CHP 45

283 25 4
                                    

Mikayla angkat bahu.

" Haih, dari kau tanya baik kau tolong cari "

Noah yang sedang berdiri dan matanya tepat memandang Mikayla itu diam seketika.

" Kalau aku tolong aku dapat apa ? "

" Ewahh kau, tak ikhlas takyah la tolong err " Balas Mikayla.

Amanda pula menyampuk.

" Dapat pahala "

Najmi senyum sambil geleng kepala mendengar jawapan Amanda. Dia pun dah imun kalau dengar jawapan dari mulut kekasihnya itu.

Tempat disebelah Amanda diambil.

Mata Noah dijeling ke atas.

" Last kau ingat letak kat mana ? "

Mikayla diam selepas ditanya Noah. Dia seakan mengingati balik. Walaupun tadi dia dah bagitau Amanda.

" Aku letak dalam poket jaket Sprinter "

" Mana jaket tu ? Tak pakai ? " Soal Noah.

" Kau ada nampak aku pakai ke sekarang ni ? " Jawab Mikayla. Dah pulak. Mula la tu nak bergaduhnya.

Noah tolak pipi dalamnya dengan lidah. Minah ni memang betul nak kena.

" Aku tanya elok elok ni "

" Aku jawab elok elok la ni "

Amanda dan Najmi bergilir memandang kembar mereka dihadapan dan mengeluh.

Rasanya dalam sekolah ni, kalau tak TG mesti dua ekor ni yang asyik bergaduh.

Si Noah ni pulak memang bukan jenis penyabor. Ditarik tangan Mikayla sehingga gadis itu berdiri.

Terkejut gadis itu dibuatnya.

" Balik dorm. Cari jaket tu " Simple arahan Noah.

Tapi macam la korang tak kenal Mikayla yang keras kepala ni. Memang tak la dia nak turut.

" Suka hati kau je heret tangan aku. Dahtu menyuruh aku pulak. Kau ingat kau bapak aku ?"

" Tak. Bapak kau Khaleed. Aku Noah. Gi balik dorm cari jaket "

Mikayla sengih tak puas hati.

" Aku kata. Aku. Tak. Nak. Ngerti lo ? "

Kening bertaut menunjukkan tuan badan hairan. Indo pulak dahh.

Satu keluhan dilepaskan. Apa pasal la degil sangat minah sekor ni.

" Cuba sekali tu dengar cakap aku. Bukan susah pun, dah jom. " Diheret tangan Mikayla sampai ke luar cafeteria.

Amanda dan Najmi hanya mengekori dari belakang.

Punya banyak kali cubaan melepaskan diri last last Mikayla hanya pasrah je.

Dah sampai depan Women's Dormitory Noah lepaskan pergelangan tangan Mikayla .

" Masuk." Sepatah dan sesimple.

Dalam hati Mikayla tu bukan setakat berbakul tapi berkawah dah dia maki mamat tu.

" Manda ! "

" Oi mak ! " Sampai terlatah budak tu. Baru nak marah tapi melihatkan Mikayla tengah panas si Amanda ni diam kan aje. Ikut jer lerrr.

Dua kembar seiras itu naik ke bilik mereka dan mencari jaket Sprinter milik Mikayla seperti disuruh Noah.

" Haih aku tak ingat la aku letak kat mana "

Amanda hanya mendengar. Dia tolong cari juga tapi tak bersungguh. Maleh.

" Aku letak kat mana eh ? "

Bahu diangkat.

" Beli baru je la " Kata Amanda selamba.

Mikayla yang tengah intai bawah katil tu angkat kepala.

" Wahh, senang kau cakap. Duit kau ke ? "

" Mestilah....... tak ~. Minta dengan abang Ian "

Mikayla cebik bibir.

" Kirim salam jela. Tak sanggup aku nak dengar dia bebel. Dah bebel bukan nak tolong, dia pergi mengadu dekat bonda dengan walid pastu yang dari nak merahsiakan jadi meresahkan " Jawab Mikayla sambil berjalan sekeliling bilik tidur mereka. Mata pula melilau cari jaket merah itu.

Amanda gelak.

" Ha dahtu cuai sangat kenapa. Tak memasal "

" Ish bingit ah kau ni. Tolong cari takpe gak " Mikayla kemudian menjeling Amanda.

Tapi Amanda buat tak layan. Kena jeling dengan budak tu ? Benda biasa. Orang luar kalau kena jeling dengan 'eyes killer' adik kembarnya itu mau cirit segala warna.

*****
" Abang.. saya nak pergi tengok Feen kejap lagi. Nak ikut ?" Tengku Laura datang duduk di sebelah Tengku Khaleed.

Ini diaaaa bapak Khaleed kitaaa.

Bapak Khaleed ehh i mean Tengku Khaleed yang sedang baring diatas katil itu memandang isterinya yang tercinta.

Senyum dihadiahkan.

" Cantik isteri abang " Pujinya ikhlas.

Tengku Laura dah senyum shyshy-meow.

Dah berpuluh tahun perkahwinan mereka tapi takde satu hari pun Tengku Khaleed tak puji isteri cantiknya iaitu Tengku Laura.

Aishh sweet betul bapak Khaleed kita ni.

Tengku Khaleed bangun duduk bersila kemudian menggosok kepala isteri cantiknya.

" Lepas zohor kita pergi ye. Abang pun ada niat nak ajak sayang pergi tengok Feen sebenarnya " Kata Tengku Khaleed.

Tengku Laura hanya mengangguk.

" Saya risau pasal Feen. Bila agaknya dia nak sedar. Rachel tu pulak terus tak datang sekolah and taktau pergi mana, parents dia dah banyak kali saya cuba contact tapi tak boleh. Kenapa benda ni jadi kat Feen " Luah hati kerisauan seorang ibu.

Senyum nipis dari Tengku Khaleed sebagai balasan.

Dia dah berapa kali bagi kata semangat untuk isterinya ini. Dia juga faham apa yang isterinya rasakan kerana dia juga seorang bapa. Tapi semua ketentuan Allah.

Dah macam cara dilakukan untuk jejak langkah Rachel tapi mungkin belum rezeki lagi. Jadi mereka memberi lebih fokus untuk anak mereka kini.

Bahu Tengku Laura digosok perlahan.

" Dah, pergi mandi lepastu kita solat sama-sama. Kita pergi tengok Feen, ye ? "

Kepala diangguk. Tengku Laura bangun mengikut arahan suaminya.

*****
Jam G-Shock dipakai di tangan kiri. Perfume Dashing-Men disembur ke leher dan pergelangan tangan.

Rambut Mullet Two-block haircut dibetulkan agar tampak kemas.

Iphone 13 diambil dan diletakkan ke dalam poket. Kunci kereta juga diambil dan kaki melangkah keluar dari rumah.

Aston Martin kesayangannya dituju. Kemudian kereta mewah itu mula menuju ke destinasi.

Hospital.












Hihi i dah update dah. Sama-sama kita doakan agar kalini tak update dua chapter then saya busy balik. Sorry ye, i punya busy memang tak terjangka. Hope you enjoy the new upcoming chapters !

Triplets T&NWhere stories live. Discover now