CHP 25

964 82 2
                                    

Selepas makan tengah hari, Hazel pergi ke stadium untuk mengambil angin.

Sekarang waktu solat zohor berjemaah bagi semua pelajar. Amanda dan Mikayla dah pergi ke surau sebaik sahaja selesai makan tengah hari tadi. Nampaknya, Hazel tinggal sorang jela.

Hazel keluarkan botol chewing gum dari dalam poket seluarnya. As we know, mulut gadis ini jarang la takde gula getah.

Hazel yang berada di tengah-tengah padang itu terpandangkan kereta Exora yang baru masuk ke kawasan sekolah. Kemudian matanya menangkap seorang manusia yang dia memang cuba mengelak dari berjumpa.

Terus Hazel pusing belakang.

Hafiy yang ternampak Hazel yang berada di tengah-tengah padang itu terus tersenyum.

'' Eh Fiy, nak pergi mana?'' Tanya Ikram yang melihat kawannya ingin melangkah ke arah stadium.

'' Ambil angin jap, kau tunggu aku kat surau eh '' Jawabnya.

Ikram tak cakap banyak dan hanya mengangguk. Dia pergi dari situ.

Hafiy pula melangkah menuruni tangga untuk pergi berjumpa Hazel.

Mereka berdua dan beberapa lagi wakil pelajar Basketball baru pulang dari friendly match.

Hazel dongak melihat langit yang mendung itu. Nak hujan nampaknya.

Terdengar ada orang berdehem.

'' Assalamualaikum, Hazel ''

Hazel tersentak. Dia pusing belakang dan melihat Hafiy yang sedang tersenyum memandang dirinya.

'' Waalaikummussalam '' Jawab Hazel perlahan.

'' Awak buat apa kat sini?'' Tanya Hafiy.

Hazel tengok kiri kanan. Jantungnya mula berdebar.

'' Saja ambil angin before masuk kelas nanti'' Jawab Hazel.

Hafiy angguk faham. Senyuman tidak lekang dari bibirnya apabila memandang wajah Hazel. Hazel pula tidak senang dengan mata Hafiy yang tidak lepas memandangnya.

'' Kita tak pernah berbual lama kan? Apa kata weekend ni kita keluar pergi mall. No worries my treat '' Ajak Hafiy.

Hazel diam. Keluar dengan Hafiy? Berdua? Mau kena sumpah jadi tanggang moden dengan Tengku Khaleed dan Tengku Laura aku nanti. Jangan lupa kena tarik telinga dengan Tengku Kasyaf.

Tapi...

Handphone milik Hafiy berdering minta diangkat mematikan lamunan Hazel.

Hazel hanya mendengar Hafiy bercakap di telefon tak sampai setengah minit.

'' Maaf ye Hazel, saya kena pergi dulu. Ikram dah tunggu saya lama '' Kata Hafiy.

'' Oh, okay '' Balas Hazel sambil mengangguk kepala.

'' Byee''

Lambai Hafiy. Hazel hanya membalas dengan senyuman.

Hazel menghela nafas selepas itu.

Sedang dia memikirkan ajakkan Hafiy tadi, terasa satu titisan air menitik di hidungnya.

Hazel dongak atas.

Hujan!

Laju kaki belari keluar dari padang stadium. Dahla duduk tengah padang, memang sempat basah satu badan dulu la.

Sedang dia menaiki tangga, Hazel tergelincir dan jatuh tersadung akibat anak tangga yang licin terkena air hujan.

Hazel menghela nafas lega. Nasib baik tak tergolek aku tadi.

Hujan makin lebat, masa ni la kau nak jatuh. Hazel bangun dan berlari keluar dari stadium.

Keluar je dia mencari pokok untuk berteduh sebentar kerana dia merasakan lututnya berdenyut akibat terjatuh tadi.

Dia menyinsing seluar hingga ke atas lutut. Merah.

'' Haish, macam mana ni. Nak pergi kelas terus jauh pula '' Rungutnya sendirian.

Haq yang membelakangi Hazel terdengar rungutan gadis itu tadi. Hazel tidak perasan Haq yang berada di situ memandangkan Haq juga bersandar di batang pokok itu.

Haq hanya diam membisu.

' Dia dah maafkan aku ke?' Soalnya di dalam hati.

Selepas dalam 10 minit menunggu, hujan mula reda.

Tanpa menunggu lama, Hazel mengorak langkah ke kelasnya.

Satu suara menahannya. Dia toleh tepi.

Haq.

Mata turun ke tangan lelaki itu yang sedang menghulurkan segulung tuala berwarna putih.

Pandangan beralih ke wajah Haq.

'' Take it, wrap it around '' Kata Haq yang hanya menundukkan pandangannya.

Hazel angkat kening sebelah. Wrap it around what?

Kemudian dia baru dapat menangkap kata Haq. Perlahan dia menyambut huluran lelaki itu.

Dia menggunakan tuala itu untuk menutup dari bahu hingga ke paras lutut. Nasibnya, kerana tuala itu agak besar yang mampu menutup badannya.

Hazel berdehem.

Haq mengangkat kepala.

'' Thanks '' Kata Hazel perlahan kemudian berlalu dari situ.

Haq hanya melihat gadis itu berjalan pergi.

Dia senyum kecil sebelum menjawab,

'' Welcome ''

Kakinya melangkah untuk pergi ke kelasnya semula.

Dia baru balik dari surau dan mendapat mesej dari Rachel yang menyuruhnya untuk datang berjumpanya di tasik.

Lama dia menunggu sampai hujan mula turun dengan lebat. Tak lama selepas itu dia terdengar suara Hazel di sebalik batang pokok yang sedang dia bersandar.

Dia tertanya, Hazel datang dari mana kerana 10 minit sebelum itu, kelas sudah bermula.

Haq menepuk dahinya perlahan. Langkahnya terhenti kemudian berpusing ke belakang.

' Kenapa aku tak tanya dia pasal haritu?' Katanya dalam hati.

Kepala digeleng dan meneruskan langkah untuk pergi ke Swimmer Academy.

Vote for the next chapter!

Triplets T&NWhere stories live. Discover now