Hoodie hitam disarung ke badan. Muka dilihat di cermin, setelah puas hati dia turun ke tingkat bawah dorm.
Ternampak Amanda yang sedang membersihkan arch kesayangannya.
'' Weh g ane malam-malam ni? ''
Hazel mengeluh.
'' Nyanyok betul la kau ni. Baru tadi aku cite, nak pegi investigate lah ''
'' Ouh haah lupa ''
Mikayla yang tengah buat air milo itu sengih mengusik.
'' Dengan Haq kannn? ''
'' Uuuuu '' Disambung oleh Amanda.
Hazel menjulingkan mata ke atas. Mula dahhh.
'' Kalau bonda suruh dengan pakcik guard pun aku setuju, kau takyah nak buat lemak ''
Amanda jelling kemudian sengih. Nak usik sikit pun tak oleh.
Hazel bangun selepas mengikut tali kasutnya.
'' Gerak lu, nanti aku spot check korang pasni. Kembar tak kembar, you break the rules and your name will be written on the book ''
Macam biasa, Hazel dan seriousnya yang tak pernah habis.
'' Enjoy your date, dummy! '' Jerit Mikayla.
Hazel buat taktau. Makin dia layan makin teruk kena bahan.
Dia berjalan keluar dari dormitory, dan pergi ke khemah kecil yang berada di antara water fountain dan laluan masuk kawasan Academy's Dormitory.
Kelihatan seorang lelaki yang berhoodie kelabu sedang berdiri di bawah khemah itu.
Hazel berdehem mencuri tumpuan.
Haq toleh tepi, senyuman nipis diberi.
Ditarik kerusi plastik kemudian duduk, Haq juga membuat yang sama.
Diam diantara mereka. Sunyi sepi sampai cengkerik pun malu nak bunyi. Hazel ambil handphone di dalam poket. Dari diam tak bercakap baik la main fon.
Haq berfikir sejenak, dia toleh ke kanan. Ada small fridge seperti dikatakan Tengku Laura. Tapi kosong tiada isi.
'' Dah pukul 11:40, boleh kut round dorm sekarang '' Kata Hazel.
Haq mengangguk setuju.
Mereka berdua bangun dari duduk dan berjalan beriringan ke Men's Dormitory ( MD ).
Selangkah kaki masuk, dormitory lelaki yang bising itu bertukar menjadi library. Terkejut Nampak perempuan tetiba je muncul disebalik pintu utama itu.
Kemudian mereka semua bergilir-gilir memandang Hazel dan Haq.
Ada yang kerut kening, ada yang bersiul, ada yang mengusik mereka berdua.
Dan itu semua hanyalah mendapat pandangan tajam yang boleh membawa air kencing keluar oleh Hazel. Haq disebelah pun terus tunduk.
'' Mulai harini, semua student wajib masuk dorm sebelum 12 malam dan terus tidur. Tidak dibenarkan keluar pada lewat malam tanpa atau dengan kebenaran dari kami berdua. Dalam erti kata lain, semua dikehendaki berada dalam dorm masing-masing dan tidak dibenarkan keluar sebelum pukul 7 pagi'' Kata Haq dengan tegas dan lantang.
Hujung mata Hazel mencuri pandang Haq. Muka yang serious dan yakin!
Dia sorok senyum. Other side of Haq huh?
'' Sesiapa yang melanggar arahan akan dicatat nama mereka di dalam buku Problem Student '' Tambah Hazel tegas.
Dengar je nama buku berhantu itu, terus semua kecut perut. Semua cepat-cepat masuk ke dalam dorm masing-masing.
YOU ARE READING
Triplets T&N
Teen Fiction[Highest Ranking #1 in crackhead] [Highest Ranking #1 in sport] [Highest Ranking #1 in triplets] [Highest Ranking #1 in taekwando] [Highest Ranking #1 in lovestory] [Highest Ranking #1 in funny] [Highest Ranking #1in love] [Highest Ranking #1 in law...