CHP 1

2.8K 197 5
                                    

Tiga bagasi yang setia dipegang dipandang seketika. Pandangan beralih ke arah dua pasangan suami isteri di hadapan.

" Laa kenapa monyok je cucu nenek ni? " Kata Puan Hessa kepada cucu-cucu perempuannya apabila muka tiga beradik itu bertukar murung.

" Sepatutnya happy la yang awak ni nak balik tinggal dengan walid dan bonda semula "  Kata pula sang suami, Tengku Dieter Khaleel.

Tengku Khaleel dan Puan Hessa merupakan dua jutawan terkenal di Arab. Mereka juga ialah atuk dan nenek kepada tiga gadis kembar.

Tiga gadis kembar yang dikenali sebagai evilragazza itu telah tinggal bersama atuk dan nenek mereka selama 9 tahun di Terengganu.

Baru-baru ini tiga gadis kembar tersebut menjadi wakil negara untuk ke satu pertandingan sukan antarabangsa.

Ketiga-tiga mereka telah memenangi pingat emas dalam acara sukan masing-masing. Oleh itu, mereka dipindahkan ke sekolah yang baharu.

" Dah meh peluk nenek dengan atuk. Kita susah dah nak jumpa lepas ni" 

Tengku Khaleel dan isteri akan pulang ke Arab semula kerana tanggungjawab mereka untuk menjaga cucu mereka telah selesai. Sekarang mereka harus pulang ke rumah mereka untuk lebih fokus dengan kerja.

Bagasi dipegang.

" Asslamualaikum, nenek atuk" Kata mereka bertiga. Langkah perlahan diambil untuk ke balai perlepasan.

" We will miss you " Kata si adik kuat.

*****

Kasyaf yang sedang menonton television itu tersentak apabila mendengar loceng berbunyi. Beberapa ketukan juga kedengaran.

Baru sahaja dia hendak bangun, pembantu rumah datang membuka pintu.

" Assala...mualai..kum...!"

Rafael yang baru menuruni tangga itu memandang muka pintu. Kasyaf ditoleh.

" Budak tadika mana pula yang datang tu, Ian?" Soalnya.

Kasyaf yang dipanggil ' Ian ' itu mengangkat bahu.

" Tadi Mak Yam pergi bukakkan pintu"

Rafael meng'o'kan saja. Tempat disebelah abangnya diambil.

" We are back, everybody!! " Jerit tiga gadis sambil berlari memasuki rumah. Sampai sahaja di ruang menonton television mereka tayang sengih.

Kasyaf dan Rafael tergamam. Adik mereka dah balik??

Terus bangun mereka dari sofa. Perlahan sang adik didekati.

" Abang Ian.. Feen rindu dengan abang" Kata Hazel seraya memeluk abang kesayangannya.

" Abang Ayyan!!"

Rafael juga turut dipeluk oleh adik kesayangannya, Amanda.

Si adik kembar tercari-cari abang yang paling dia rapat. Muka dah masam dah tu.

" Ishhh, mana abang Irra?"

Rafael tergelak. Mula la tu nak buat muka seposen dia.

" Ayden!!" Jerit Rafael memangggil adiknya yang berada di tingkat atas.

Tidak lama selepas itu Dylan turun dari tangga. Belum sempat dia membuka mulut tubuh dipeluk oleh adiknya, Mikayla.

Membulat mata Dylan.

" Irra? Aik. Feen? Ayya? Bila masa korang balik ni?" Katanya tetapi pelukan Mikayla tetap dibalas.

Tiga gadis itu sengih.

Ye itulah mereka enam beradik. Nama panggilan mereka apabila di rumah lain, di luar rumah juga lain.

Sepasang suami isteri turun dari tangga.

" Ya Allah. Bertuah punya anak, bila sampai ni? Kenapa tak cakap nak balik? Kenapa bonda tak tahu pun anak-anak dara bonda nak balik ni ha?" Soalan diberi bertalu-talu oleh si ibu.

Tiga kembar itu menyalami tangan ibunda mereka, Tengku Laura mencium dahi anak perempuannya yang sudah lama tidak ketemu.

Tengku Dieter Khaleed atau dikenali sebagai Tengku Khaleed mendepakan tangannya. Sedia untuk memberikan pelukan kepada tiga anak perempuannya.

" Walid sorang je tahu diaorg nak balik. Memang sengaja nak buat surprise katanya" Kata Tengku Khaleed.

Tengku Laura bercekak pinggang. Bertuah punya anak, laki pun sama je ha.

" Dah pergi naik rehat. Malam ni kita makan sekali" Arah Tengku Khaleed. Evilragazza mengangguk.

Bagasi mereka dibawa sekali masuk ke dalam lif. Sampai sahaja di tingkat tiga mereka terus mencari bilik.

Di setiap muka pintu mempunyai kayu yang terukir nama mereka.

Pintu pertama, Tashfeen Hazel manakala pintu kedua, Thurayya Amanda. Diikuti pintu terakhir, Tahirra Mikayla.

Tingkat tiga terletaknya bilik untuk anak-anak Tengku Khaleed dan Tengku Laura.

Di hadapan bilik tiga kembar itu terletaknya bilik abang-abang tersayang.

Mereka memasuki bilik masing-masing dan memulakan misi istirehat.

*****

" Nanti bonda settlekan hal kamu bertiga dekat sekolah tu ye"

Evilragazza hanya mengangguk suka.

" Hesh macam tak percaya je anak bonda menang tournament tu. Tup tup kena transfer sekolah mak sendiri. Bonda masih tak percaya tau" Tengku Laura menggeleng.

Mikayla tergelak.

" Bonda.. apa guna bonda ada sekolah sukan kalau anak-anak bonda yang athlete ni tak sekolah kat sana? Ye tak?" Kata Mikayla.

" Walid bangga dengan kamu bertiga" Tukas Tengku Khaleed.

Kasyaf berdehem.

"  So.. nak pergi jalan dengan kitaorg dulu tak sebelum masuk sekolah?" Ujarnya dengan kening terangkat-angkat.

Apa lagi? Bercahaya terus muka sorang-sorang. Paling gembira bila dapat pergi bersuka ria dengan abang-abang mereka.

" Okay set, esok eh pukul 12" Kata Amanda teruja. Si abang hanya mengangguk.

Hazel terangguk-angguk kepalanya.
" Boleh beli barang nak pergi nanti"

" Jaga diaorg elok-elok " Pesan Tengku Khaleed.

Walaupun dia tahu anak-anak bujangnya pasti akan menjaga si adik kembar itu dengan baik kerana anak lelakinya itu sangat sayang kepada adik-adiknya.

Sejak dari kecil lagi hubungan mereka berenam sangat rapat. Sama-sama menangis dan sama-sama ketawa.

Ruang tamu itu hanya kedengaran gelak tawa gembira oleh mereka. Saling berkongsi cerita sehingga tidak sedar sudah pun lewat malam.

Gembira kerana dapat tinggal bersama semula. Kini ahli keluarga Tengku Khaleed lengkap dengan kembalinya sang penceria suasana.

Tiga gadis kembar itu bagaikan bintang menerangi malam yang suram. Mereka sentiasa memastikan orang sekeliling mengukirkan senyuman.

Walaupun mereka sentiasa bergaduh tetapi kasih sayang mengatasi segalanya.

Hazel, Amanda dan Mikayla.

evilragazza.














Vote la korang 😭

Triplets T&NWhere stories live. Discover now