Amanda menuruni tangga dengan laju. Dah lambat!
" Oh my god, I'm late!"
Nampak sahaja bangunan yang terletaknya kelas sukan memanah, terus Amanda menolak pintu masuk utama.
Archer Sport Academy
Kad pelajar kelas memanah dikeluarkan dari dalam baju. Dia meletakkan kad itu di hadapan mesin scan identiti.
Selepas selesai mengesahkan identiti barulah pintu untuk masuk ke kelas sukannya terbuka.
Semua pelajar harus mempunyai kad tersebut untuk memasuki class sukan mereka. Ini untuk mengelakkan pencerobohan. Kemana sahaja pelajar wajib memakai kad identiti mereka.
Bunyi tapak kasut mengalihkan pandangan pelajar-pelajar class memanah. Amanda tersengih. Kepalanya digaru.
Dahla pelajar baru, first class dah buat kesalahan disiplin. Masak hang wey.
Coach Hisyam memandang Amanda tajam.
Dia menyuruh gadis itu untuk datang berdiri di tepinya. Amanda hanya menurut.
Coach Hisyam melihat nametag Amanda. Dia berdehem.
' Tengku Thurayya Amanda '
Archer
' 18 '" Awak new student ke?" Soal Coach Hisyam. Pandangannya masih tajam. Dia memang paling pantang pelajar datang lambat. Memang cari pasal.
Amanda mengangkat kepala.
" Ye Coach " Jawab Amanda.
" Awak daftar dengan siapa? Setahu saya masa interview kemasukan sekolah ni takde pula saya jumpa muka awak" Kata Coach Hisyam.
Amanda terkejut. Mak ai kuat betul ingatan dia. Setahunya interview tu tahun lepas. Berpuluh kut pelajar nak masuk class memanah ni.
" Err, saya baru masuk ASH semalam, Coach. Saya daftar dengan Puan Rina "
Coach Hisyam akhirnya mengangguk dan membenarkan Amanda memasuki barisan.
Nafas dihela. Ketaq juga lutut ni oi. First day dah buat hal haih Amanda.
*****
Kelihatan Amanda memasuki cafe dengan muka penat. Mikayla mempamit gadis itu.
" Kau kenapa? Penat semacam je muka. Baru pukul 1 tengah hari kut" Kata Mikayla setelah Amanda melabuhkan punggung.
" Kau tau kan aku bangun lambat tadi, memang lambat la datang class. And aku kena kemas alatan tadi sorang-sorang. Sakit woo pinggang"
Hazel dan Mikayla meng'o'kan sahaja.
" Padan la muka, syok sangat main ML semalam pastu tidur lambat. Aku kejut bukan nak bangun " Tukas Hazel sambil menyedut minumannya.
Amanda hiraukan saja bebelan Hazel. Dia hanya fokus dengan makanan di depan mata. Tergugat betul iman.
Nasi ayam merah for the first lunch of this year! Boek ah.
" Dah jom la makan. Baca doa dulu"
Mereka mula menjamu selera.
Sedang enak menjamu hidangan di depan mata jembalang datang menyibuk.
Terus terputus selera Amanda dan Mikayla. Bagaimana dengan Hazel? Tidak sama sekali untuk dia putus selera. Hazel dan makanan berpisah tiada.
" Hi Manda. Nash duduk sini boleh kan?"
Nak je Amanda angkat tray makanan dia tu hempuk atas muka mamat ni. Biar jadi Nash ayam merah for first lunch of this year.
YOU ARE READING
Triplets T&N
Teen Fiction[Highest Ranking #1 in crackhead] [Highest Ranking #1 in sport] [Highest Ranking #1 in triplets] [Highest Ranking #1 in taekwando] [Highest Ranking #1 in lovestory] [Highest Ranking #1 in funny] [Highest Ranking #1in love] [Highest Ranking #1 in law...