Amanda dari jatuh kebelakang.
" Aku Amanda. Yang kau bergaduh kat sini apahal? Tak malu ke orang tengok?"
Alyssa dan Nurin merangkap kawan kepada Rachel menolak bahu Amanda menjauh. Mikayla yang melihat terus sahaja pergi ke arah mereka.
" Takyah la tolak-tolak" Kata Mikayla. Nurin sinis. Dia memandang Mikayla atas bawah.
" Kau siapa? Kembar dia ke?"
" Kau tengok muka kitaorg ni. Sama kan? Dah tentu la kembar tanya lagi buat apa?" Ujar Amanda geram. Nak je dia korek biji mata si Nurin.
Tengok Mikayla macam Mikayla tu hina sangat.
Alysaa menolak bahu Amanda sekali lagi.
" Wah berani kau eh? Mulut tu memang spesis kurang ajar ke?"
Amanda sinis.
" Habis tu kau. Tangan tu memang spesis melekat dekat bahu orang ke?"
Alysaa geram dengan mulut laser Amanda terus sahaja mengangkat tangan untuk menampar pipi itu.
Amanda memejam mata.
Satu saat.
Dua saat.
Mata perlahan dibuka. Kelihatan Hazel memegang tangan Alyssa kemas. Dia merenung tepat ke mata Alyssa yang sedang menahan sakit akibat pegangan yang kuat itu.
YOU ARE READING
Triplets T&N
Novela Juvenil[Highest Ranking #1 in crackhead] [Highest Ranking #1 in sport] [Highest Ranking #1 in triplets] [Highest Ranking #1 in taekwando] [Highest Ranking #1 in lovestory] [Highest Ranking #1 in funny] [Highest Ranking #1in love] [Highest Ranking #1 in law...