Mata dialihkan ke arah Mikayla.
" She's the culprit " Kata Hazel.
Mikayla pandang Hazel. Dia seakan tidak faham dengan apa yang dikatakan Hazel.
Nurin masih menunduk.
" She stole your shoes that day. Rachel's order. Am i right, Nurin? "
Pertanyaan Hazel membuatkan Nurin menelan liur. Dia tahu dari awal lagi bahawa dia akan ditangkap.
Pagi tadi sewaktu dia berada di laundry room, Hazel tiba tiba datang berdiri tegak di hadapannya.
Dia cepat cepat memasukkan semua baju di dalam washing machine dan ingin melarikan diri.
Melihatkan wajah Hazel yang beku itu, dia tahu Hazel sudah mengetahui sesuatu.
Sesuatu yang berkaitan dengan dirinya. Sesuatu perlakuan yang salah.
Belum sempat dia membuka langkah, Hazel menarik hujung lengan bajunya kemudian mereka berdua keluar dari laundry room dan datang ke sini.
Apabila melihatkan Mikayla juga tiba dia tahu, dia sudah tertangkap.
Mikayla diam seketika. Nurin yang menunduk itu dia pandang.
" Kau dah kenapa ikut sangat cakap minah Rachel tu. Dia bapak kau ke?" Tukas Mikayla.
Nurin hanya diam.
Mikayla merengus.
" Kalau kau curi je takpe, benda sekarang kasut aku tu memang dah takleh pakai dah, kau tau tak kenapa?"
Nurin angguk kemudian geleng. Matanya sudah kabur dek air mata.
Dia takut.
Takut kerana dirinya salah, dia terpaksa mengikut arahan.
" Sebab kau dah lempar kasut aku dalam semak yang penuh duri tu then kau masuk kan dalam lumpur. Kau fikir aku boleh pakai lagi ke?"
Mikayla tajam merenung Nurin.
" Senang kau kan? Ikut kepala tak betul Rachel tu. Lepastu buat drama air mata depan aku, kau fikir aku nak kesiankan kau?" Kata Mikayla lagi.
Sudah beberapa hari dia menahan amarahnya.
Hazel hanya mendengar. Hanya membiarkan Mikayla selesaikan sendiri.
Bagaimana Hazel tahu bahawa Nurin ialah pelaku itu?
Hazel sinis.
" Sekarang kau nak buat apa? Kau nak ganti atau tak nak? Kalau taknak kau bak sini kasut kau pula biar aku buat lagi teruk dari kau buat "
Nurin terus menggeleng.
" Taknak, please jangan "
Mikayla menghela nafas, bibir dibasahkan.
" Ke kau nak suruh aku rosakkan kereta kau?" Kata Mikayla perlahan.
Kepala terus diangkat.
Nurin menggeleng lagi.
" Aku minta maaf. Aku janji aku takkan kacau kau lagi, aku janji. Jangan buat apa apa dengan kereta aku. Aku merayu " Kata Nurin.
Hazel menjeling. Kau buat pandai bila orang nak balas balik kemain kau merayu.
Mikayla mengeluh. Sedikit sebanyak dia masih ada rasa empati walaupun tengah marah.
Dia memandang Hazel meminta jawapan.
Hazel angguk kepala.
Nurin dipandang semula.
" Aku takkan lepaskan kau macam tu je. Every weekend you have to pay me twenty ringgit for my shoes, objections ? "
YOU ARE READING
Triplets T&N
Teen Fiction[Highest Ranking #1 in crackhead] [Highest Ranking #1 in sport] [Highest Ranking #1 in triplets] [Highest Ranking #1 in taekwando] [Highest Ranking #1 in lovestory] [Highest Ranking #1 in funny] [Highest Ranking #1in love] [Highest Ranking #1 in law...