'' Najmi'' Panggil Amanda.
Najmi toleh tepi.
'' Ye, Amanda. Ada apa?''
Amanda melihat raut wajah Najmi yang murung itu. Raut yang sama sewaktu kali terakhir mereka berjumpa semalam.
Tetapi, Amanda tahu kenapa wajah itu murung. Senyuman terukir di bibir Amanda.
'' Saya nak bagitahu awak something ''
'' Apa dia?'' Tanya Najmi.
Amanda tunduk.
'' Saya dah baca nota yang awak cakap tu ''
Mata Najmi meluas. Dia... dah baca?
Melihatkan Amanda yang tersenyum itu, Najmi menunduk. Dia berdehem beberapa kali.
Ingat dah takde peluang dah.
Nyampah aku nyah.
'' I'm sorry for stealing it from you. But you give me permission that I can keep it. So.. yeah '' Sambung Amanda.
Najmi tak senang duduk. Dia terus bangun dari kerusi. Diusap leher di belakang.
Najmi mula tersenyum malu, raut wajahnya bertukar gembira dan Amanda perasaan akan perubahan itu.
Dia memandang Amanda yang masih duduk dan setia melihat dirinya.
Senyuman manis diberi.
Dahla nyah, cringe ko tau tak.
*****
Airpods disumbat ke dalam telinga. Imperfections by Pop Smoke dimainkan. Tangan kirinya dimasukkan ke dalam poket.
Jam di tangan kanannya dikerling.
4:30 p.m.
Dia berfikir sejenak. Nak balik dorm terus ke macam mana?
Hazel ternampak bangku di bawah pokok yang redup, dia mengambil tempat duduk di situ. Taekwando's student keluar agak awal harini. Sebab tula Hazel macam orang tak betul duk berjalan dari tadi.
Dia diam sambil kepalanya banyak memikirkan tentang hal itu dan ini. Tentang dirinya, keluarga, future, mental health dan...
Tiba-tiba wajah seorang lelaki menerjah mindanya.
Peristiwa minggu lepas sewaktu dia berjumpa dengan lelaki itu singgah di fikirannya. Hazel angkat kepala. Dia berfikir.
Lagu Imperfections tadi dimainkan sekali lagi kemudian Hazel berdiri. Dia mengorak langkah ke kelas sukan yang bersebelahan dengan kelasnya.
Sampai sahaja, kakinya berhenti melangkah. Mata melihat mesin scan identity di hadapannya.
Hazel berdecit.
Dia menggaru kepala yang tidak gatal.
Kemudian Hazel terpandangkan seorang pelajar lelaki yang mahu keluar dari kelas itu. Pelajar itu mengerut kening. Apa pelajar perempuan buat kat kelas swimmer ni?
Yep, Swimmer Academy hanya terdiri daripada pelajar lelaki sahaja.
Keluar sahaja pelajar lelaki itu dari pintu kaca terus dia tergamam.
Macam kenal muka ni. Mata melihat nametag yang tertera di sweater pelajar perempuan itu.
' Tengku Tashfeen Hazel
Taekwando Fighter
18 '
Terus dia telan air liur. Senior Hazel.
YOU ARE READING
Triplets T&N
Teen Fiction[Highest Ranking #1 in crackhead] [Highest Ranking #1 in sport] [Highest Ranking #1 in triplets] [Highest Ranking #1 in taekwando] [Highest Ranking #1 in lovestory] [Highest Ranking #1 in funny] [Highest Ranking #1in love] [Highest Ranking #1 in law...