CHP 30

845 86 9
                                    

Tergeleng kepala Mikayla apabila melihat kembarnya yang masih elok peluk bantal busuk dia atas katil tu.

Dia pergi ke arah katil yang berada di antara katilnya dan katil Amanda.

'' Hazel, matahari dah terpacak kat luar tu '' Kata Mikayla.

Hazel kerut kening. Dia dah sedar dari lena cuma faham tak malas nak berpisah dari katil?

'' Hazel, kau dengar ke tak?''

'' Tcht, dahtu kau nak suruh aku buat apa? Fotosintesis? '' Balas Hazel.

Disertai ketawa dari Amanda yang sedang mengikat rambutnya menjadi bun.

Mikayla jeling. Ada je nak jawab lah minah ni.

'' Kelas la bangang. Harini dah Isnin ''

Terus menggeliat minah tu atas katil. Malas tau tak malas?

'' Bangun lah, Manda tu pun dah siap. Aku tinggal nak sarung stoking je ni, kau mandi pun belum ''

Hazel mengeluh.

" Manda tu siap awal-awal sebab nak jumpa boyprend dia, kau tau apa?''

Amanda terus cekak pinggang.

" Ewah kau, banyak pula cakap. Bangun mandi, bau macam telur busuk ''

Mikayla sengih. Kan dah kena kutuk dengan mulut jahat Amanda tu.

Hazel bangun dengan terpaksa.

Sapela yang buat cuti weekend ni dua hari je?

'' Kayla, aku pergi dulu tau. Coach text aku minta tolong dia kemas sikit kelas before mula '' Amanda berkata.

Mikayla angguk kepala.

Dia bersiap sambil tunggu Hazel.

7:50 a.m.

Tepat pada jam itu, mereka berdua keluar dari Women's Dormitory dan kaki terus menuju ke kelas masing-masing.

Sedang Hazel menguap, dia ternampak tiga orang lelaki yang sedang kalut mencari seseorang. Sorang pegang camera, sorang pegang mini microphone dan sorang lagi tak pegang apa-apa. Lebih macam host gitew.

Mikayla angkat kening sebelah.

'' Sejak bila sekolah kita ada geng reporter ni? ''

Hazel angkat bahu. Dia lagi la tak tahu. Biasanya Amanda yang tau hal-hal macam ni.

' Geng Reporter ' tu terus meluru ke arah Talented Girls yang baru keluar dari cafe. Siapa lagi kalau bukan Rachel, Alyssa dan Nurin.

Rachel flip rambut blonde dyed-nya ke belakang. Senyuman bangga diberi apabila ramai memberi perhatian kepadanya serta rakan-rakannya.

Hazel cebik bibir. Menyampah siot. Aku sagat juga muka minah tu karang.

Nak tak nak, mereka berdua harus juga lalu di depan mereka, takde jalan lain dah.

'' Hi and morning our Talented Girls and the important is their leader, Sia Rachel '' Kata Bazzi dengan ceria selaku reporter.

Mata Hazel terpandangkan Izz yang sedang memegang mic mini itu untuk Rachel yang sedang membalas kata Bazzi.

' Lah budak ni geng reporter rupanya ' Bermonolognya di dalam hati.

Dari jauh tadi tak nampak sangat muka dia.

'' So macam mana? You guys ada improvement dalam gymnast atau kontroversi macam sebelum ni? ''

Rachel mengawal mukanya. Saja nak malukan aku ke apa mamat ni.

Triplets T&NWhere stories live. Discover now