Sembilan pelajar itu mengeluh apabila mendengar denda yang diberi. Rachel? Kau dengar mulut biadap dia cakap apa ni.
" Apa cikgu ni, cikgu ingat saya ni cleaner sekolah ke? eeyuw cuba bagi denda yang bernas sikit dari cuci tandas for 2 weeks straight "
Pergh sumpah minah ni nak kena pancung kepala. Biadap dia tu ya ampun.
Puan Mawar yang memang terkenal dengan sifat garangnya mencerlung memandang Rachel.
" Awak ni pekak ke apa, Tengku Rachel? Saya cakap yang kena cuci tandas selama 2 minggu hanya untuk 6 jejaka yang acah bagus ni "
Rachel yang menyedari kesilapannya membetulkan baju. Ha tahu pun malu.
" So apa denda kitaorg?" Tanyanya dengan nada sombong. Puan Mawar menahan sabar dengan mulut longkang anak muridnya itu.
" Tiga kembar ni tak ada denda, saya hanya panggil mereka untuk menjadi saksi. Awak yang akan saya kenakan denda. Denda awak ialah tidak dibenarkan keluar dari sekolah selama tiga minggu termasuk hujung minggu "
Ternganga mulut Rachel.
" Excuse me, why i punya punishment is so so so cruel? Saya tak buat salah apa pun okay"
EvG yang mendengar suara gedik Rachel itu menjuling mata ke atas. Cair taik telinga kau tau tak.
Puan Mawar memeluk tubuh. Rachel dipandang.
" Hilang ingatan dah ke Tengku Rachel? Awak tak ingat ke yang awak dah lempang Tengku Hazel yang tak bersalah ni? Awak lempang dia hanya sebab dia pegang boyfriend awak? " Soal Puan Mawar dengan tidak percaya.
Rachel berdehem. Mikayla disebelah dipandang. Kemudian dia senyum sinis.
Puan Mawar dihadapan dipandang.
" Cikgu lupa ke yang minah ni dah tolak saya? Saya hampir kena tampar tau dengan dia? Ni tangan saya ni dah luka teruk tau?" Adu Rachel sambil jari ditunjuk ke arah Mikayla disebelah.
Tapak tangan yang terdapat luka kecil itu ditunjuk. Puan Mawar terkebil.
Ni kau kata luka teruk? Setakat tangan kena batu-batu kecil dekat jalan tar tu je pun.
Mikayla cuba mengawal diri dari merengus. Memang dia yang salah tapi siapa yang mula dulu?
Puan Mawar memicit dahi. Mikayla dipandang kesian.
" Mikayla, awak pun dikenakan denda. Undang-undang tetap undang-undang tak boleh dilanggar. Jadi, awak dan Rachel akan berlari di padang sekolah setiap petang selama seminggu. 3 round. And Rachel, denda yang awak ditahan tidak dibenarkan keluar sekolah itu tidak akan saya tarik balik"
Sekali lagi ternganga Rachel mendengar. Dia dikenakan dua denda? Baru nak membantah Puan Mawar memberikan pandangan yang cukup membuat dia menelan liur.
Mikayla dipandang tidak puas hati.
Amanda mengangkat tangannya. Puan Mawar memandang.
" Ye Amanda kenapa?"
" Boleh tak saya dengan Hazel didenda juga? Denda yang sama macam Mikayla pun kami okay" Katanya. Hazel disebelah mengangguk setuju.
Tidak sanggup mereka berdua meninggalkan Mikayla seorang diri. Nak kena tinggal dengan Rachel pula tu. Woo tolongla.
Puan Mawar ternganga sedikit. Biar betul budak-budak ni?
" Tapi awak berdua takde salah apa pun. Kenapa pula nak kena denda. Orang taknak kena denda dia pula yang beria nak"
Hazel dan Amanda menunduk.
Puan Mawar mengeluh. Dia kemudian bersetuju dengan permintaan Amanda tadi.
Amanda tunduk sedikit tanda terima kasih. Pelik betul perangai, kena denda lepastu berterima kasih.
EvG, Rachel, de'men dan TB keluar dari bilik tahanan.
TB memandang de'men tidak puas hati sebelum mereka melangkah pergi. Rachel juga sudah hilang.
Tinggal lah EvG dan de'men. Najmi mengusap lehernya. Dia dihimpit perasaan bersalah.
" Err, kitaorg minta maaf. Sebab kitaorg, korang kena tempias " Ucapnya perlahan.
Amanda menoleh kiri kanan. Nampaknya Hazel dan Mikayla malas hendak bersuara. Jadi dia la yang kena jawab.
" Tau pun salah. Lain kali nak gaduh tu, gaduh kat luar sekolah " Ayat itu bukan keluar dari mulut Amanda.
Tapi mulut Mikayla.
Noah memandang tak puas hati. ' Killer smile ' diberi kepada gadis di hadapannya.
" Eh minah, yang korang sibuk nak masuk campur pahal? Bukan salah kitaorg yang kau kena denda sekali. Kau sendiri yang buat hal kan"
Mikayla merenung Noah tajam. Sedikit sebanyak gementar juga lelaki itu dengan 'eyes killer ' dari Mikayla.
" Dahla jom balik. Kelas pun dah habis" Ujar Hazel. Dia malas nak dengar pergaduhan lagi.
EvG pergi meninggalkan de'men.
de'men hanya melihat bayang tiga kembar itu pergi.
" Kau ni kenapa? Cuba berlembut sikit bila bercakap tu. Diaorg perempuan kut" Kata Najmi. Haq hanya diam.
Noah mengabaikan kata Najmi. Dia memang terkenal dengan sikap panas baran.
Kemudian tiga kembar tidak seiras itu pulang ke dorm.
*****
" Mulut dia tu memang macam longkang ke apa sia? Kalau aku cabut mulut tu terus bergolek masuk longkang tahu tak? Dasar anak anjay"
Hazel menggeleng mendengar carutan Mikayla. Amanda pula tergelak.
" Relax la weh, kut ye pun suka mencarut tak payah la kuat sangat suara tu "
Mikayla merengus. Dia berbaring. Wajah Noah dengan senyuman yang menakutkan itu singgah di mindanya.
Dia membuka mata.
" Setan punya jantan. Kau tunggu la mamat!!"
Hazel dan Amanda menekup telinga mendengar jeritan Mikayla itu.
" Aku tak sangka mamat mulut puaka tu nama dia Noah. Nama kemain sedap tapi mulut eee geramnya akuu" Tukas Mikayla geram. Bantal ditumbuk berkali-kali.
Peristiwa dia jatuh akibat terlanggar Noah beberapa hari lalu diingati kembali. Dendam kesumat mula hadir.
" Jom la tidur, aku mengantuk ni. Esok lepas habis training kena lari pula 3 round" Kata Amanda. Dia sudah melangkah ke katilnya.
Hazel bangun menutup lampu. Bilik yang diterangi lampu tidur membantu Hazel berjalan semula ke katil.
" First week dah buat hal. Masak kena marah dengan bonda. Confirm bonda malu. Aduhh" Tukas Hazel sambil mengusutkan rambutnya.
Mikayla menjuihkan bibir. Ni semua salah dia, kalau dia tak tolak si Rachel tu mesti semua ni takkan jadi.
Tapi masalahnya Rachel yang cari pasal. Ishh
" Weyy, sorry la. Aku yang salah korang sekali kena. Mesti bonda malu dapat anak macam kita kan" Kata Mikayla.
" Weh kejap. Weekend ni abang nak datang.. oh my god mati la kita kena marah dengan tiga orang tu. Sumpah menyesal aku tolong tiga kembar tu arghh" Amanda sudah tidak senang duduk.
" What a day!" Kata mereka bertiga.
Mereka mengeluh.
YOU ARE READING
Triplets T&N
Dla nastolatków[Highest Ranking #1 in crackhead] [Highest Ranking #1 in sport] [Highest Ranking #1 in triplets] [Highest Ranking #1 in taekwando] [Highest Ranking #1 in lovestory] [Highest Ranking #1 in funny] [Highest Ranking #1in love] [Highest Ranking #1 in law...