EvG bersiap-siap untuk keluar dengan abang-abang mereka. Tepat pada pukul 10 pagi mereka keluar dari Girl's Dormitory.
Selang beberapa minit sebuah kereta berhenti mengejut di hadapan mereka.
Range Rover Matte Black
" Makcik kau terbang" Latah Amanda. Terkejut tiga gadis itu.
" Hai princesses yang perasan cantik!" Sapa Dylan di tempat duduk belakang.
Sapaan itu dibalas dengan jelingan tajam oleh Mikayla. Kuangsam punya abang.
Dylan hanya menayang sengih kambing.
EvG memasuki perut kereta dan kereta mahal itu keluar dari perkarangan Academy Sport Highschool milik bonda mereka, Tengku Laura.
Queensway Shopping Mall dituju.
Sesudah mencari parking mereka memasuki mall itu.
" Kita makan dulu lah, Irra lapar ni" Mikayla berkata.
Keenam beradik itu menuju ke Marrybrown.
" Nak makan apa?" Tanya Kasyaf.
" Hmm.. order jela apa-apa. Yang penting......." Hazel berkata sambil mata dileretkan kepada adik-adiknya.
" Churros jangan lupa!" Sambung Amanda dan Mikayla separa jerit.
Si abang hanya mampu menggeleng.
Churros memang sudah menjadi satu menu kewajipan untuk dipesan oleh EvG jika mereka datang ke Marrybrown.
Dylan dan EvG pergi mencari tempat manakala Kasyaf dan Rafael memesan makanan di kaunter.
" Berbaloi meal dua set, kak" Kata Kasyaf.
Lima minit selepas itu Kasyaf dan Rafael datang membawa dua dulang yang penuh dengan makanan.
Doa dibaca dan mereka mula menjamu selera.
Diam diantara mereka semua sehinggalah Amanda memulakan bicara.
" Nak g mana lepas ni?"
" Macam biasa la.. wayang then shopping" Jawan Mikayla.
" Macam mana first week? Alright tak alright?" Soal Rafael kepada adik kembarnya.
EvG berpandangan. Masak hang. Nak cakap apa woi.
Nak tipu ke tak? Kalau tipu dosa tapi kalau cakap perkara sebenar macam berdosa dengan diri sendiri.
" Err okey kut..."
Hazel dan Mikayla mengeluh sendiri. Si Amanda ni kalau bab menipu memang fail. Tak pandai kona langsung.
Kalau dah ada 'kut' kat belakang tu maknanya tak okay la.
" Kut ? Kenapa kut ?" Tanya Dylan.
" Ada jadi apa-apa ke? Korang buat hal eh?" Rafael pula bertanya.
" Korang jangan macam-macam eh. Tu sekolah bonda tau, kalau korang buat hal malu bonda nanti " Kata Kasyaf pula.
YOU ARE READING
Triplets T&N
Teen Fiction[Highest Ranking #1 in crackhead] [Highest Ranking #1 in sport] [Highest Ranking #1 in triplets] [Highest Ranking #1 in taekwando] [Highest Ranking #1 in lovestory] [Highest Ranking #1 in funny] [Highest Ranking #1in love] [Highest Ranking #1 in law...